4 Masjid Terkenal Yang Kini Di Jadikan Gereja


Kontroversi pengembalian status masjid bersejarah Masjid Aya Sofya atau Hagia Sophia yang terletak di ibu negara Turki, Istanbul, pasti akan terus kedengaran dengan masyarakat antarabangsa khasnya komuniti pemimpin barat melihat apa yang dilakukan kerajaan Turki, di bawah pimpinan Reccep Tayyip Erdogan sebagai jalan mudah untuk menaikkan imej kerajaannya.

Hagia Sophia

Banyak pihak menentang pertukaran ini kerana merasakan status muzium lebih sesuai dengan sejarahnya.

Tetapi mereka seakan lupa bahawa perkara sama sebenarnya telah berlaku banyak kali, melibatkan masjid yang ditukarkan kepada gereja.

Dibawah ini adalah 4 gereja yang dahulu sebenarnya adalah sebuah masjid.

1. Masjid-Gereja Cordoba, Sepanyol


Salah satu lokasi warisan sejarah dunia, Masjid-Gereja Cordoba atau nama rasminya mengikut penganut Kristian; Cathedral of Our Lady of the Assumption adalah bekas Masjid Besar Cordoba, yang dibina semasa kerajaan Islam menguasai Sepanyol khasnya wilayah Cordoba.

Tapak asal binaan itu pada awalnya merupakan sebuah gereja orang Visigoth yang dibeli oleh Abdul Rahman I selepas dia dan tenteranya menguasai Cordoba.

Berikutan pertukaran hak milik, kawasan itu mula dikongsi penganut ajaran Kristian dan orang Islam Cordoba dengan pembukaan masjid kecil.

Disebabkan pertambahan bilangan masyarakat Muslim di wilayah tersebut, binaan baru mula didirikan sekitar penghujung abad ke 8 oleh Abdul Rahman I bagi membesarkan bahagian masjid, dengan pembelian tanah yang menempatkan gereja.

Pembinaan dan pembesaran Masjid Cordoba berlaku dalam beberapa fasa yang berlanjutan sehinggalah abad ke 10.

Selepas kejatuhan kerajaan Islam oleh gerakan Raja Ferdinand III, Masjid Besar Cordoba jatuh ke tangan orang Kristian yang menukarkannya menjadi gereja sehingga ke hari ini.

Beberapa insiden pergaduhan serta kekasaran melibatkan individu Muslim yang cuba bersolat di situ, telah pun berlaku.

Kempen agar binaan tersebut membenarkan penganut Islam untuk beribadah di situ terus berjalan, agar sistem yang diamalkan Abdul Rahman I dapat dikembalikan.

2. Gereja Prophet Elijia, Thessaloniki, Greece


Dikenali sebagai Masjid Sarayli semasa era kerajaan Uthmaniyah satu masa dulu, kini bekas masjid ini digelar sebagai The Church of Profitis Elias yang juga merupakan salah satu tapak warisan dunia, di bawah UNESCO.

Sejarah binaan ini pada mulanya cuba didiamkan dan hanya pada 1864, barulah rahsia sebenar binaan ini terbongkar.

Gereja Prophet Elijia sebenarnya merupakan sebuah masjid yang dinamakan Sarayli Camii, yang bermakna 'Masjid Istana' dalam bahasa Greek.

Beberapa kekeliruan tentang istilah 'Sarayli Camii' yang disangka merujuk kepada 'Santo Elie' semasa era kerajaan Byzantine menyebabkan penganut Kristian menamakan gereja mereka sempena Santo Elias, semasa pertukarannya kepada gereja sekitar abad ke 15, semasa Greece diperintah Empayar Uthmaniyah.

3. Sveti Sedmochislenitsi Church of Sofia, Bulgaria


Kini sebuah gereja penganut Kristian ortodoks yang terletak di ibu negara Bulgaria, Sofia dahulunya dikenali oleh penduduk setempat dengan nama gelaran Chema Dzhamiya yang bermakna 'Masjid Hitam', disebabkan oleh batu granit yang digunakan dalam pembinaannya.

Nama rasminya adalah Koca Mehmed Pasha Mosque, dibina pada tahun 1528 oleh Raja Sulaiman semasa era pemerintahan Empayar Uthmaniyah.

Bagi mereka yang tidak tahu sejarah binaan ini pasti akan terkejut jika mereka mengetahui ia pada asalnya adalah sebuah masjid.

Bangunan masjid itu ditinggalkan selepas berlakunya revolusi di Bulgaria pada penghujung abad ke 19.

Berikutan kosong, masjid itu mula digunakan sebagai gudang simpanan senjata dan penjara.

Seorang arkitek Rusia bernama Alexander Pomerantsev mencadangkan agar masjid tersebut ditukar menjadi sebuah gereja pada tahun 1901.

Bermula pada bulan Mei tahun yang sama, kerja-kerja menambah baik dan mengubah masjid tersebut menjadi gereja dimulakan dan selesai pada bulan Mei tahun berikutnya.

4. Gereja Nossa Senhora da Anunciação, Portugal


Tahukah anda dari mana datangnya perkataan 'gereja'? Perkataan 'gereja' sebenarnya diambil daripada perkataan 'igreja' dalam bahasa Portugis.

Di Portugis, terdapat sebuah gereja yang dinamakan Igreja Nossa Senhora da Anunciação yang terletak di daerah Mertola, Alentejo.

Gereja ini dahulunya merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar abad ke 12, dikenali dengan nama Masjid Mertola yang bertukar menjadi gereja atau 'Igreja' pada abad ke 13.

Binaan asal yang masih bercirikan Islam itu kekal sehinggalah abad ke 16, sebelum komuniti penganut Kristian di situ mula menukar rekaannya.

Binaan tiang-tiang minaretnya yang sebelum itu digunakan sebagai tempat melaungkan azan, dipasang dengan loceng.

Berikutan kerosakan yang berlaku ke atas binaan asal, apa yang tinggal daripada struktur asal Masjid Mertola hanyalah dinding luarannya serta beberapa pintu yang masih digunakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Masjid Hagia Sophia Kembali Selepas 86 Tahun Di Jadikan Muzium, Fakta Disebalik Konflik Antara AgamaSejarah Tumbangnya Empayar Byzantine Dan Kota Constantinople di Tangan Empayar Uthmaniyyah
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/4-masjid-terkenal-yang-di-jadikan-gereja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumandak Pitas Buktikan Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal Kini Bekerja Di Syarikat Multinasional Terkenal Jepun

Sumandak Pitas Buktikan Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal Kini Bekerja Di Syarikat Multinasional Terkenal Jepun

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 1567 hits
Dari luar bandar ke belajar dan bekerja di syarikat besar luar negara Tahniah Sumandak Kemiskinan Bukan Alasan Untuk Gagal Gadis Dari Sabah Ini Kini Bekerja Di Syarikat Terkenal Dari Jepun Seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah kisah ...
Masjid Hagia Sophia Kembali Selepas 86 Tahun Di Jadikan Muzium Fakta Disebalik Konflik Antara Agama

Masjid Hagia Sophia Kembali Selepas 86 Tahun Di Jadikan Muzium Fakta Disebalik Konflik Antara Agama

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 347 hits
Bangunan ikonik Turki Hagia Sophia yang dijadikan muzium sejak 1934 kini telah diisytiharkan bertukar status dan menjadi sebuah masjid semula dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumkan keputusan berkenaan selepas mahkamah membat...
Sejumlah Gereja Di Eropa Yang Dibeli Orang Islam Jadi Masjid

Sejumlah Gereja Di Eropa Yang Dibeli Orang Islam Jadi Masjid

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 172 hits
Perkembangan agama Islam di benua Eropa dan Amerika Serikat terus meningkat Bangunan bangunan kecil yang mereka gunakan untuk sholat dan kajian kajian Islam kini tidak lagi mampu menampung banyaknya jamaah Di saat bersamaan banyak bangunan ...
Hagia Sophia Gelar Shalat Jumat Ini Yang Dilakukan Gereja Seluruh Yunani

Hagia Sophia Gelar Shalat Jumat Ini Yang Dilakukan Gereja Seluruh Yunani

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 254 hits
Gereja di seluruh Yunani berbunyi sebagai tanda berduka bertepatan dengan digelarnya shalat Jumat pertama di Hagia Sophia dalam sembilan dekade di Turki menandai berubahnya museum tersebut menjadi masjid Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ...
Fon Telinga Tws Sennheiser Momentum 2 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rm1499

Fon Telinga Tws Sennheiser Momentum 2 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rm1499

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 261 hits
Segmen fon telinga TWS premium tempatan nampaknya semakin rancak dimana Sennheiser sebuah jenama audio premium dari negara Jerman hari ini mengumumkan bahawa fon telinga TWS terbaru mereka iaitu Sennheiser Momentum 2 kini tiba di pasaran te...
Pengecas Kini Boleh Digodam Sehingga Menyebabkan Peranti Terbakar

Pengecas Kini Boleh Digodam Sehingga Menyebabkan Peranti Terbakar

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 187 hits
Mendengar laman web atau peranti digodam adalah perkara biasa sehingga kita menjadi acuh tak acuh dengan sekuriti di atas talian Tetapi menurut laporan Xuanwu Lab kerentanan pada sekuriti firmware pengecas pantas boleh menyebabkan ia digoda...
9 000 Anggota Apm Ditugaskan Sepanjang Pkp Hingga Kini

9 000 Anggota Apm Ditugaskan Sepanjang Pkp Hingga Kini

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 317 hits
PORT DICKSON 21 JULAI Seramai 9 000 kakitangan tetap dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah ditugaskan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergarakan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Ketua Pesuruhjaya...
Susulan Kluster Baharu Dua Anggota Polis Kini Ditempatkan 24 Jam Di Pusat Jagaan Warga Emas

Susulan Kluster Baharu Dua Anggota Polis Kini Ditempatkan 24 Jam Di Pusat Jagaan Warga Emas

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 244 hits
Kluang Dua anggota polis bersama sebuah balai bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan warga emas di Taman Bahagia dekat sini susulan penemuan kluster baharu COVID 19 Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata a...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu