4778 Th Bukan Untuk Dapatkan Hibah Tinggi Berita Harian 16 1 19




Penyimpan perlu sedar tujuan utama deposit wang dalam Lembaga Tabung Haji (TH) adalah untuk melaksanakan ibadah haji, bukan semata-mata mahu mendapatkan hibah tinggi
Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengurusan haji adalah tugas utama TH yang dikenali dan mendapat pujian seluruh dunia
“Jangan keluarkan deposit jika TH alami kerugian kerana ini adalah satu-satunya institusi agama Islam yang boleh dibanggakan dan menjadi rujukan seluruh dunia
“Seeloknya beberapa syarat tambahan diletakkan bagi pendeposit untuk pastikan TH tidak terjejas oleh tindakan mereka yang mengeluarkan wang serta-merta (dengan alasan dividen rendah),” katanya yang menjangkakan dividen 2018 ialah antara lima ke enam peratus
Beliau berkata TH masih belum mengumumkan kadar hibah kepada pendeposit menunjukkan agensi itu menghadapi pelbagai cabaran pada masa ini untuk menunaikan jangkaan penyimpan
Katanya, langkah TH beralih daripada pelaburan ekuiti ke pelaburan berpendapatan tetap bertujuan menjamin kemampanan jangka panjang dan juga disebabkan oleh beberapa cabaran dihadapi oleh agensi berkenaan
Katanya, apabila pelaburan ekuiti mengalami kerugian akibat terkesan dengan faktor global yang menyebabkan pulangan tidak menentu, cabarannya ialah pendeposit bertindak mengeluarkan deposit dan TH menghadapi tahap kecairan yang serius
“Jangkaan hibah yang tinggi setiap tahun juga menjadi dilema kepada TH dan agensi itu perlu memastikan pulangan itu tinggi supaya pendeposit tidak mengeluarkan deposit mereka
“Selain itu TH juga perlu mengutamakan urusan haji dan setiap tahun hampir RM300 juta subsidi diberikan kepada mereka yang menunaikan haji. Jadi ini antara cabaran untuk memastikan TH dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit,” katanya ketika dihubungi BH, semalam
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, yang mengingatkan pendeposit supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk pemberian hibah bagi tahun kewangan 2018
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata dalam perniagaan memang tiada jaminan keuntungan boleh diberikan, namun ia boleh diatasi menerusi pengurusan yang bijak supaya semua pihak yang terbabit secara tidak langsung memperoleh manfaatnya
Katanya, keuntungan yang ada perlulah dibelanja sebaik mungkin bukannya disalurkan dengan melakukan projek pelik yang mungkin sukar untuk menjana keuntungan
“Semua pendeposit TH mengharapkan dividen sebagaimana sebelum ini, namun dalam masa yang sama perlu bersikap rasional jika sesuatu kadar itu saja yang mampu diberikan oleh TH
“Nak paksa pun tidak boleh lagi. Jadi apa yang boleh kita harapkan ialah pengurusan lebih elok dan cekap pada masa akan datang supaya keuntungan dapat dijana dengan sebaik mungkin
“Pada masa akan datang TH perlu memberi keutamaan kepada penggunanya daripada memikirkan perkara yang tidak menguntungkan,” katanya
Lembaga Tabung Haji (TH) akan lebih memberikan tumpuan kepada pelaburannya dalam aset pendapatan tetap, berbanding pelaburan dalam pasaran saham
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata peralihan tumpuan itu adalah disebabkan TH bukan sebuah pengurus dana tetapi sebaliknya adalah pengurus operasi haji
“Justeru, fokus pelaburan kami seharusnya berubah. Saya fikir fokus kami kini akan lebih kepada pendapatan tetap daripada saham
Keseimbangan pelaburan“Ini bukan bermaksud kami tidak mahu melabur di dalam ekuiti, tetapi keseimbangan pelaburan itu akan lebih terarah kepada pendapatan tetap,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi semasa TH di Kuala Lumpur, semalam
Mengulas lanjut, Zukri berkata pada 2016, 55 peratus aset TH dilaburkan di dalam pasaran saham yang kemudian dikurangkan kepada 50 peratus pada 2017
Katanya, kadar pelaburan itu bagaimanapun dilihat terlalu tinggi memandangkan TH adalah pengurus operasi haji dan bukannya pengurus dana
“TH kini merancang untuk melaksanakan penempatan aset baharu. Bukannya kami mahu abaikan pelaburan di dalam saham, tetapi saya fikir fokus TH selepas ini akan lebih terarah kepada pendapatan tetap, yang menawarkan pulangan yang lebih stabil
“Kami belum membentangkan cadangan penempatan aset baharu ini kepada Lembaga Pengarah, tetapi secara peribadi saya fikir kami perlu memperuntukkan 60 hingga 70 peratus aset pelaburan ke dalam pendapatan tetap, bergantung kepada saiz dana yang kami miliki (selepas hibah diagihkan),” katanya
Dalam pada itu, Zukri berkata, pihaknya telah mengambil seorang pegawai kanan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengetuai bahagian pengurusan risiko yang baru ditubuhkan di TH
“Ketika ini, pengurusan risiko adalah antara bidang paling penting di TH yang perlu ditingkatkan kerana dalam setiap pelaburan yang mahu dibuat, kami perlu pertimbangkan kedua-dua perkara iaitu risiko dan ganjaran,” katanya
Pelaburan TH di dalam sekuriti pendapatan tetap termasuk pelaburan di dalam Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), sukuk korporat, kertas komersial, instrumen boleh runding Islamik, instrumen pasaran wang Islamik jangka sederhana dan pendek serta pembiayaan kepada subsidiari
Ini bukan bermaksud kami tidak mahu melabur di dalam ekuiti, tetapi keseimbangan pelaburan itu akan lebih terarah kepada pendapatan tetap” Zukri Samat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Artikel Oleh : Berita Harian“TH BUKAN UNTUK DAPATKAN HIBAH TINGGI”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/01/4778-th-bukan-untuk-dapatkan-hibah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penawar Penyakit Darah Tinggi Kencing Manis Ustaz Sharhan Shafie

Penawar Penyakit Darah Tinggi Kencing Manis Ustaz Sharhan Shafie

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 921 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Beliau berasal daripada Machang Kelantan Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Air Merah...
Cegah Perdagangan Orang Emil Minta Masyarakat Tak Tergoda Gaji Tinggi

Cegah Perdagangan Orang Emil Minta Masyarakat Tak Tergoda Gaji Tinggi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 250 hits
Cegah Perdagangan Orang Emil Minta Masyarakat Tak Tergoda Gaji Tinggi Menurut Gubernur Emil kasus human trafficking tersebut terjadi karena faktor ekonomi
Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 495 hits
Tindik telinga adalah satu kebiasaan dalam masyarakat kita Tapi tahukah anda yang tindikkan anak terlalu awal boleh menyebabkan risiko tinggi terjadinya jangkitan kuman Anting anting merupakan perhiasan yang lazim digunakan oleh wanita di s...
Cirit Birit Banyak Muntah Kerap Demam Suhu Tinggi Jangan Pandang Ringan Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

Cirit Birit Banyak Muntah Kerap Demam Suhu Tinggi Jangan Pandang Ringan Si Kecil Mungkin Diserang Virus Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 524 hits
Cirit birit muntah muntah dan demam suhu tinggi mungkin pernah dialami si manja Tahukah anda ia adalah serangan sejenis virus yang dinamakan rotavirus Bagi kanak kanak keadaan ini tentunya menyebabkan dehidrasi atau kekurangan air dalam bad...
Kepatuhan Kawasan Tanpa Rokok Di Klungkung Diklaim Paling Tinggi Se Bali

Kepatuhan Kawasan Tanpa Rokok Di Klungkung Diklaim Paling Tinggi Se Bali

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 240 hits
Bupati Klungkung I Nyoman Suwirta mengatakan tingkat kepatuhan penerapan kawasan tanpa rokok di daerah itu merupakan tertinggi se Bali
Acara Larian Pertama Anjuran Skm Wilayah Kota Tinggi Run Far Run Together

Acara Larian Pertama Anjuran Skm Wilayah Kota Tinggi Run Far Run Together

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 437 hits
Alhamdulillah pada 25 November 2018 yang lalu Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi buat julung kalinya telah mengadakan acara larian Run Far Run Together yang bertempat di Stadium Mini Kota Tinggi Acara yang disertai seramai 25...
10 Jurusan Pengajian Paling Pelik Ditawarkan Oleh Pusat Pengajian Tinggi

10 Jurusan Pengajian Paling Pelik Ditawarkan Oleh Pusat Pengajian Tinggi

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 412 hits
Kursus pengajian merupakan pendidikan yang menentukan masa depan Setiap jenis pengajian dan jurusan yang ditawarkan sesuai untuk minat dan bakat seseorang Kredit foto PlexussNamun tahukah anda masih terdapat beberapa jurusan yang dikatakan ...
Ini Adalah Tweet Dengan Angka Retweet Paling Tinggi Buat Masa Ini

Ini Adalah Tweet Dengan Angka Retweet Paling Tinggi Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 292 hits
Permulaan tahun baru 2019 ini menyaksikan pelbagai rekod baru dicatatkan dalam arena media sosial Selepas tempoh hari menyaksikan akaun Instagram yang paling cepat mencapai pengikut seramai sejuta kini rekod baru turut dicatatkan pada Twitt...
Penduduk Terkejut Apabila Ombak Tinggi Seperti Tsuna Mi Menghempas Apartment Mereka Rakaman Kejadian Disediakan

Penduduk Terkejut Apabila Ombak Tinggi Seperti Tsuna Mi Menghempas Apartment Mereka Rakaman Kejadian Disediakan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 451 hits
Ombak besar menghempas balkoni sejumlah apartment dan bangunan tinggi lain di sekitar pesisir pantai utara Tenerife Tenerife adalah pulau terbesar dari Kepulauan Canary milik Sepanyol Video Disediakan Di Bawah Artikel Menurut laporan media ...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post