4 Negeri Diramal Bakal Alami Banjir Besar Tahun Ini


 

November 6 , 2021 Negara bersedia menghadapi ancaman banjir besar yang diramal melanda beberapa negeri terutamanya Pa­hang, Terengganu, Kelantan dan Johor pada musim tengku­juh yang dijangka bermula ha­ri ini sehingga awal Januari de­pan.
Ramalan Jabatan Meteorologi Ma­laysia (MetMalaysia), dijangkakan hujan lebat di negeri-ne­geri terbabit bermula hari ini manakala di Sarawak dan Sabah keadaan diramal berterusan sehingga Februari depan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Pe­ngurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Aminuddin Has­sim berkata, pihaknya menyediakan 5,000 pusat pemindahan banjir sementara (PPS) di seluruh negara bagi menampung jangkaan 100,000 mangsa.
ADAM Zafriel Hamizi dan Hanifa Khaira Mohd. Khairul Radzi meredah air sambil membawa monyet peliharaan mereka di Kampung Kubang Betong, Changlun, Kedah yang dilanda banjir, semalam.
Katanya, daripada jumlah ter­sebut sebanyak 2,000 PPS diaktifkan mulai hari ini di beberapa kawasan di Pahang, Sabah dan Sarawak.
“Sebanyak 3,000 PPS lagi dalam status bersedia, 600 PPS akan diaktifkan di Kelantan, le­bih 500 di Terengganu dan le­bih 700 di Pahang.
“PPS di kawasan tersebut, Pahang, Kelantan dan Terengganu menjadi tumpuan kepada kerana kekerapan bencana alam yang berlaku di kawasan itu.
“Pegawai-pegawai di PPS perlu bersedia bertugas dan be­kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mangsa-mangsa apabila dilanda bencana alam di kawasan tersebut,” katanya apabila dihubungi semalam.
Amaran yang sama turut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yang berkata, pihaknya meramalkan banjir besar akan melanda beberapa lokasi di Pahang dan Terengganu seperti yang berlaku tahun lalu.
“Banjir di Pahang tahun lalu adalah yang kedua terbesar selepas bencana banjir besar pada tahun 2014. Justeru, kami sudah bersiap siaga untuk berdepan situasi itu,” katanya selepas menutup Kursus Khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) Siri 1/2021 di Markas Pasukan SMART, semalam.
Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya juga menya­lurkan RM50,000 kepada 157 daerah di seluruh negara sebagai persiapan logistik untuk menghadapi bencana alam tersebut.
“Nadma membuat penambahbaikan untuk membantu dengan hasil kerjasama pihak berkuasa menyediakan 45,000 khemah di seluruh negara dan lebih 8,000 aset bencana se­perti bot berenjin, lori dan sebagai­nya.
“Itu salah satu perkara yang dapat kami laksanakan sebagai persiapan untuk menghadapi bencana ini dengan lebih tersusun berikutan negara ketika ini juga sedang berperang dengan pandemik Covid-19,” ujarnya.
Sementara itu di Alor Setar, jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat kepada 526 mangsa daripada 145 keluarga yang ditempatkan di PPS di empat daerah, semalam.
Mangsa banjir yang dipindahkan semalam melibatkan seramai 292 mangsa daripada 79 keluarga di satu PPS di daerah Pendang dan dua di Kota Setar.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, dua PPS dibuka di Baling, empat di Kota Setar dan masing-masing satu di Pendang dan Kubang Pasu.
Di Melaka, seramai 159 penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan ke tiga PPS selepas beberapa kawasan di Alor Gajah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam, semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat semalam tiga PPS dibuka untuk menempatkan mangsa terlibat.
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dibuka pada pukul 8 malam kelmarin dan menempatkan seramai 24 mangsa daripada 10 keluarga.
“PPS kedua iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah turut dibuka kira-kira sejam kemudian dan seramai 81 mangsa daripada 19 buah keluarga berada di situ,” katanya dalam kenyataan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/4-negeri-diramal-bakal-alami-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Pasang Besar Fenomena Diramal Landa 4 Negeri Bermula Hari Ini

Air Pasang Besar Fenomena Diramal Landa 4 Negeri Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 348 hits
Hari ini sehingga 7 November nanti fenomena air pasang besar setinggi 3 perpuluhan satu meter dijangka melanda empat negeri Ia dijangka melanda Kedah Perak Selangor dan Johor Kedah ketika ini masih dilanda banjir yang belum pulih dan menjej...
Bongkah Ais Greenland Mencair Berisiko Cetus Banjir Besar

Bongkah Ais Greenland Mencair Berisiko Cetus Banjir Besar

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 377 hits
Bongkah ais Greenland mencair berisiko cetus banjir besar Kira kira 3 5 trilion tan bongkah ais di Greenland yang mencair sejak sejak sedekad lalu menyebabkan peningkatan permukaan air laut dunia sebanyak satu sentimeter sekali gus meningka...
Kedah Dijangka Alami Air Pasang Besar Mulai Esok

Kedah Dijangka Alami Air Pasang Besar Mulai Esok

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 258 hits
Kedah dijangka alami air pasang besar mulai esok ALOR SETAR Kedah dijangka mengalami fenomena air pasang besar bermula esok dengan ombak tinggi mencecah 3 1 meter antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi Sabtu ini Ketua Bahagian Operasi Ben...
Victon Bakal Rilis Lagu Khas Buat Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke 5

Victon Bakal Rilis Lagu Khas Buat Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke 5

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 249 hits
Pada 25 Oktober Play M Entertainment iaitu agensi kepada VICTON telah mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan mengeluarkan lagu khas buat peminat yang sangat istimewa pada 9 November ini Tahun ini pada 9 November VICTON juga akan menyambu...
Bersatu Gelisah Kerana Tahu Umno Bakal Menang Besar Zahid

Bersatu Gelisah Kerana Tahu Umno Bakal Menang Besar Zahid

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 286 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah dua kali menyatakan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional Bimbang UMNO bakal menang besar di Melaka menyebabkan Bersatu kini semakin gelisah sehingga...
Pekin Ibrahim Bakal Kahwin Tahun Ini

Pekin Ibrahim Bakal Kahwin Tahun Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 246 hits
Pelakon filem Mat Moto Pekin Ibrahim meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini Pemilik nama penuh Mohd Iznan Ibrahim 35 sentiasa bersedia untuk memenuhi tuntuntan sebagai seorang suami Saya ada perancangan untuk tam...
Marah Anak Buang Air Besar Dalam Seluar Ibu Dilapor Tergamak Pukul Anak 4 Tahun Hingga Mati

Marah Anak Buang Air Besar Dalam Seluar Ibu Dilapor Tergamak Pukul Anak 4 Tahun Hingga Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 311 hits
Seorang ibu di Surabaya dilaporkan tergamak mendera anak kandungnya yang berusia 4 tahun sehingga mati kerana berang mangsa membuang air besar dalam seluar Memetik laporan Detik News suspek mengaku mendera anaknya dengan memukul dan menolak...
Kepada Pengundi Negeri Melaka Sarkis Sudah Tiba Pecahkan Undi Anda Jangan Bagi Siapa Pun Menang Besar

Kepada Pengundi Negeri Melaka Sarkis Sudah Tiba Pecahkan Undi Anda Jangan Bagi Siapa Pun Menang Besar

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 271 hits
Tuan Tuan dan Puan Puan pengundi Melaka Sarkis telah sampai ke negeri anda Dalam sarkis ada badut monyet kuda liar kepala balut dan pelbagai penghiburan Dalam sarkis terbaru ini TIGA kelompok besar akan cuba menarik undi Tuan Tuan 1 Perikat...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti