4 Teguran Buat Artis Public Figure Di Malaysia


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Kami cadangkan, agar semua mereka yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, terutama public-public figure yang ramai follower, juga media-media prima dan sebagainya, agar cuba sedaya upaya tonjolkan NILAI dan BUDAYA Islam yang sebenar di dalam setiap apa yang kita lakukan dan lakonkan, atau nyanyikan. Antara budaya-budaya yang amat perlu untuk di titi beratkan ialah :
a) MENUTUP AURAT.
Kami menyeru pelakon Islam, penyanyi Islam, pengacara Islam dan semua orang Islam yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, agar sama-sama kita menutup AURAT dengan sempurna. Jika anda pelakon, tutuplah aurat. Jika anda penyanyi, tutuplah aurat. Jika anda pengacara, tutuplah aurat

Bayangkan, andai ramai public-public figure dan pelakon yang mempunya jutaan followers dan fans, andai mereka semua menutup aurat dan MENGAJAK pengikut mereka untuk juga menutup aurat, saya yakin, ramai orang akan berpusu-pusu menutup aurat, dan kalian dapat pahala yang sangat BESAR dan sangat BANYAK. Bayangkan, andai 1000 orang mula menutup aurat kerana terinspirasi dengan kalian, betapa banyaknya pahala yang Allah akan ganjarkan pada kalian

Dan saya yakin 100%, populariti kalian takkan jatuh walaupun sedikit. Bahkan, In Shaa Allah, kalian akan makin di cintai, bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, Allah dan para malaikat juga mencintai anda

Sudah ramai artis Malaysia yang mula menutup aurat. Neelofa, Felixia Yeap, Emma Maembong, Siti Nurhaliza, dan sebagainya. Saya yakin, ia bukannya mudah. Namun, mereka dapat lakukannya, saya kira, ianya satu pengorbanan yang sangat besar

Kepada producer film, pengarah film dan sebagainya, suruhlah pelakon menutup aurat walaupun “Hanya berlakon”. Kita tak boleh guna ayat “hanya berlakon” untuk melakukan perkara yang Allah larang. In Shaa Allah, saya yakin, kalau jalan cerita kalian menarik, pelakon tutup aura tpun orang akan tengok juga seperti yang dilakukan oleh Syamsul Yusof dalam filem Munafik 2

Saya menyeru semua agar tutuplah aurat, dan promosi dan ajaklah masyarakat Islam di Malaysia agar menutup aurat dengan sempurna

b) ELAKKANLAH MENGAJAK KEPADA PERGAULAN BEBAS.
Saya menyeru dengan rendah hati, agar tidak ketengahkan budaya pergaulan bebas, kerana ia bukanlah budaya Islam. Budaya couple, budak berpegang-pegangan, peluk memeluk, bahkan aksi tanjang di dalam TV walaupun nampak seolah-olah tidak keterlaluan, INI SEMUA BUKANLAH BUDAYA ISLAM

Jika kalian tahu statistik gejala sosial di Malaysia, nescaya kalian akan menggigil dan menangis

Purata kes cerai di Malaysia setiap tahun ialah 40,000 kes. Bermakna, purata setiap hari, kes penceraian mencecah 110 kes. Bermakna, setiap satu jam, 5 kes cerai di daftarkan. Itu baru yang di daftarkan, belum termasuk yang tidak didaftarkan

Kes ANAK LUAR NIKAH di lahirkan, mencecah 27,000 setahun. Bermakna, setiap hari 75 kes di laporkan, dan setiap jam, 3 anak luar nikah di lahirkan

Saya tak nak cerita kes rogol, kes zina, kes gay dan lesbian, dan sebagainya

Macam mana semua ini boleh terjadi

Kerana, MEDIA UTAMA sama ada TV, Radio, lagu-lagu, drama-drama, movie-movie, novel-novel, banyak MEMPROMOSIKAN budaya pergaulan bebas sama ada secara sedar atau tidak sedar

Dengan lambakan movie dan drama cinta, novel cinta, lagu cint a(yang mana kebanyakannya menyeru kepada pergaulan bebas dan couple), telah menjadi HIBURAN HARIAN anak muda, belia bahkan orang tua. 
Dari idola kecil, Akademi Fantasia, Kilauan emas, semuanya hanyut dan tenggelam

Saya amat berharap, agar pelakon dan pengarah serta penyanyi, agar sama-sama kita mencegah perbuatan pergaulan bebas, dakwahlah melalui bakat-bakat yang ada. Yang pandai berlakon, berlakonlah tentang dakwah,  begitu juga penyanyi. Berilah hiburan-hiburan yang mendidik jiwa. 
Saya yakin, kalau cerita best, boleh meletup juga In Shaa Allah

Sebagai contoh, Pierre Andre buat film “Ustaz Mu Tunggu Aku datang”, tanpa sebarang pergaulan bebas, dan sarat dengan mesej dakwah secara santai dan sangat menarik. Ia tetap mendapat sambutan dan ramai juga yang berubah. Apatah lagi filem yang telah disebutkan sebelum ini iaitu Munafik 2

c) BANYAKKAN HIBURAN YANG BERUNSUR PENDIDIKAN
Dari kita banyak mengetengahkan hiburan yang sarat dengan pergaulan bebas, cinta, pergaduhan sini sana, mencarut dan sebagainya, saya cadang, agar banyakkan hiburan yang berunsur pendidikan dan dakwah

Kerana BUDAYA Islam yang paling agung ialah dakwah dan saling nasihat menasihati. 
Tetapi, kadang-kadang, ada sesetengah orang mahu mengajak kepada kebaikan dengan cara yang salah. Contoh, pengarah dan pelakon yang nak mengetengahkan bahawa zina itu dosa, maka mereka pun lakonkan aksi atas katil (walaupun tak keterlaluan). Benda ini sangat salah

Matlamat tak menghalalkan cara. Andai kita mahu lakukan sesuatu kebaikan, pastikan matlamatnya bertepatan dengan Islam, dan caranya juga kena bertepatan dengan Islam. Seorang ulama berkata:
إذا اختلط الحق والباطل غلب الباطل"Jika bercampurnya kebaikan dan keburukan, maka, yang akan menang ialah keburukan”

d) WAR-WARKAN ISU UMAT ISLAM YANG TERTINDAS AGAR TERSEBAR KESEDARAN
Saya juga mencadangkan agar artis-artis dan media-media massa agar sebarkan secara meluas apa yang terjadi pada Palestin, Syria, Rohingya, dan sebagainya

Jika anda berbakat dalam menyanyi, buatlah lagu tentang kemanusiaan ini. Jika anda berbakat dalam mengarah film dan berlakon, maka buatlah satu movie dan drama yang mengetengahkan isu umat dan kemanusiaan ini

Agar ramai masyarakat tidak lalai dan leka dengan kelebihan dan kesenangan yang ada. Agar kita semua dapat bantu mereka yang tertindas ini

Saya memuji banyak artis dan pelakon yang tak putus-putus memberi kesedaran tentang isu ini seperti Faizal Tahir, Aizat, dan ramai lagi. Ia bukan hanya tugas penasyid sahaja, tetapi semua orang boleh menyumbang dalam segala bidang yang mereka mampu untuk memberi kesedaran pada masyarakat

***
HARAPAN
Saya membuat artikel ini hanya satu tujuan. Agar pelakon, penyanyi, artis, dan individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air ini dapat menggunakan bakat dan kelebihan yang Allah bagi pada mereka untuk berdakwah

Saya mengaku, saya tak mampu nak berlakon, menyanyi, mengarah filem-filem, menjadi DJ radio, bahkan kalau saya nak buat semua itu pun, saya tak mempunyai dana yang cukup, kerana saya tahu ianya semua memakan kos yang sangat banyak, bahkan pembikinan film pun memakan jutaan ringgit

Bayangkan, bila orang-orang famous ni berhijrah kepada kebaikan, alangkah ramai pengikut mereka yang turut berhijrah ke arah kebaikan

Hamzah Abdul Mutalib, ketika beliau masuk Islam, ramai orang Quraisy turut masuk Islam. Kerana Hamzah sangat famous di kalangan Quraisy dengan kepimpinannya

Tika Umar Al-Khattab masuk islam, Khalid Al Walid masuk islam, Amru Al Asr masuk islam, mereka semua ini kiranya orang-orang besar Musyrikin sebelum ini, tetapi apabila mereka masuk Islam, mereka menjadi orang-orang besar Islam dan manfaat mereka untuk Islam sehingga sekarang tak boleh dinafikan

Muhammad Ali, seorang peninju Islam, ketika beliau masuk Islam, ribuan pengikut beliau turut masuk Islam

Saya yakin, andai pelakon dan penyanyi serta public figure yang di kenali ramai di Malaysia ini berhijrah menjadi lebih baik dari hari ke hari, dan mengajak kepada Islam, betapa besarnya manfaat untuk umat hari ini. Andai setiap media sama ada TV, radio, penerbit buku, surat khabar dan lain-lain mengetengahkan dakwah dan budaya ISLAM YANG SEBENAR secara berterusan dan konsisten, saya yakin, lama kelamaan, BUDAYA ISLAM kembali menjadi BUDAYA orang Islam di Malaysia ini

Wallahua’lam

Sumber : TarbiahSentap
ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH IRIJAL. JOM SERTAI IRIJAL DI  :🎗 telegram.me/IRijalOfficial🎗 fb.com/IRijalOfficial🎗 instagram.com/IRijalOfficial🎗 twitter.com/IRijalOfficial🎗  mohdnoorshawals.com🎗 shopee.com.my/IRijalStore
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://akubukaninnocent.blogspot.com/2018/12/4-teguran-buat-artispublic-figure-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Artis Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang 2019

Artis Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 454 hits
Artis dan Selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2019 Saban tahun bukan kita kita ini saja yang berlumba lumba mahu membina masjid para selebriti pun tidak melepaskan peluang membina mahligai impian Sememangnya menj...
Urutan Tengkuk Di Kedai Gunting Rambut Boleh Mengakibatkan Kecacatan Kekal Public Health Malaysia

Urutan Tengkuk Di Kedai Gunting Rambut Boleh Mengakibatkan Kecacatan Kekal Public Health Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 573 hits
The ReporterBagi sesetengah orang kepala dan leher mereka berasa lebih lega atau ringan selepas diberi urutan tengkuk oleh tukang gunting rambut sebaik saja selesai proses menggunting rambut Tidak dinafikan tetapi apa yang anda perlu tahu a...
Aming Tulis Pesan Menohok Soal Public Figure

Aming Tulis Pesan Menohok Soal Public Figure

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 208 hits
Aming baru saja mengunggah sebuah foto dengan empat tas mahal keluaran merek ternama kelas dunia Bukan hanya foto yang diunggahnya pesan yang ditulisnya dalam keterangan foto itu menjadi sorotan
Deflation Is Now Public Enemy No 1 In Malaysia

Deflation Is Now Public Enemy No 1 In Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 215 hits
Bank Negara Governor Nor Shamsiah Yunus Just to be completely clear There s no deflation in Malaysia Don t even think about it happening Bank Negara Malaysia insists in its annual report Categorically there is no risk Governor Nor Shamsiah ...
5 Public Figure Yang Sering Bikin Kita Penasaran Dan Bertanya Dari Mana Sih Asal Kekayaannya

5 Public Figure Yang Sering Bikin Kita Penasaran Dan Bertanya Dari Mana Sih Asal Kekayaannya

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 278 hits
Kylie Jenner baru saja dinobatkan jadi miliader termuda di dunia Itu dari bisnis makeup atau kekayaan keluarganya ya Kalau kekayaan Reino Barack sama Syahrini
Dato Seri Siti Nurhaliza Tetap Artis No 1 Malaysia Bukti Kejayaan Konsert Di Axiata Arena

Dato Seri Siti Nurhaliza Tetap Artis No 1 Malaysia Bukti Kejayaan Konsert Di Axiata Arena

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 900 hits
Siapa mampu menyangkal bahawa kedudukan dan kehebatan aura daripada artis No 1 Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza terus utuh dan menjadi pujaan ramai Ini terbukti melalui kejayaan 3 siri konsert Siti Nurhaliza On Tour di Indonesia Singapura ...
Malaysia S Proton To Build Assembly Plant In Pakistan

Malaysia S Proton To Build Assembly Plant In Pakistan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 286 hits
Malaysia s national carmaker Proton will collaborate with a local partner to establish a manufacturing assembly plant in Pakistan its first in the South Asian region Malaysia high commissioner to Pakistan Ikram Mohammad Ibrahim said an agre...
Vivo Malaysia Memperkenalkan Model Telefon Pintar Baharu Iaitu Vivo V15

Vivo Malaysia Memperkenalkan Model Telefon Pintar Baharu Iaitu Vivo V15

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 319 hits
DAMANSARA Vivo Malaysia memperkenalkan model telefon pintar baharu iaitu VIVO V15 yang dilengkapi dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 90 95 peratus Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia Mike Xu berkata Vivo V15 menfokuskan kepada golongan...
Malaysia Kenapa Polis Belum Tahan Penyokong Najib Serang Pelajar Soal Maria

Malaysia Kenapa Polis Belum Tahan Penyokong Najib Serang Pelajar Soal Maria

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 472 hits
Mengapa polis masih tidak menahan penyokong Najib Razak yang didakwa menyerang pelajar Universiti Malaya semalam soal Maria Chin Abdullah Bekas aktivis yang kini Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dilapor berkata kegagalan poli...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation