4 Perbezaan Mudah Semut Dan Anai Anai


Sering tidak dapat bezakan semut dan anai-anai?
Ya, dengan sekali pandang, jangan terkejut kerana memang ada antara kita yang tidak dapat membezakan antara semut dan anai-anai kerana beranggapan keduanya adalah serangga yang sama. 
Namun anda harus tahu, terdapat perbezaan antara semut dan anai-anai kerana kaedah rawatannya berbeza serta kesan kerosakan yang berpunca dari kedua-dua ini juga berbeza

Ada juga di antara pelanggan yang ingin bertanya tentang kaedah yang perlu dijalankan untuk mengawal kehadiran semut.Namun yang berada di rumah mereka bukanlah semut seperti yang dijangka, tetapi merupakan anai-anai yang bersarang. Begitu juga sebaliknya dengan anai-anai. 
Oleh itu pentingnya bagi anda untuk mengenal pasti serangga apa yang berada di kediaman anda. Hal ini penting untuk menentukan kaedah rawatan mana yang sesuai bagi menyelesaikan masalah haiwan makhluk perosak di kediaman anda

Berikut merupakan perbezaan mudah yang dapat dilihat untuk membezakan di antara semut dan anai-anai

1) Sayap
Sayap memainkan peranan dalam membezakan antara anai-anai dan semut. Sayap anai-anai dewasa adalah sama saiz dan sama panjang, manakala bagi semut dewasa pula berbeza saiz sayapnya. Sayap semut dewasa di bahagian hadapan adalah lebih panjang daripada saiz sayap di bahagian belakang. Oleh itu, jangan mudah tertukar lagi jika anda terlihat serangga bersayap seperti semut dan anai-anai berada di kediaman anda
2) Pinggang
Perbezaan lain yang dapat dilihat antara anai-anai dan semut dewasa bersayap ialah abdomen yang dapat dilihat pada tengah bahagian badan anai-anai dan semut. Anai-anai mempunyai abdomen yang tebal di tengahnya dan berbentuk lurus, manakala semut mempunyai abdomen yang nipis di tengahnya dan tidak berbentuk lurus. Itu sudah cukup untuk membezakan antara anai-anai dan semut
3) Sesungut
Melalui sesungut juga kita dapat membezakan antara anai-anai dan semut. Anai- anai dewasa mempunyai sesungut yang lurus manakala semut dewasa sesungutnya berbentuk melengkung (elbowed). Sesungut berfungsi sebagai deria bagi serangga seperti semut dan anai-anai. Fungsi lain sesungut juga ialah bagi mengesan pergerakan udara, haba, bunyi, getaran, bau dan rasa. Oleh itu, dengan hanya melihat sesungut haiwan yang berada di kediaman anda dapat memberikan info serangga apa yang bersarang di kediaman anda

4) Mata
Mata juga memainkan peranan penting dalam mengenalpasti semut dan anai-anai. Untuk pengetahuan anda, anai-anai pekerja yang tidak mempunyai sayap tidak mempunyai mata dan hanya mengesan pergerakan atau haba melalui sesungut yang terdapat pada mereka. Manakala semut pekerja yang tidak mempunyai sayap mempunyai mata (compound). Oleh itu, melalui perbezaan fizikal juga dapat membezakan diantara semut dan anai-anai ini



Untuk membantu anda mengenal pasti semut atau anai-anai yang bersarang di rumah anda dan membantu memastikan bahawa ia dirawat dengan berkesan, hubungi perkhidmatan profesional kawalan serangga perosak. Pasukan profesional di Easelife Services boleh melakukan 'inspection' rumah anda dan mengesyorkan penyelesaian kepada masalah ini

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai atau semut berleluasa di kediaman anda. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai dan semut, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2018/10/4-perbezaan-mudah-semut-dan-anai-anai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Paling Mudah Mengurangkan Sakit Belakang

5 Cara Paling Mudah Mengurangkan Sakit Belakang

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 385 hits
5 Cara Paling Mudah Mengurangkan Sakit Belakang Sakit belakang boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita Sakit belakang juga boleh menyerang tidak kira usia samaada muda mahupun warga tua Semakin berusia kita sakit bel...
Cara Mudah Bersihkan Keramik Kusam Pakai Belimbing Wuluh Begini Caranya

Cara Mudah Bersihkan Keramik Kusam Pakai Belimbing Wuluh Begini Caranya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 324 hits
Keramik di rumahmu kusam Meski sudah di pel tapi tetap saja kusam tidak kinclong bikin sang penghuni merasa terganggu Memang sih material keramik bagus namun juga tidak luput dari masalah Terutama jika tidak langsung dibersihkan ketika koto...
Cara Mudah Menanggalkan Kotoran Degil Di Dalam Toilet

Cara Mudah Menanggalkan Kotoran Degil Di Dalam Toilet

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 685 hits
Kali ni kak yone nak share pasal proses membasuh bilik air ataupun kawasan kawasan yang pakai tiles Even dekat porch area pun boleh diaplikasikan Kak yone share ajelah pengalaman yang kak yone sendiri hadap apabila mencuci kawasan kawasan n...
Jokowi Ingin Timses Sampaikan Keberhasilan Pemerintah Dengan Bahasa Mudah Dipahami

Jokowi Ingin Timses Sampaikan Keberhasilan Pemerintah Dengan Bahasa Mudah Dipahami

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 154 hits
Jokowi ingin memberikan prinsip berkampanye ke masyarakat Maksudnya berkampanye dengan narasi konstruktif dan beradab Narasi yang dibangun data fokus prestasi rekam jejak dan program
Super Mom Jimat Pantas Mudah Dan Berkesan

Super Mom Jimat Pantas Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 530 hits
Super Mom Jimat pantas mudah dan berkesan Sebenarnya sebelum ni dah pelbagai cara aku guna untuk hilangkan kotoran bukan sahaja di baju malah di dalam rumah Nak hilangkan kotoran yang melekat pada bilik air pintu dan sebagainya SUPERMOM WOR...
Duitnow Sistem Mudah Memindahkan Wang Secara Online

Duitnow Sistem Mudah Memindahkan Wang Secara Online

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 436 hits
DuitNow adalah sebuah perkhidmatan perbankan terbaru yang diperkenalkan oleh PayNet salah satu agensi dibawah Bank Negara yang sebelum ini telah menerajui beberapa perkhidmatan perbankan termasuk antaranya adalah MEPS untuk pengeluaran duit...
7 Tips Jitu Dan Mudah Raih Wajah Cloudless Skin Tren Kulit Sehat Terbaru Di Korea Yang Wajib Dicoba

7 Tips Jitu Dan Mudah Raih Wajah Cloudless Skin Tren Kulit Sehat Terbaru Di Korea Yang Wajib Dicoba

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 311 hits
Dengan mengikuti tren terbaru Korea Cloudless Skin bisa bikin kamu bersinar nggak cuma dari wajah tapi dari hati juga
4 Bahan Mudah Buat Nota Belajar Efektif

4 Bahan Mudah Buat Nota Belajar Efektif

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 626 hits
Sejujurnya kebanyakan pelajar sering mengeluh yang banyak kerja sekolah perlu diselesaikan banyak latihan perlu dibuat dan banyak juga nota yang perlu salin sampaikan rasa penat yang teramat ditambah lagi dengan kegiatan kokurikulum sekolah...
Cara Mudah Simpan Bawang Kisar Supaya Tahan Lebih 2 Minggu

Cara Mudah Simpan Bawang Kisar Supaya Tahan Lebih 2 Minggu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 661 hits
Nak tahu cara simpan bawang kisar tahan lama Maklumlah penyediaan awal rencah memasak seperti bawang merah bawang putih bawang besar dan halia kisar adalah salah satu cara untuk menjimatkan masa memasak Tetapi ada yang bersungut bawang kisa...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h

3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand