46 Pencarum Kwsp Ada Kurang Rm10 000 Dalam Simpanan Kwsp Sangat Bimbang Utama


 





Seorang pencarum membuat permohonan i-Sinar secara dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2020.   



KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja amat bimbang dengan keselamatan persaraan rakyat apabila 46% ahli-ahlinya yang berumur di bawah 55 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pandemik Covid-19 telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36% kepada 27%, susulan  pengeluaran yang telah dibuat bagi menampung pendapatan mereka semasa krisis Covid-19 ini.

Untuk rekod, sepanjang pandemik Covid-19, ahli-ahli KWSP dibenarkan membuat tiga pengeluaran menerusi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Walaupun pandemik Covid-19 telah mencetuskan peningkatan jumlah pekerja gig di negara ini untuk membantu kumpulan ini untuk bertahan tetapi ramai yang berhadapan dengan masalah ketidakcukupan simpanan persaraan akibat pendapatan yang tidak tetap atau stabil.

Selain itu, manfaat pekerja dan liputan perlindungan sosial mereka juga bakal terjejas.“Kesannya bukan sahaja terhadap kesejahteraan masa depan pekerja, malahan akan membebankan pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.


Oleh itu, strategi utama KWSP di masa hadapan adalah memastikan pekerja gig serta mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal untuk diserap ke dalam Skim KWSP agar mereka juga berpeluang menabung seawal mungkin dan merancang persaraan mereka,” kata beliau sambil menambah bahawa penyelesaian jangka masa panjang amat diperlukan bagi memastikan perlindungan sosial yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

”Ketika kita sedang pulih daripada krisis, fokus KWSP adalah untuk membantu ahli membina semula simpanan persaraan mereka agar mereka memperoleh persaraan yang bermaruah,” tambah Amir Hamzah.

KWSP, katanya, akan tetap fokus kepada pengagihan aset strategik dan sentiasa peka terhadap perkembangan profil risiko pasaran agar penambahbaikan dapat dilakukan.

Di samping itu, matlamat asas KWSP untuk menjana pulangan dan melindungi kesejahteraan masa depan ahli dapat dipenuhi. – MalaysiaGazette


 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/46-pencarum-kwsp-ada-kurang-rm10000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alamanda Hulurkan Barangan Makanan Bernilai Rm10 000 Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya

Alamanda Hulurkan Barangan Makanan Bernilai Rm10 000 Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital Putrajaya

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 520 hits
Hi Korang Pusat Beli Belah Alamanda yang terkenal dengan pendekatan mesra komuniti menyambut ketibaan Hari Malaysia pada tahun ini dengan memperingati keringat dan pengorbanan warga kerja barisan hadapan Hospital Putrajaya yang sehingga kin...
Berapa Kerat Yang Peroleh Pendapatan Rm10 000 Pada 2025

Berapa Kerat Yang Peroleh Pendapatan Rm10 000 Pada 2025

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 358 hits
Unjuran pendapatan isi rumah RM10 000 pada 2025 dalam dokumen Rancangan Malaysia ke 12 semalam digambarkan oleh Ketua Pembangkang sebagai tidak begitu realistik Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya menekankan soal pembasmian ke...
5960 100 Pengayuh Beca Terima Kit Makanan Bernilai Rm10 000 Melaka Tv 24 09 2021

5960 100 Pengayuh Beca Terima Kit Makanan Bernilai Rm10 000 Melaka Tv 24 09 2021

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 352 hits
24 Sept Program Sumbangan Kit Makanan dan Kit Cegah COVID 19 itu merupakan tanda penghargaan buat pengayuh beca yang mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Artikel oleh Melaka TV100 PENGAYUH BECA TERIMA KIT MAKANAN BERN...
Panik Didakwa Konon Terlibat Kes 1mdb Pesara Wanita Kerugian Rm10 000

Panik Didakwa Konon Terlibat Kes 1mdb Pesara Wanita Kerugian Rm10 000

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 251 hits
SIBU Seorang wanita berusia 62 tahun mengalami kerugian RM10 000 apabila menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam selepas terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terlibat dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram 1MDB Dalam laporan po...
Kenapa Mahal Sangat Sampai Rm10 Juta Tmj

Kenapa Mahal Sangat Sampai Rm10 Juta Tmj

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 447 hits
Saya berbual dengan Menteri KBS baru baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini RM10 juta Banyak sangat oran...
Najib Cadang Skim I Survive Rm5 000 I Citra Rm10 000

Najib Cadang Skim I Survive Rm5 000 I Citra Rm10 000

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 282 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5 000 kepada orang ramai Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai langkah membantu rakya...
200 000 Tempat Duduk Ke Langkawi Dijual Kurang Seminggu

200 000 Tempat Duduk Ke Langkawi Dijual Kurang Seminggu

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 275 hits
200 000 tempat duduk ke Langkawi dijual kurang seminggu Penerbangan sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Langkawi pagi ini di bawah inisiatif gelembung perjalanan merekodkan muatan penerbangan 100 peratus menandakan lantunan semula kukuh per...
Had Pengeluaran I Citra Rm10 000

Had Pengeluaran I Citra Rm10 000

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menerusi kemudahan i Citra Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata pertim...
Naikkan Pencen Kurang Rm1 000

Naikkan Pencen Kurang Rm1 000

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 238 hits
Naikkan pencen kurang RM1 000 Bayaran pencen terendah bagi pesara yang tidak cukup tempoh perkhidmatan perlu diselaraskan dengan pelaksanaan gaji minimum iaitu di antara RM1 100 dan RM1 200 bagi memastikan mereka mampu meneruskan kelangsung...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D Kunafa Cafe Shaftsbury Mall Putrajaya

Catatan Diari Dunia Yang Kian Tua

Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Burung Tempua Bersarang Tinggi

Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti