4 Sebab Hamas Serang Balas Walaupun Mahal Harganya


 Assalamualaikum
Gaza diserang lagi.
Setelah umat Islam diserang di Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, regim zionis bertindak lebih ganas dengan menyerang Gaza.
Sekurang-kurangnya 80 kematian di kalangan rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Doakan kebaikan buat umat Islam dan dihancurkan kekuatan musuh durjana yang zalim dan sombong ini.
di Gaza Covid-19 masih juga ada dan sekarang mereka sedang berjuang.
Jadi kita muhasabah diri.
Acik tertarik dengan posting dari saudara Khalid jimat 

Kredit foto: Pocik Hisham


Ada orang bertanya, mengapa kumpulan pejuang di Gaza menyerang Zionis jika mereka tahu harganya ialah lebih ramai rakyat Palestin di Gaza akan terkorban?
Mengapa cari nahas jika sudah tahu kekuatan Zionis itu jauh lebih besar?.
Tiadakah cara lain yang boleh digunakan untuk membantah tindakan Zionis menceroboh Masjid al-Aqsa, yang tidak menyebabkan banyak nyawa rakyat Palestin terkorban?.
Berikut adalah jawapan saya:

1. Zionis adalah penjajah yang telah merampas tanah air dan harta rakyat Palestin serta membunuh dan menzalimi mereka lebih daripada 7 dekad.
Memerangi penjajah adalah dibenarkan bahkan dituntut di dalam agama..“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Al-Hajj: 39)
"Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" (Al-Baqarah: 246).
Undang-undang antarabangsa juga mengiktiraf hak mereka yang dijajah untuk menggunakan pelbagai cara termasuk jalan ketenteraan untuk mengambil semula hak mereka yang telah dirampas.
Resolusi PBB 37/43, 3 Disember 1982, "menegaskan kembali kesahihan perjuangan mana-mana rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan, integriti wilayah, perpaduan nasional dan pembebasan dari penjajahan dan penguasaan asing dengan segala cara yang ada, termasuk perjuangan bersenjata.".
Dengan kata lain, tindakan pejuang di Gaza menyerang Zionis adalah tindakan yang sah; walau tanpa sebarang provokasi (ke atas Masjid al-Aqsa) sekalipun. Selagi mereka masih dijajah, mereka berhak melancarkan serangan ke atas Israel..
2. Tindakan Zionis menyerang dan membunuh rakyat Palestin di Gaza secara keterlaluan (excessive) dan semberono (indiscriminate) melanggar undang-undang ketika perang (Law of War) dan International Humanitarian Law.
Penggunaan kuasa secara keterlaluan (disproportionate use of force) dan membunuh orang awam yang tidak terlibat dengan perang (non-combatant) juga dilarang..Islam turut menyebut tentang prinsip ini di dalam al-Quran:
“...Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 194).

Tindakan Zionis melanggar undang-undang dan menyebabkan kematian ramai rakyat awam Palestin tidak seharusnya diletakkan di atas bahu kumpulan pejuang Palestin yang melaksanakan perjuangan mereka secara sah. Yang bersalah adalah Zionis..
Jika kita meletakkan kesalahan ini ke atas kumpulan pejuang, kita samalah dengan Zionis yang sering menyalahkan Palestin di atas segala yang berlaku ke atas Israel (blaming the victim). Walhal Palestin adalah mangsa, Zionis adalah pemangsa.

Ini taktik klasik Zionis untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan ke atas jenayah yang mereka lakukan..
3. Besar atau kuatnya sesuatu kuasa tidak bermakna mereka di pihak yang benar. Boleh sahaja mereka yang besar dan kuat itu adalah yang zalim (oppressor). Selalunya itulah yang terjadi. Power corrupts. Absolute power corrupts absolutely!
Seperti yang telah disebutkan, perjuangan menentang golongan yang zalim adalah wajib. Dan kewajipan tersebut tidak gugur biarpun pihak yang zalim itu besar dan kuat..Banyak contoh dalam sejarah bagaimana pihak yang kecil dan lemah tetapi benar dalam perjuangan mereka menang ke atas pihak yang lebih besar dan kuat tetapi mempunyai perjuangan yang salah. Tidakkah pernah kita dengar tentang pepatah ‘David vs Goliath’?.Janganlah kita menjadi seperti Bani Israel ketika diseru oleh Nabi Musa alaihissalam untuk berperang membebaskan bumi suci Palestin, mereka menjawab:
"Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)". (Al-Maaidah 5:22)
Apabila Allah SWT menjanjikan kemenangan mereka berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".(Al-Maaidah 5:24)
Lalu Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu". (Al-Maaidah 5:26).

Justeru, tidak semestinya bila yang kecil mencabar yang besar mereka adalah pencari nahas. Gelaran yang lebih layak buat mereka ialah pemberani! Himpunan pemberani-pemberanilah yang akhirnya melemah yang besar dan kuat tetapi zalim..
4. Perjuangan rakyat Palestin menuntut kemerdekaan bukan satu hal yang baru. Ia telah berjalan sejak Palestin berada di bawah penjajahan British lagi (1917-1948).
Penentangan yang berlaku pada hari ini pernah berlaku ketika Palestin di bawah penjajahan British - Intifada al-Quds (1920), Intifada Buraq (1929), Great Arab Revolt (1936-1939)..
Rakyat Palestin telah menggunakan pelbagai cara untuk melawan penjajahan Zionis - protes (civil disobedience), mogok, boikot bayar cukai, penentangan bersenjata. Ratusan telah gugur syahid dan ribuan hilang tempat tinggal. Jumlah pelarian Palestin hari ini lebih 6 juta; hampir separuh daripada jumlah keseluruhan rakyat Palestin di dunia..
Tindakan kumpulan pejuang di Gaza melancarkan serangan ke atas Zionis sebagai tindak balas kepada provokasi, pencerobohan dan serangan mereka di Masjid al-Aqsa adalah tamparan kepada negara-negara Arab dan Islam yang terus berpeluk tubuh melihat tempat suci umat Islam dinodai sebegitu rupa..
Masjid al-Aqsa bukan baru setahun dua dijajah. Masjid suci ini telah dijajah sejak tahun 1967! Dah 54 tahun!
Mereka sebenarnya sedang mengajar kita jalan kepada pembebasan Palestin dan Masjid al-Aqsa!
Jalan jihad dan perjuangan!

Jalan serupa yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat radhiallahu anhum serta Imaduddin Zanki, Nuruddin Zanki dan Salahuddin al-Ayyubi!.
Dan kita mempersoal tindakan mereka? Apakah kita tidak nampak apa yang sedang berlaku ke atas Masjid al-Aqsa?
Bukankah dalam fiqh awlawiyyat, memelihara ad-Din itu lebih utama daripada menjaga nyawa? Bukankah memelihara kesucian Masjid al-Aqsa itu sebahagian daripada akidah?.
Cara apa lagi selain penentangan bersenjata? Cara apa lagi yang boleh menghentikan kebiadaban dan wewenang Zionis?
Diplomasi? Kumpulan pejuang di Gaza tidak diiktiraf walaupun mereka menang dalam pilihanraya. Sebaliknya kerajaan diboikot dan mereka dilabel sebagai pengganas!.
Perjanjian damai? Apa natijah perjanjian damai antara PLO/Fatah dengan rejim Zionis sejak 1993? Apakah ada tanah Palestin yang dapat diambil semula? Adakah Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis telah dikembalikan kepada kita?
Bukankah Palestin semakin terhina dengan dengan proses damai ini dengan tawaran dan kompromi yang tidak masuk akal? Berapa banyak penempatan haram Yahudi dibina dalam tempoh ini? Berapa banyak rumah-rumah rakyat Palestin dirobohkan? Berapa kali Masjid al-Aqsa diceroboh dan dicemarkan?.
Dan yang paling penting, apakah kita melihat ada rakyat Gaza yang membantah tindakan kumpulan pejuang menyerang Zionis?
Hari ini bukan sahaja rakyat Gaza bersorak apabila melihat roket-roket dilancarkan. Rakyat Palestin di Baitulmaqdis, Lod, Jaffa, Haifa, Nablus dan Akka bersorak apabila siren berbunyi di tempat mereka menandakan ada roket dari Gaza yang tiba di kawasan mereka.
Yang mereka salahkan ialah tentera Zionis. Yang mereka sentiasa letakkan sepenuh pengharapan ialah Allah SWT!

Hasbunallahwanikmalwakil..

Please wake up!
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 2:216)
- Khalid Jimat,Pegawai Penyelidik,Palestine Centre of Excellence (PACE).
untuk dapatkan maklumat lebih lanjut ke telegrem PACE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2021/05/4-sebab-hamas-serang-balas-walaupun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+Bersama+Aku+Penghibur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netanyahu Mahu Serang Hamas Habis Habisan

Netanyahu Mahu Serang Hamas Habis Habisan

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 281 hits
MALAYSIA DATELINEPerdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran operasi ketenteraan Israel terhadap Hamas akan diteruskan dengan kekuatan penuh Beliau berkata Israel akan bertindak sekarang selama mana mereka perlu bagi memulihkan...
Serang Pos Kawalan Di Gerik Bekas Tentera Mati Ditembak

Serang Pos Kawalan Di Gerik Bekas Tentera Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 255 hits
Situasi ditempat kejadian yang dilaporkan berlaku di pos kawalan Batalion ke 4 Regimen Sempadan di Gerik Perak IPOH Seorang lelaki mati ditembak selepas dia yang bersenjatakan parang cuba menceroboh pos kawalan Batalion ke 4 Regimen Sempada...
Bekas Tentera Mati Ditembak Lepas Serang Pos Kawalan Di Gerik

Bekas Tentera Mati Ditembak Lepas Serang Pos Kawalan Di Gerik

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 314 hits
BernamaSeorang lelaki mati ditembak selepas dia yang bersenjatakan parang cuba menceroboh pos kawalan Batalion ke 4 Regimen Sempadan di Gerik dan bertindak agresif dalam kejadian petang semalam Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wa...
Serang Pos Kawalan Di Gerik Seorang Diri Bekas Tentera Mati Ditembak

Serang Pos Kawalan Di Gerik Seorang Diri Bekas Tentera Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 323 hits
1 393 total views 1 393 views today Seorang lelaki mati ditembak selepas dia yang bersenjatakan parang cuba menceroboh pos kawalan Batalion ke 4 Regimen Sempadan di Gerik dan bertindak agresif dalam kejadian petang semalam Ketua Polis Perak...
Waspada Tindak Balas Siber Dari Sekutu Israel Cdcs

Waspada Tindak Balas Siber Dari Sekutu Israel Cdcs

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 186 hits
Pusat Media Digital Keselamatan Siber dan Komunikasi serta Pertubuhan Media Digital Malaysia menggesa rakyat negara ini agar berwaspada terhadap kemungkinan serangan siber daripada kepentingan kepentingan Israel serta sekutu mereka Menurut ...
Selepas Serang Baitulmaqdis Israel Bom Semenanjung Gaza

Selepas Serang Baitulmaqdis Israel Bom Semenanjung Gaza

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 485 hits
BAITULMAQDIS 27 Ramadan 1442H Ahad Sebuah jet tempur F 16 Israel mengebom Semenanjung Gaza malah tentera rejim melepaskan tembakan artileri di kawasan pantai yang dikepung di tengah ketegangan di Baitulmaqdis Pesawat perang Israel dilaporka...
Selepas Serang Pejabat Media Israel Bedil Pusat Kesihatan Di Gaza

Selepas Serang Pejabat Media Israel Bedil Pusat Kesihatan Di Gaza

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 391 hits
GAZA 4 Syawal 1442H Ahad Negara pengganas Israel dilaporkan melepaskan dua peluru berpandu ke lokasi kemudahan kesihatan di Gaza kata pegawai dalam satu kenyataan hari ini Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza peluru berpandu berke...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah