4 Mangsa Runtuhan Lari Bukan Tertimbus Kata Polis


 
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata susulan perkembangan itu operasi menyelamat di runtuhan gudang tersebut ditamatkan. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi pekerja asing yang disyaki terperangkap dalam runtuhan gudang di Batu Maung ditamatkan pada 6.30 petang tadi selepas semua mangsa sebenarnya masih hidup dan melarikan diri selepas kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata semua mereka dikesan melarikan diri berkemungkinan kerana ketakutan disebabkan tiada permit.
Menurutnya, semua mereka sudah ditahan kira-kira 4 petang tadi di sekitar kawasan Bayan Lepas dan kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
“Kami sudah jalankan SAR sejak 10.30 malam semalam hingga 6.30 petang ini menggunakan lima elemen iaitu Juru Analisa Tempat Kejadian, Unit Anjing Pengesan, mengorek keseluruhan runtuhan, dron selain bantuan daripada Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia.
“Bagaimanapun, dapatan kita bahawa empat mangsa di bawah timbunan yang diberitahu majikan dan mandur sebenarnya ada di tempat kejadian semasa runtuhan berlaku dan melarikan diri,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Usuf berkata penelitian kamera litar tertutup mendapati keempat-empat mereka dirakam berada di lokasi runtuhan di atas bangunan dalam pembinaan itu pada 9.06 malam dan melarikan diri ketika kejadian.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan angka mangsa yang terlibat dalam kejadian itu kekal lima orang dengan tiga daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Md Ahed Ali, 42, Mohammad Mokaddes Ali, 46, dan Mohd Sayful Islam, 29.
Dua mangsa yang parah pula adalah Md Uzzal Mridha, 30, patah kaki kiri manakala Md Razu Ahamad, 33, cedera di kepala dan leher dan kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Usuf berkata setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut akan dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan pasukan bomba.
“Dapatan daripada siasatan oleh agensi terbabit akan diserahkan polis dan jika ada elemen-elemen tertentu mungkin kami akan klasifikasikan kes mengikut seksyen bersesuaian,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam semalam, tiga pekerja warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah.
Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/4-mangsa-runtuhan-lari-bukan-tertimbus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjual Nasi Maut Ditikam 27 Kali Polis Kata Bukan Kes Samun

Penjual Nasi Maut Ditikam 27 Kali Polis Kata Bukan Kes Samun

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang peniaga nasi campur maut ditikam 27 kali di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Jalan Perak George Town Pemangku Ketua Polis Timur Laut V Saravanan berkata mangsa berusia 60 an itu dipercayai ditik...
Rugi Rm11 Juta 80 Mangsa Pelaburan Gesa Polis Bertindak Segera

Rugi Rm11 Juta 80 Mangsa Pelaburan Gesa Polis Bertindak Segera

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 303 hits
Skim pelaburan itu menawarkan program menyewakan hartanah kepada pelabur dengan pulangan dividen lumayan dalam tempoh 45 hari KUALA LUMPUR Seramai 80 mangsa penipuan skim pelaburan menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan segera terha...
Gaza Tebing Barat Perlu Disatukan Semula Bawah Pihak Berkuasa Palestin Kata Biden

Gaza Tebing Barat Perlu Disatukan Semula Bawah Pihak Berkuasa Palestin Kata Biden

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 163 hits
Gaza Tebing Barat perlu disatukan semula bawah pihak berkuasa Palestin kata Biden nbsp Dikemas kini 27 saat yang lalu Di
Agus Kata Video Diolah Wahab Tuding Dalang Mr H Dari J Kom

Agus Kata Video Diolah Wahab Tuding Dalang Mr H Dari J Kom

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 267 hits
Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Mohammad Agus Yusoff dan seorang pegawai agensi itu tampil bersama pada sidang media bagi menjelaskan video tular yang didakwa rakaman perbualan mereka Agus menafikan terlibat dalam perbualan...
Terkini 80 Maut Di Kem Gaza Dibom Israel Kata Hamas

Terkini 80 Maut Di Kem Gaza Dibom Israel Kata Hamas

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 297 hits
Terkini 80 maut di kem Gaza dibom Israel kata Hamas Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov 2023 11 44PM
Dana Pelaburan Kwsp Cecah Rm1 1 Trilion Kata Timbalan Menteri

Dana Pelaburan Kwsp Cecah Rm1 1 Trilion Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 183 hits
JUMLAH dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebanyak RM1 1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Katanya daripada jumlah itu purata pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah 64 9 yang ...
Tepu Kata Mahiaddin

Tepu Kata Mahiaddin

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 167 hits
Dengan lain kata Muhyiddin beranggapan PAS tidak berkemampuan membentuk Kerajaan Pusat bersendirian kerana sudah tepu Jumlah pengundi yang undi PAS sudah tepu dan tidak akan bertambah PAS menang banyak kawasan kerana undi dari renegade Umno...
Parti Gesa Kaji Semula Akta Lompat Parti Harus Pinda Perlembagaan Masing Masing Kata Rafizi

Parti Gesa Kaji Semula Akta Lompat Parti Harus Pinda Perlembagaan Masing Masing Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 413 hits
PARTI politik yang menggesa Akta Lompat Parti dikaji semula atas dakwaan wujud beberapa kelemahan sepatutnya meminda perlembagaan masing masing kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Katanya semakan semula akta berkenaan tidak dibincangkan...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lembutkan Roti Baguette Yang Keras Supaya Kembali Gebu

Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh