42 Peratus Pencarum Kwsp Miliki Simpanan Bawah Rm5 000


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Alzahrin Alias, Suzalina Halid dan Fahmy A Rosli    42 peratus daripada keseluruhan pencarum KWSP memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000. - NSTP/Aswadi Alias KUALA LUMPUR: Kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata data itu belum didedahkan kepada umum selepas kerajaan memberi kebenaran kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP.
Dengan maklumat itu, beliau berkata, ia sekali gus menjadi isu jaringan keselamatan sosial yang penting untuk kerajaan fokus dalam tempoh sederhana dan panjang.
"Saya nak ceritakan apa yang belum diceritakan. Pencarum KWSP juga kita kena ada penyelesaian jangka panjang untuk pencarum mengenai isu struktur yang mana negara kita perlu tangani dalam masa sederhana.
"Ini kerana data KWSP menunjukkan, 32 peratus daripada jumlah pencarum dalam KWSP hanya ada baki Akaun 1 secara purata RM1,000, manakala lagi 10 peratus ada purata baki dalam Akaun 1 sebanyak RM5,000. Maka jadi 42 peratus pencarum KWSP ada baki hanya purata RM5,000 ke bawah.
"Ini satu daripada struktur isu jaringan keselamatan sosial...ini penting untuk kerajaan akan fokus dalam tempoh sederhana dan panjang," katanya menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 malam ini.
Tengku Zafrul turut memaklumkan hari ini kerajaan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP).
Beliau berkata, perbincangan dengan pengurusan dana persaraan itu turut menyentuh aspirasi rakyat yang mahu KWSP mempertimbang menambah jumlah pencarum yang layak bagi pengeluaran RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021.
Beliau berkata, isu itu disentuh dan diutarakan kepada KWSP kerana kerajaan prihatin terhadap keluhan rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19.
"Ramai yang minta. Kita sudah mendengar isu-isu dibangkit oleh rakyat...Jadi kita rasa kita kena bersasar. Yang mana kita akan beri peluang kepada rakyat Malaysia untuk keluarkan dari Akaun 1 secara bersasar.
"Apa maksud hilang pekerjaan dan terkesan dengan COVID-19? Saya sudah berbincang dengan pengurusan KWSP hari ini. Mereka berjanji akan umumkan cara keluarkan dan siapa akan layak.
"Nasihat kepada pengurusan KWSP adalah untuk perluaskan sasaran yang sebelum ini umum sebanyak 400,000 (pencarum) dapat nikmati. Setelah dengar keluhan rakyat, kenalah lebih fleksibel supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh keluarkan," katanya.
Esok, Tengku Zafrul berkata KWSP akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1.
Sama ada KWSP bersetuju untuk memperluaskan syarat dan kaedah, beliau menyerahkan kepada pengurus dana persaraan itu membuat pengumuman lanjut.
"KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan biar mereka umumkan.
"Saya sudah minta mereka perhalusi cadangan rakyat Malaysia yang kita kena lakukan bantuan sebaik mungkin," katanya. 
LIHAT VIDEO DI SINI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/42-peratus-pencarum-kwsp-miliki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 600 000 Pencarum Layak Keluar Akaun Satu Kwsp Syed Saddiq Soal Kerajaan

Hanya 600 000 Pencarum Layak Keluar Akaun Satu Kwsp Syed Saddiq Soal Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 298 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kewajaran kelulusan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 6 Nov Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran RM500 setiap bula...
Tengku Zafrul Mohon Kwsp Fleksibel Benarkan Lebih Ramai Pencarum Keluar Simpanan Dari Akaun1

Tengku Zafrul Mohon Kwsp Fleksibel Benarkan Lebih Ramai Pencarum Keluar Simpanan Dari Akaun1

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 264 hits
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata beliau telah menasihati Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar lebih fleksibel untuk membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 1 Saya sudah berbin...
Benarkan Wang Akaun 1 Kwsp Dikeluarkan Rm1 000 Sebulan

Benarkan Wang Akaun 1 Kwsp Dikeluarkan Rm1 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 239 hits
BENARKAN WANG AKAUN 1 KWSP DIKELUARKAN RM1 000 SEBULAN PASIR GUDANG 031120 Kerajaan perlu membenarkan wang caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikeluarkan namun secara bersyarat minimum RM1 000 setiap bulan selama 10 bulan Ahli D...
Macc Hauls In Cops For Asking Rm5 000 Bribe

Macc Hauls In Cops For Asking Rm5 000 Bribe

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 232 hits
The policemen were alleged to have demanded money from the men for having banned items KOTA KINABALU Two policemen were detained for trying to extort RM5 000 from two individuals to escape arrest for having prohibited items in Sandakan It w...
Najib Tambah Baik Mekanisme Pengeluaran Kwsp Kepada Bayaran One Off Rm10 000

Najib Tambah Baik Mekanisme Pengeluaran Kwsp Kepada Bayaran One Off Rm10 000

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 288 hits
nbsp KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan membenarkan had pengeluaran simpanan KWSP sebanyak RM500 sebulan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dengan menambah baik mek...
Cara Pulihkan Simpanan Usia Tua Anda Dalam Kwsp

Cara Pulihkan Simpanan Usia Tua Anda Dalam Kwsp

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 254 hits
Kerajaan boleh menaikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan jika pengeluaran simpanan Akaun 1 dibenarkan ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi
Benarkan Pencarum Kwsp Keluar Rm10k Dari Akaun 1 Bagi Hadapi Cabaran Pandemik Covid 19

Benarkan Pencarum Kwsp Keluar Rm10k Dari Akaun 1 Bagi Hadapi Cabaran Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 274 hits
Bekas Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM 10 000 bagi mengharungi cabaran kehidupan yang wujud berikutan impak penu...
Kwsp Kerajaan Sedia Kaji Benarkan Pencarum Keluarkan Akaun 1

Kwsp Kerajaan Sedia Kaji Benarkan Pencarum Keluarkan Akaun 1

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 215 hits
M Update 4 11 2020 Kerajaan bersetuju dan bersedia mengkaji saranan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang pekerja bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar benar perlu Perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang di...
Seboleh Mungkin Jangan Sentuh Wang Itu Kerajaan Kaji Cadangan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Dari Akaun 1 Kwsp

Seboleh Mungkin Jangan Sentuh Wang Itu Kerajaan Kaji Cadangan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Dari Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 240 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan cadangan bagi membenarkan pencarum yang terjejas akibat pandemik Covid 19 mengeluarkan dana dari akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang dikaji Muhyiddin berkata beliau telah ber...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock