4 Jenis Roti Idea Untuk Buat Sarapan Atau Snek Minum Petang
Jika ada lebihan roti keping di rumah, jom kita buat beberapa menu menarik ini. Antaranya roti telur sardin, roti telur madu, roti bawang putih, dan roti piza.
Resipinya cukup mudah dan cepat disediakan. Memang sesuai buat sarapan mahupun minum petang. Juga sesuai untuk dijadikan bekal anak sekolah ataupun snek untuk dibawa bekal dalam perjalanan mahupun acara jamuan. Jom kita buat resipi hasil perkongsian daripada Nora Yusof ini. Memang sedap dan menyelerakan.
ROTI TELUR SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Roti
Sardin – Boleh beli online di sini
Bawang
Cili merah – Boleh beli online di sini
Telur
Susu segar / susu cair (tak letak pun tak apa)
Garam
Black pepper – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Campurkan sardin, letakkan sedikit sosnya dan pecah-pecahkan isi sardin.
Kemudian, sardin tadi dicampurkan dengan bahan-bahan iaitu bawang, cili merah, telur, susu, garam dan black pepper.
Pukul rata dan salutkan roti dengannya kemudian digoreng di atas pan.
ROTI TELUR MADU
BAHAN-BAHAN:
Roti
Telur
Susu segar / susu cair (tak letak pun tak apa) – Boleh beli online di sini
Garam
Black pepper
CARA MEMASAK:
Pukul rata bahan-bahan di atas kecuali roti.
Kemudian, bahan tadi salutkan pada roti dan goreng di atas pan.
Akhir sekali, drizzle madu di atasnya.
ROTI BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega / marjerin – Boleh beli online di sini
Bawang putih (dicincang)
Mix dried herbs / daun parsley segar (dicincang)
CARA MEMASAK:
Campurkan mentega, bawang putih yang dicincang dan juga mix herbs atau daun parsley segar yang telah dicincang.
Gaul rata semua bahan di atas.
Kemudian, sapukan di atas roti lalu dibakar.
ROTI PIZZA
BAHAN-BAHAN:
Roti
Sosej / isi ayam, daging burger/ chicken ham – Boleh beli online di sini
Bell pepper 3 warna / mushroom / brokoli
Bawang (dipotong bulat)
Sos pasta tomato based
Mozzarella cheese / cheese slice
Dried oregano (tak letak pun tak apa)
Butter / marjerin
CARA MEMASAK:
Sapu marjerin pada roti.
Ratakan sos di atasnya.
Kemudian, susun pula bahan-bahan di atas tadi mengikut kegemaran.
Taburkan cheese dan dried oregano.
Setelah itu, bolehlah dibakar. Siap.
Selamat mencuba.
Kredit: Nora Yusof
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Kentang Wedges, Goreng Garing-Garing Sekejap Je Licin
Buat Jamu Tetamu Atau Menu Potluck Dengan Chocolate Heaven Muffin
Resipi Air Nanas Laici Sparkling Yang Sedap & Menyegarkan. Wajib Cuba Raya Ini!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
The post 4 Jenis Roti, Idea Untuk Buat Sarapan Atau Snek Minum Petang appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2023/05/4-jenis-roti-idea-untuk-buat-sarapan.html