4 Resipi Berkhasiat Dengan Sumber Segar Dari Pasar Tani
Ramai di antara masyarakat kita yang masih belum sedar tentang kebaikan pengambilan makanan mengikut sistem piramid makanan. Salah satu sebabnya ialah kerana kekangan untuk mendapatkan sumber bekalan makanan yang segar dan berkualiti.
Kini, ia tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan ratusan outlet Pasar Tani di seluruh negara. Pasar Tani yang telah ditubuhkan sejak tahun 1985 telah menjadi ‘Pasar Pilihan’ lebih dari 35 tahun.
MENEPATI CITARASA PENGGUNA
Pelbagai produk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di Pasar Tani dibawa terus dari ladang kepada pengguna. Pasar Tani adalah medan pertemuan di antara petani dan pengguna.
Lokasinya yang tersusun, bersih serta sistematik dapat menjamin kualiti dan kepuasan kepada para pengunjung.
PEMERIKSAAN BERKALA
Demi keselamatan pengguna, pihak FAMA telah mengambil langkah yang terbaik bagi memastikan penularan penyakit berjangkit COVID-19 dapat dielakan dengan mengamalkan SOP yang sangat ketat.
Pasukan keselamatan sentiasa memantau kehadiran pengunjung di sekitar lokasi Pasar Tani bagi memastikan segala SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi oleh semua pengunjung. Dengan ini, pengunjung boleh berbelanja dengan hati yang senang dan selamat.
FAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap para peniaga. Ia adalah langkah bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan.
Jadi untuk anda yang menggemari buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai keperluan yang segar, berkualiti dan menepati pelbagai cita rasa, datanglah ke Pasar Tani yang berdekatan dengan lokasi anda.
LOKASI BERDEKATAN DENGAN PENGGUNA
Layari laman sesawang Pasar Tani di http://pasartani.fama.gov.my/bm/about untuk dapatkan lokasi Pasar Tani yang berdekatan dengan anda.
Jika anda ingin mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan secara atas talian, anda boleh merancang pembelian secara online di Agrobazaar Online: www.agrobazaar.com.my.
Selain itu untuk mendapatkan butiran lanjut atau info-info terkini tentang Pasar Tani, anda boleh melayari Facebook Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Jadilah pengguna yang bijak dengan menyokong produk tempatan bagi menjana ekonomi negara.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia 2020 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita disarankan mengambil sekurang-kurang 2 sajian sehari bagi buah-buahan manakala 3 sajian atau lebih sehari bagi sayur-sayuran.
Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan selera anda dalam penyediaan makanan, selain diambil terus sebagai snek atau pembuka selera. Jadi, jom masak dengan bahan-bahan segar, murah dan berkualiti yang boleh didapati hanya di Pasar Tani.
KERABU PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji peria katak | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
5-6 biji cili padi | hiris
Ikan bilis | goreng garing
1 biji limau nipis | ambil airnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan rendam peria dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit. Angkat dan toskan.
2. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukan bawang dan cili padi yang telah dihiris tadi.
3. Perahkan asam limau dan gaul rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah penyedap rasa jika suka.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan.
5. Sesuaikan rasa agar semua rasa masam, masin dan manis sekata.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
KHASIAT:
Membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan melancarkan kitaran haid.
AIR JAGUNG 3 LAYER
BAHAN-BAHAN:
Bahan pes jagung segar
2 tongkol jagung| disagat
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
BAHAN UNTUK AIR:
1 tin susu cair
1 ketul gula melaka |dijadikan sirap gula melaka
1 sudu makan kordial perasa jagung
Air batu secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Hiris isi jagung dan rebus dengan air dan gula. Sejukkan seketika dan kisar kasar.
2. Kemudian masak sekali lagi sehingga mendidih dan pekat hingga menjadi seperti pes. Ketepikan.
3. Sediakan gelas dan tuangkan sirap gula melaka. Kemudian masukkan ketulan ais batu.
4. Tuang susu cair ikut kuantiti yang dikehendaki. Kemudian tuangkan kordial perisa jagung.
5. Akhir sekali letakkan pes jagung manis segar secukupnya.
6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mencegah sembelit dan menguatkan sistem imun badan.
ROCK MELON GRILLED WITH SALMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji rock melon | dipotong memanjang
1 keping ikan salmon | potong nipis
2 ulas bawang putih | diketuk
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan chili flakes
1 sudu makan mixed herbs
Garam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya.
½ biji lemon
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan rock melon ke dalam bekas. Masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam, dan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan ikan salmon bersama mixed herbs, lada hitam dan bawang putih yang diketuk, sedikit garam dan minyak zaitun. Perap 15 minit atau lebih.
3. Panaskan pan dan panggang rock melon hingga warna bertukar sedikit perang. Balik-balikkan agar tidak hangus. Angkat dan ketepikan.
4. Kemudian masukkan salmon yang telah diperap bersama minyak zaitun tadi. Panggang sehingga masak.
5. Angkat dan hidangkan bersama rock melon panggang tadi. Taburkan chilli flakes dan perah sedikit hirisan lemon.
6. Sedia untuk dinikmati.
KHASIAT:
Membantu mengawal kolestrol.
MI SEGERA SUP AYAM UTARA AGROMAS
BAHAN-BAHAN:
1 paket Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas
2 keping isi ayam | dipotong menjadi kepingan kecil
1 biji bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji telur
5 batang daun sawi
½ batang lobak | dihiris halus
1 biji cili merah | dihiris
1 batang daun bawang | dipotong
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak.
2. Setelah minyak panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan hirisan ayam dan kacau rata hingga ayam sedikit masak dan masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan perencah Mi Segera Sup Ayam Utara AgroMas.
4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan telur. Setelah telur sedikit masak kemudian masukkan Mee Sup Utara AgroMas. Kacau.
5. Masukkan lobak merah dan sawi. Biarkan mendidih seketika sehingga mi segera lembut. Tambah air jika perlu.
6. Setelah masak, angkat dan taburkan daun bawang dan cili potong. Sedia dinikmati.
JOM MENANG HADIAH LUMAYAN DENGAN MENYERTAI PERTANDINGAN VIDEOGRAFI AGROMAKANAN!
Anda seorang yang kreatif dalam mengambil video? Jom serlahkan kreativiti anda dengan produk Fama dan menangi hadiah lumayan!
Pelbagai kategori yang boleh disertai, antaranya sayur dan buah, ternakan, akuakultur, industri makanan dan agrotourism.
Untuk menyertai peraduan ini, boleh klik di link yang disediakan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckiO1lN7ze-FxS1ZNDtit0P0Ulpe0mgD9QIQ-ah_u1sd8DvQ/viewform?usp=pp_url
The post 4 Resipi Berkhasiat Dengan Sumber Segar Dari Pasar Tani appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/11/4-resipi-berkhasiat-dengan-sumber-segar.html