40 Rumah Rosak Akibat Ribut Hujan Batu Di Shah Alam


BERNAMA
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bumbung sebuah rumah di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam tercabut akibat ribut semalam. Gambar: Facebook Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22, Shah Alam rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang semalam.
Pemangku Ketua Kampung Batu 3 Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar berkata hujan lebat, yang bermula pada 5.30 petang, turut disertai pusaran angin kecil yang mengakibatkan berpuluh-puluh bumbung rumah penduduk diterbangkan angin.
“Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak kami bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna MBSJ Batu Tiga untuk kemudahan penduduk yang terkesan akibat ribut petang tadi,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata PPS itu, yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir dari kampung sama, baru sahaja ditutup pada awal bulan ini.
Tinjauan Bernama malam ini mendapati kawasan sekitar kampung itu masih bergelap kerana terputus bekalan elektrik sejak petang tadi selepas beberapa tiang elektrik tumbang akibat kejadian ribut berkenaan.
Seorang suri rumah, Norhaslinda Nayan, 43, berkata kejadian ribut seperti itu adalah yang pertama dialaminya sejak lebih 20 tahun menetap di situ.
“Ribut yang melanda tidak begitu lama namun cukup menggerunkan seperti ada puting beliung di atas bumbung dan bunyi hujan di luar seolah-seolah hujan batu kerana terlalu kuat,” katanya.
Beliau berkata kediamannya yang baru sahaja dicuci susulan banjir pada akhir tahun lepas sekali lagi terpaksa dibersihkan kerana ribut turut merosakkan bahagian bumbung sehingga menyebabkan seluruh bahagian dalam rumah basah.
“Ketika banjir baru-baru ini, air naik sehingga paras siling rumah, saya baru sahaja balik dari PPS awal bulan ini namun tidak sampai beberapa hari, sekali lagi kami diduga dengan ribut seperti ini,” katanya.
Norhaslinda berkata beliau tidak berpindah ke PPS malam tadi kerana suaminya telah memasang kepingan aluminium di bahagian bumbung rumah mereka yang terjejas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/40-rumah-rosak-akibat-ribut-hujan-batu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Baharu 2 Hari Lagi Rumah Pula Rosak Mangsa Ribut

Tahun Baharu 2 Hari Lagi Rumah Pula Rosak Mangsa Ribut

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 239 hits
Keadaan rumah yang rosak selepas dilanda ribut sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di Ipoh hari ini Foto Bernama Ipoh Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampu...
Hujan Batu Landa Ibu Negara Semalam

Hujan Batu Landa Ibu Negara Semalam

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 197 hits
Hujan batu landa ibu negara semalam Beberapa kawasan di ibu negara dilanda hujan batu dan angin kencang bermula 4 petang semalam Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan imej radar dan satelit awan hujan dan...
Amaran Ribut Petir Hujan Lebat Di Johor Sarawak Dan Sabah

Amaran Ribut Petir Hujan Lebat Di Johor Sarawak Dan Sabah

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 283 hits
Oleh Media Mulia PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Johor Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini Menurut jabatan itu Johor melibatkan kawasan Kota Tinggi dan Johor Bahru Sara...
Pelawak Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Di Bilik Air Rumah Ibunya Malam Tadi

Pelawak Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Di Bilik Air Rumah Ibunya Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 249 hits
PETALING JAYA Pelawak Pian Cecupak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas terjatuh di bilik air di kediaman ibunya di Pangsapuri Sentul Murni Taman Dato Senu Sentul Kuala Lumpur Menurut adiknya Hassenah abangnya ditemui dalam keadaan...
13 Rumah Rosak Bumbung Msu Jatuh Ditiup Angin Kencang

13 Rumah Rosak Bumbung Msu Jatuh Ditiup Angin Kencang

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 271 hits
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB Bumbung MSU yang jatuh ditiup angin kencang SHAH ALAM Sebanyak 13 buah rumah rosak di Lorong Bunga Raya 3 Kampung Kebun Bunga di Seksyen 22 di sini dalam kejadian hujan lebat dan ribut petang tadi Turut rosak adalah s...
Minum Kopi Di Kodai Koffe Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Minum Kopi Di Kodai Koffe Seksyen 7 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 350 hits
Sebenarnya dah lama mama nak Minum Kopi di Kodai Koffe Seksyen 7 Shah Alam Selangor ni tau Duk cari cari kedai tak jumpa rupanya nama yg mama cari tu nama lain Bila En hubby round round seksyen 7 barulah terjumpa kedai ni Baca ni juga Bersa...
Ribut Petir Hujan Di Beberapa Kawasan Hingga 6 Feb Kata Metmalaysia

Ribut Petir Hujan Di Beberapa Kawasan Hingga 6 Feb Kata Metmalaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 261 hits
Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan dalam tempoh 2 hingga 6 Feb menurut MetMalaysia PETALING JAYA Beberapa kawasan sekitar Semenanjung Sarawak dan Sabah dijangka mengalami ribut petir serta ...
5 Kereta Rosak Akibat Tanah Mendap

5 Kereta Rosak Akibat Tanah Mendap

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 193 hits
Oleh Kenderaan yang rosak disebabkan tanah mendap di Lestari Perdana Seri Kembangan petang tadi Foto Bomba Kuala Lumpur Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di Lestari Perdana Seri Kembangan hari ini Pengarah Jabatan Bomba dan ...
Rumah Rusak Di Pandeglang Akibat Gempa Bertambah Jadi 738 Unit

Rumah Rusak Di Pandeglang Akibat Gempa Bertambah Jadi 738 Unit

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 238 hits
Bangunan rumah yang rusak akibat gempa tersebar di 27 kecamatan dan 113 desa
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid