46 Hospital Daif Risiko Terbakar


Oleh Media Mulia WAD Bersalin yang masih beroperasi hingga kini ketika tinjauan Utusan Malaysia di Hospital Kajang, Selangor, semalam. - FOTO/AMIR KHALIDKUALA LUMPUR: Sekurang-ku­rangnya 46 hospital berusia le­bih 50 tahun di seluruh nega­ra dikenal pasti sebagai daif dan ‘uzur’  yang berisiko jika berla­ku kejadian tidak diingini ter­utama kebakaran.
Perkara itu turut disahkan oleh dua bekas menteri, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan mengakui isu itu mendapat perhatian serius mereka semasa menerajui Kementerian Ke­sihatan.
Sumber mendedahkan kepa­da Utusan Malaysia, hospital-hos­pital terbabit yang menempatkan kira-kira 30,000 katil pesakit memiliki sistem pendawaian elektrik berbahaya.
“Kebanyakan hospital terbabit berusia lebih lima dekad dan ada yang beroperasi lebih 100 tahun. Implikasinya jika ber­laku kebakaran akibat litar pintas atau punca lain, risiko­nya bukan sedikit.
“Keadaan pendawaian yang ber­selirat, lama dan kurang efi­sien menyebabkan sukar untuk mendapat kelulusan bomba.
“Bekalan kuasa (power supply) di hospital-hospital berke­naan dipercayai tidak mampu la­gi menampung peralatan mo­­­den yang ditempatkan di hospi­tal, akibatnya banyak me­sin yang rosak,” kata sumber sema­lam.
Antara hospital lama yang terlibat termasuk berusia lebih 100 tahun ialah Hospital Kajang yang beroperasi pada 1910 dari bangunan asal dibina pada 1889; Hospital Kuala Lumpur (1870), Hospital Pulau Pinang (1882), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor (1882); Hospital Batu Gajah, Perak (1880); Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak (1896) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (1920-an).
Pada 28 Jun lalu, Wad Per-ubatan Perempuan HSA terbakar tetapi tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kejadian pukul 3 petang itu.
Ketika kejadian, 52 pesakit berada dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu, 24 pesakit berada dalam wad yang terbakar dise­lamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Respon Team).
Difahamkan, kos untuk membaikpulih dan menaiktaraf kesemua hospital daif tersebut menelan belanja antara RM3 bilion hingga RM5 bilion.
Ia termasuk kos mengosongkan hospital dengan ribuan pesakit dipindahkan ke hospital-hospital kerajaan yang lain dan hospital swasta.
“Jika kerja-kerja menaiktaraf tidak disegerakan, apa yang terdaya dibuat oleh pihak berkuasa hanyalah mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa berwaspada memantau kemalangan atau kebakaran dari berlaku,” katanya.
Kedua-dua Dzulkefly Ahmad dan Subramaniam yang dihubungi berkata, proses penambahbaikan hospital-hospital daif itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana masalah kewangan dan operasi hospital yang tidak boleh dihentikan sewenang-wenang-nya.
Kata Dzulkefly: “Isu keselamatan dan (risiko) kebakaran memang wujud dan lebih dikesalkan lagi kerana apabila melibatkan hospital swasta, kita sangat tegas dan ketat pula.
“Bagi saya, apa ketetapan yang diberikan kepada hospital swasta melalui Akta 586 (Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998) perlu juga dikuatkuasakan kepada hospital kerajaan.”
Cuma isu hospital-hospital ‘uzur’ berkenaan jika kerja-kerja menaik taraf atau baik pulih hendak dipercepatkan, adakah kaedah konvensional dengan cara tender dibuka harus terus digunapakai?
Atau urusan memulihkan hospital-hospital daif berkenaan boleh dibuat secara serentak melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLCs) termasuk Khazanah Nasional Berhad dan kemudian kerajaan membayar kosnya secara tahunan? – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/46-hospital-daif-risiko-terbakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatankuasa Kerja Ditubuhkan Selesaikan Masalah Hospital Daif

Jawatankuasa Kerja Ditubuhkan Selesaikan Masalah Hospital Daif

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 230 hits
Oleh Azman Bin Ibrahim Wad perempuan satu Hospital Sultanah Aminah terbakar Jun lalu berikutan pendawaian yang daif PUTRAJAYA Sebuah jawatan kuasa kerja ditubuhkan segera bagi memperbaiki kesemua 46 buah hospital yang daif di seluruh negara...
Betulkah Usahawan Suka Ambil Risiko Lebih Dari Orang Lain

Betulkah Usahawan Suka Ambil Risiko Lebih Dari Orang Lain

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 241 hits
Kalau nak jadi seorang usahawan perlu berani ambil risiko Biasa dengar nasihat macam tu Saya biasa sangat dengar Sebelum jadi usahawan pun dah dengar Sekarang pun masih lagi dengar The post appeared first on
Aset Th Terdedah Kepada Risiko Pelaburan

Aset Th Terdedah Kepada Risiko Pelaburan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 154 hits
KUALA LUMPUR 24 Zulkaedah 1441H Khamis Lembaga Tabung Haji melabur dalam pelbagai kelas aset yang terdiri daripada aset pendapatan tetap ekuiti hartanah serta instrumen pasaran yang kesemuanya terdedah kepada risiko pelaburan Antara ri
Kawasan Risiko Bencana Ke Mtes Rangka Atasi Masalah

Kawasan Risiko Bencana Ke Mtes Rangka Atasi Masalah

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 212 hits
SHAH ALAM 12 JULAI Semua kawasan dikenal pasti berisiko bencana akan dibawa ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor untuk tindakan segera kata ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata MTES akan meneliti m...
Trak Bawa Sampel Covid 19 Tinggi Risiko Jangkitan Dilapor Dirompak Di Afrika Selatan Semua Kit Tidak Ditemui

Trak Bawa Sampel Covid 19 Tinggi Risiko Jangkitan Dilapor Dirompak Di Afrika Selatan Semua Kit Tidak Ditemui

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 259 hits
PUTRAJAYA 22 Julai Sebuah trak yang membawa sampel COVID 19 tinggi risiko jangkitan dirompak dan dirampas dalam satu kejadian di Afrika Selatan Jurucakap polis wilayah Port Elizabeth Kolonel Priscila Naidu mendakwa trak itu dirampas ketika ...
Risiko Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Risiko Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 614 hits
Setiap kali saya terjumpa pertanyaan seperti ada tak siapa siapa yang tahu kalau kalau ada peluang nak bekerja dari rumah atau pertanyaan berbunyi ada sesiapa yang boleh suggest peluang untuk buat bisnes dari rumah selalunya saya akan cadan...
Sri Mulyani Minta Perbankan Syariah Waspadai Risiko Pembiayaan Bermasalah

Sri Mulyani Minta Perbankan Syariah Waspadai Risiko Pembiayaan Bermasalah

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 150 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati meminta perbankan syariah mewaspadai potensi resiko pembiayaan bermasalah atau non performing financing di tengah pandemi Virus Corona Menurutnya NPF juga jadi salah satu penentu industri perbankan sya...
Minuman Panas Dipercayai Meningkatkan Risiko Kanser Esofagus Kajian

Minuman Panas Dipercayai Meningkatkan Risiko Kanser Esofagus Kajian

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 256 hits
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia meminum minuman yang sangat panas boleh meningkatkan risiko kanser esofagus Penyelidikan terdahuhu oleh 23 saintis panel antarabangsa menyatakan tiga kunci utama kajian yang menunjukkan orang yan...
Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 368 hits
Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak Sila ambil peduli Kepentingan penjagaan gigi susu Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Sue Tuya Seafood And Shell Laut


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Enjoy Your New Shirt From Geeksoutfit

Jjcm Kuching Day 1 Bandar Kuching

Tempat Aborsi Legal Di Jakarta Dan Terpercaya

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Igp No Compromise Minister S Son Probed For Alleged Intimidation

Umno Tak Akan Masuk Kali Kedua Ke Lubang Biawak Pas Kata Puad