470 Kes Babit Kluster Hari Raya


Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10 ribu kes harian baharu selepas tiga hari berturut-turut mencatat kes melepasi tujuh ribu pada Selasa, Rabu dan kelmarin serta lebih 8,000 kes, semalam.
Ini ditambah penularan varian baharu Covid-19 (VOC) yang lebih ganas serta kluster baharu yang terus dilaporkan berlaku terutama di tempat kerja yang semakin membimbangkan.
Di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei 2021, 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan sehingga 26 Mei 2021 dan lebih separuh (62 kluster) melibatkan sektor pengilangan.
Kelmarin, 20 kluster baharu dilaporkan dan tujuh daripadanya kluster tempat kerja kebanyakannya kilang.
Sementara itu, setakat 23 Mei lepas, negara mencatat 12 kes baharu varian Afrika Selatan B.1.351 di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, menjadikan jumlahnya 78 kes. Satu kes baharu varian India B.1.617 dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah enam kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.
WHO baru-baru ini menyatakan Varian B1617 (India) setakat ini ditemui di 60 wilayah dan negara sementara Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah.
Sehingga jam 12 tengah hari Khamis, Malaysia menambah 7,857 lagi kes harian baharu Covid-19, yang tertinggi sejak kes positif pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Selangor kekal penyumbang terbesar 2,675 kes, diikuti Sarawak 772 kes dan Kelantan 754 kes. Pada Selasa 25 Mei, kes harian baharu Covid-19 direkod 7,289 kes sementara pada Rabu 26 Mei, meningkat kepada 7,478 kes. Pada kedua-dua hari ini, Selangor menyumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 2,642 kes (Selasa) dan 2,455 kes (Rabu).
Kes kumulatif direkod kelmarin adalah 541, 224 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menghampiri 70 ribu iaitu 69,408 kes.
Berikut rekod kes harian baharu dicatat dari 22 Mei hingga 27 Mei 2021: 22 Mei (6,320 kes), 23 Mei ( 6,976 kes), 24 Mei ( 6,509 kes), 25 Mei (7,289 kes), 26 Mei ( 7,478 kes ) dan 27 Mei (7,857 kes).
Bilangan pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat, begitu juga bilangan pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Setakat Khamis 27 Mei 2021, 771 kes direkod di ICU dan 392 perlu bantuan pernafasan.
Sebagai langkah siap siaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa meminta hospital swasta menambah katil ICU selain menggunakan Ordinan Darurat Seksyen 3 iaitu mengambil alih hospital baharu belum digunakan seperti Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merawat pesakit Covid-19.
Dengan 541,224 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 41 dalam senarai 216 buah negara dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Nepal dengan 542,256 kes dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 563,215 kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar KPK mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia pada Khamis 27 Mei 2021 melaporkan 59 lagi kes kematian, menjadikan kes kumulatif 2,491 kes. Semua kes melibatkan warganegara.
Daripada 59 kes, 19 kes di Selangor, sembilan kes di Sarawak, tujuh kes di Johor, enam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Kelantan, empat kes di Negeri Sembilan, tiga kes di Pulau Pinang, dua kes di Kedah, serta masingmasing satu (1) kes di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu.
Kes tertinggi kematian direkod pada Rabu 26 Mei 2021 iaitu 63 kes terdiri daripada 57 warganegara dan enam bukan warganegara. Daripada jumlah itu, kes mayat dibawa ke hospital (Brought In Dead/BID) 12 kes. Menurut KKM, kes BID merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan Covid-19 selepas proses bedah siasat.
Pada 25 Mei, pesakit Covid-19 paling muda dilaporkan meninggal dunia pada hari berkenaan berusia tiga tahun dari Sabah yang juga menghidap leukemia.
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021. Larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
Sepanjang tempoh rangkuman mingguan, penularan tempatan kes Covid-19 di Malaysia melibatkan warganegara masih pada kadar 90 peratus.
Rekod KKM kelmarin menunjukkan daripada 7,857 kes baharu, 7,849 adalah kes penularan tempatan sementara lapan kes lagi kes import (2 warganegara dan 6 bukan warganegara).
Sebanyak 93.5 peratus daripada kes penularan tempatan atau 7,340 melibatkan warganegara dan 509 kes (6.5 peratus) bukan warganegara. Dua minggu selepas sambutan Aidilfitri iaitu sehingga 25 Mei 2021, KKM merekodkan 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya) melibatkan tujuh buah negeri.
Menurut Dr Noor Hisham, kluster itu melibatkan 470 kes Covid-19 daripada 2,541 individu yang disaring.
Satu kes dilaporkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor dan dua kes di ICU, melibatkan Kluster Simpang Sahari di WP Labuan.
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes berkaitan kluster hari raya dijangka bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri.

Sementara itu, sehingga Khamis 27 Mei 2021, 20 kluster baharu dilapor dan butiran kluster baharu seperti berikut:-
22 Mei – 17 kluster ( 7 kluster tempat kerja, 7 kluster komuniti, 2 kluster keagamaan dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi);
23 Mei – 24 kluster (9 kluster tempat kerja, 8 kluster komuniti, 6 kluster keagamaan dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi);
24 Mei – 20 kluster (8 kluster tempat kerja, 6 kluster komuniti, 3 kluster keagamaan, 1 satu kluster pendidikan, 1 kluster import dan 1 kumpulan berisiko tinggi)
25 Mei – 15 kluster (10 kluster tempat kerja, 4 kluster komuniti, 1 kluster agama)
26 Mei – 22 kluster (13 kluster tempat kerja, 6 kluster komuniti, 3 kluster agama.
27 Mei – 20 kluster (7 kluster tempat kerja, 8 kluster komuniti, 3 kluster keagamaan, 1 kluster pendidikan dan 1 kluster pusat tahanan).
The post 470 kes babit kluster hari raya appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/470-kes-babit-kluster-hari-raya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Hari Jadi Cetus Kluster Baharu Di Kota Kinabalu Dengan 14 Kes Positif

Majlis Hari Jadi Cetus Kluster Baharu Di Kota Kinabalu Dengan 14 Kes Positif

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 322 hits
Bermula esok semua jenis perniagaan di Sabah dibenarkan beroperasi sehingga jam 9 malam Majlis hari jadi cetus kluster baharu di Kota Kinabalu dengan 14 kes positif Satu kluster baharu direkodkan hari ini berikutan sambutan hari jadi di Res...
12 Sub Kluster Komuniti Hari Raya Dikesan

12 Sub Kluster Komuniti Hari Raya Dikesan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 169 hits
Sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub kluster hari raya dikesan sehingga hari raya ke 13 atau pada Selasa Gambar hiasan 12 sub kluster komuniti hari raya dikesan sehingga Aidilfitri ke 13 Sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub kl...
Cops Probe Celebrity S Family Over Hari Raya Gathering

Cops Probe Celebrity S Family Over Hari Raya Gathering

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 362 hits
Ampang Jaya police chief Mohamad Farouk Eshak said those involved will be called to make a statement PETALING JAYA Police are investigating a celebrity s family over an alleged Hari Raya Aidilfitri gathering in Ampang after a photo of the f...
Terkini Sudah Lepasi Angka 9k Kes Baharu Covid 19 Hari Ini 9 020

Terkini Sudah Lepasi Angka 9k Kes Baharu Covid 19 Hari Ini 9 020

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 259 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9 020 kes Covid 19 baharu yang dilaporkan pada hari ini
Covid 19 26 Hari Raya Clusters Detected Over 1 000 Infected

Covid 19 26 Hari Raya Clusters Detected Over 1 000 Infected

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 224 hits
The Health Ministry detected 26 Covid 19 clusters linked to Hari Raya Aidilfitri celebrations between May 13 and 28 According to a Health Ministry statement today 1 019 people from these clusters had tested positive out of the 4 047 screene...
Hari Raya Aidil Fitri Sambutan Sederhana Cara Kita

Hari Raya Aidil Fitri Sambutan Sederhana Cara Kita

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahteraHari Raya Aidil Fitri Sambutan sederhana cara kitaTahun 2021 kali kedua sambutan Hari Raya terasa hambar walaupun sederhana untuk meraikan kemenangan dan kerana anak anak Kita yang sudah dewasa sudah lam...
A Keeper Recipe Soto Ayam Sedap Di Hari Raya Ketiga

A Keeper Recipe Soto Ayam Sedap Di Hari Raya Ketiga

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 364 hits
Apabila masuknya Syawal antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S A W ialah puasa enam hari Sabda Rasulullah yang bermaksud Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ...
Jangkitan Covid 19 Hampiri 8 000 Kes Hari Ini

Jangkitan Covid 19 Hampiri 8 000 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Selangor kekal menjadi penyumbang kenaikan kes jangkitan Covid 19 negara yang menghampiri 8 000 kes hari ini Setakat jam 12 tengah hari tadi Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi baharu kepada 7 857 Selangor merekodkan ...
9 020 Kes Baru Hari Ini

9 020 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 204 hits
malaysiakini comDiterbitkan 29 May 2021 3 13 pmDikemaskini 3 21 pmKementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 9 020 kes baru Covid 19 yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini sebanyak 558 534 kes Ia mer...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Disyaki Seleweng Rm8 Juta Dalam Akaun Amanah 2 Firma Guaman Disiasat

Agc Rejects Sanusi Bid To Dismiss Sedition Charges