4 Peperangan Yang Berlaku Ketika Bulan Ramadhan


Ketika umat Islam di seluruh dunia menanti ketibaan bulan Ramadhan ditahun 2019 dengan penuh kegembiraan dan keriangan, nasib berbeza menimpa saudara seagama di Gaza, Palestin apabila terpaksa berhadapan dengan serangan dari Israel sehingga menyebabkan 25 penduduk Palestin dan empat orang Israel terbunuh.

Ilustrasi Perang Hittin

Serangan terhadap umat Islam ketika bulan Ramadhan bukan perkara baharu kerana sejak zaman awal Islam lagi sejarah telah merakamkan beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan ketika umat Islam berpuasa.

1. PERANG BADAR

Pada Jumaat 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, tentera Islam yang hanya mempunyai kekuatan sebanyak 313 orang terpaksa berhadapan dengan 1,000 orang tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata dalam perang Badar.

Peperangan ini sangat luar biasa kerana selain jumlah tentera Islam berkali-kali ganda kurang selain tidak mempunyai kelengkapan persenjataan yang hebat, mereka juga terpaksa berperang ketika dalam keadaan berpuasa.

Namun begitu, dengan kekuasaan dan pertolongan Allah, tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah SAW akhirnya berjaya memenangi peperangan ini dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Kisah mengenai perang Badar turut dirakam dalam surah Ali-Imran ayat 123 yang bermaksud, “Sungguh Allah SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri-Nya."

2. PERANG KHANDAK

Biarpun perang Khandak atau turut dikenali sebagai perang Ahzab tidak berlangsung pada bulan Ramadhan dan berlaku pada Syawal, persiapan untuk menghadapi peperangan ini dilakukan oleh tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah pada bulan Ramadhan.

Pertempuran ini yang dinamakan khandak atau parit merujuk kepada parit besar yang digali oleh tentera Islam hasil cetusan idea Salman al-Farisi sebagai strategi untuk berhadapan musuh.

Selain itu, al-Quran turut menggunakan perkataan Al-Ahzab atau bermaksud gabungan dalam surah Al-Ahzab bagi menggambarkan gabungan tentera musyrik dan Yahudi dalam menentang Islam.

Seperti perang Badar, jumlah tentera Islam dalam perang Khandak hanya seramai 3,000 orang dan terpaksa berhadapan dengan gabungan tentera musuh seramai 10,000 orang yang mempunyai pelbagai kelengkapan perang.

Lebih menyukarkan keadaan, persiapan mengorek parit ini dibuat pada bulan Ramadhan atau kira-kira dua minggu hingga sebulan sebelum pertempuran berlaku.

Kerja-kerja mengorek juga tidak semudah disangka kerana banyak kawasan yang mempunyai batu-batu keras dan hanya menggunakan peralatan biasa untuk menggali.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan, akhirnya tentera Islam berjaya memenangi pertempuran yang berlanjutan selama 27 hari setelah pasukan Muslim berjaya memecah belahkan pakatan musuh.

3. PERANG HITTIN

Pada tanggal bulan Ramadhan 584 hijrah atau pada Oktober 1187 menyaksikan detik bersejarah apabila Baitulmuqaddis berjaya dibebaskan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi daripada tentera Salib.

Dalam pertempuran Hittin ini, Salahuddin menggunakan kepakaran dan kepintarannya menewaskan pihak musuh.

Salahuddin yang ketika itu memimpin kira-kira 20,000 tentera Islam berjaya memancing tentera Salib ke sebuah lembah bernama Hittin ketika musim panas yang sangat terik.

4. PERANG AIN JALUT

Peperangan ini melibatkan antara kerajaan Mamluk yang ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Saifuddin al-Qutuz dengan pasukan tentera Mongol.

Berdasarkan sejarah, tentera Mongol sebelum itu di bawah kepemimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan kerajaan Abbasiyah di Baghdad pada 1258.

Kejatuhan Baghdad tidak memuaskan hati tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu dan mereka terus merencana serangan untuk menghancurkan benteng terakhir kerajaan Islam iaitu kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir.

Akhirnya, pada 24 Ramadhan 658 hijrah, dua pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Saifuddin sendiri dan Ruknuddin Baibars memilih kawasan mata air bernama Ain Jalut sebagai lokasi peperangan.

Ketika pasukan Mongol tiba keesokan harinya mereka telah diserang oleh dua pasukan itu bermula dengan pasukan Ruknuddin dan kemudian datang pula kepungan daripada pasukan Sultan Saifuddin.

Panglima tentera Mongul, Kitbuga yang bertanggungjawab meruntuhkan Baghdad berjaya dibunuh.

Kejayaan ini adalah satu peristiwa besar dan amat bersejarah untuk umat Islam kerana ini adalah kemenangan pertama dicapai oleh umat Islam terhadap empayar Mongol.

Renungan

Peperangan ini membuktikan puasa tidak sepatutnya menjadi penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredaan Allah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Peperangan Demi Peperangan Ketika Akhir ZamanYahudi Perancang Perang Dunia Pertama!
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/peperangan-yang-berlaku-di-bulan-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Waktu Jangan Terlepas Berdoa Di Bulan Ramadhan Allah Pasti Kabulkan Ustaz Ebit Lew

2 Waktu Jangan Terlepas Berdoa Di Bulan Ramadhan Allah Pasti Kabulkan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1489 hits
Bulan Ramadhan yang baru menjelma pastinya ditunggu tunggu oleh semua umat Islam Ramadhan merupakan bulan penuh berkat hikmah dan keampunan kerana pelbagai amal perbuatan dapat menjadi pahala yang berkali ganda Justeru tidak hairanlah ramai...
Ini Cara Konsumsi Mie Instan Yang Tepat Buat Santap Sahur Dan Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Ini Cara Konsumsi Mie Instan Yang Tepat Buat Santap Sahur Dan Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 454 hits
Tidak bisa dipungkiri bahwa banyak orang yang menggemari mie instan sebagai sajian baik berbuka maupun bersantap sahur Tentu saja dengan alasan praktis dan siap saji mie instan menjelma jadi primadona Walaupun tidak sedikit pula ada anggapa...
Jangan Membazir Dalam Bulan Ramadhan

Jangan Membazir Dalam Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 368 hits
Sebenarnya bulan Ramadhan mengajar erti kesabaran di dalam menahan hawa nafsu Pada waktu yang sama kita akan terlepas pandang benda yang wajib iaitu JANGAN MEMBAZIR Di dalam bulan yang mulia kita di galakkan bersedekah kepada yang lebih mem...
Mandi Manda Kat Amverton Heritage Resort Melaka Sebelum Tengok Anak Bulan Ramadhan 2019

Mandi Manda Kat Amverton Heritage Resort Melaka Sebelum Tengok Anak Bulan Ramadhan 2019

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 987 hits
Assalammualaikum Dunia Haaa ambik ko tajuk penuh satu alam Seminggu sebelum puasa cikbunga dan anak anak bunga semua nya layu sebab demam selsema dan batuk Sib baik bapak bunga pi outstation kalau tak semuanya demam satu rumah Nampak tak ba...
Menu Sahur Lengkap Selama Bulan Puasa Ramadhan

Menu Sahur Lengkap Selama Bulan Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 475 hits
Kami merangkum menu makan sahur puasa Ramadan Menu sahur ini mudah dan praktis disajikan serta mengenyangkan sarat gizi dan tidak membuat badan lemas Menu Sahur Selama Puasa 1 Senin 6 Mei 2019 Ayam Goreng Bumbu Kuning 2 Selasa 7 Mei 2019 Tu...
Kempen Galakkan Membaca Jom Pinjam Buku Di Bulan Ramadhan 2019

Kempen Galakkan Membaca Jom Pinjam Buku Di Bulan Ramadhan 2019

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 449 hits
KEMPEN GALAKKAN MEMBACA JOM PINJAM BUKU DI BULAN RAMADHAN 2019 Memandangkan pada bulan ramadhan para pelajar ramai mengunjungi PSS pada waktu rehat maka Unit PSS telah melancarkan kempen galakkan membaca Jom Pinjam Buku Pada Bulan Ramdhan B...
Cara Ahli Politik Menunggang Agama Untuk Sebarkan Fitnah Di Bulan Ramadhan

Cara Ahli Politik Menunggang Agama Untuk Sebarkan Fitnah Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 478 hits
Bagi PH keutamaan politik jauh melebihi dari kemuliaan bulan Ramadhan Fitnah serta politik jijik PH tak ada sempadan masa Fitnah PH Terhadap DS Najib Dalam Kes Salah Guna Kuasa YAPEIMMari kita fahamkan macam mana PH membuat propaganda jahat...
Ramadhan Bukan Bulan Untuk Membazir

Ramadhan Bukan Bulan Untuk Membazir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 914 hits
hi there baru ada kesempatan menulis cerita berkaitan bulan Ramadhan first of all mrs pip nak ucapkan selamat berpuasa bagi yang beragama Islam selamat menyambut bulan Ramadhan bulan yang paling ditunggu tunggu oleh kebanyakkan malah mungki...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu