4 Makanan Termahal Di Dunia Makanan Enak Setara Isi Poket
Hampir setiap orang menyukai makanan enak. Ada beberapa makanan lazat termahal di dunia yang harganya nencecah ribuan ringgit sepotong.
Berikut 4 senarai makanan lazat dan termahal di dunia seperti disalin dari berbagai sumber.
1. Fugu
Para chef wajib berhati-hati ketika menyiapkan daging ikan fugu alias ikan buntal untuk dimasak. Chef harus pakar dalam menghindari pemotongan daging yang beracun.
Jika gagal racun tersebut akan mencemari bahagian lainnya. Selain bahagian isinya yang enak, beberapa bahagian lainnya juga turut disajikan seperti kulit, organ, atau potongan daging goreng ikan buntal kerana memiliki aroma menggoda tetapi sangat berisiko. Ikan Fugu ini dijual dengan harga RM500.00 setiap 450 gram atau RM1200.00 1kg
2. Otoro
Otoro merupakan bahagian daging ikan tuna yang mempunyai kandungan lemak paling banyak sehingga lebih lembut dan juga kaya rasa.
Otoro terletak pada bahagian perut ikan tuna sirip biru atau bluefin dengan warna merah yang lebih cerah dari bahagian lainnya. Jika anda ke sebuah restoran sushi, harga sepotong kecil otoro bernilai RM100.00.
Katanya, yang paling lazat adalah tuna yang ditangkap pada musim dingin yaitu ketika ikan tuna menggemukan badan sehingga lemaknya lebih banyak, dan harganya juga lebih mahal.
3. Wagyu
Daging yang satu ini mungkin kita terdengar tidak asing di telinga kita. Wagyu merupakan jenis daging sapi termahal, harganya sekitar RM1100 setiap 450 gram.
Kualiti daging ini memang diakui oleh juru masak seluruh dunia. Sama ada steak, strip, atau iga, dengan daging wagyu benar-benar mengangkat rasa masakan. Jika sudah dipotong, akan terlihat jelas perbezaan daging wagyu dengan banyaknya bahagian putih yang merupakan lebih lembut dan kaya rasa.
Daging wagyu termahal adalah yang berasal dari Kobe, Jepun. Sapi wagyu Kobe ini dikenal amat sulit dikembang biakkan sehingga ekspotnya terbatas membuat harganya semakin tinggi.
4. Ayam Cemani
Ayam cemani adalah ayam yang mengalami hiperpigmentasi yang menjadikannya berwarna hitam. Mulai dari bulu, daging, tulang sampai organ-organnya semuanya berwarna hitam. Ayam cemani termasuk dalam senarai daging termahal kerana dipercayai memiliki manfaat pengubatan, walaupun memang belum diketahui pasti dari segi ilmiah.
Ayam ini juga sulit dibiakkan sehingga jumlahnya sedikit yang membuatnya jarang ditemui dan cukup sulit dicari. Di Amerika saja, hanya ada satu perternakan ayam cemani, dan harganya sekitar RM3 000-RM6 000 seekor. [fimela.com/]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/01/4-makanan-termahal-di-dunia-makanan.html