4 Bekas Adun Umum Parti Disertai Minggu Depan


Oleh Hassan Omar Empat bekas ADUN Melaka, Idris (dua dari kiri), Nor Azman (kanan), Noor Effandi (dua dari kanan) dan Norhizam (kiri) pada sidang media di La Crista Hotel, Melaka, baru-baru ini. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad MELAKA: Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mengumumkan penyertaan ke parti lain minggu depan.
Setakat ini, pertimbangan masih dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, terutama kelangsungan politik mereka pada masa depan, selain perancangan untuk membantu memajukan Melaka melalui parti yang disertai kelak.
Bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, berkata beliau dan tiga lagi bekas ADUN, Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) tidak perlu terburu-buru membuat keputusan.
"Dalam politik, kita tidak boleh terburu-buru kerana perjuangan dalam politik adalah untuk membantu memajukan negeri ini dari segenap aspek.
"Adat bagi sesiapa saja yang hendak berjuang dalam parti baharu, biarlah pengumuman parti yang akan disertai itu dibuat pemimpin parti yang menerima keahlian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, katanya, tidak manis jika beliau dan tiga bekas ADUN terbabit mengumumkan sendiri parti yang akan disertai mereka, sebaliknya ia diserahkan kepada pemimpin parti yang bakal menerima keahlian mereka.
Idris dan Nor Azman sebelum ini dilaporkan akan menyertai satu daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu sama ada PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Bagaimanapun, Norhizam dilaporkan tidak diterima menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mana-mana parti komponen PH berikutan keputusan Majlis Presiden PH yang sebulat suara menolaknya.
Idris yang juga bekas Ketua Menteri berkata, beliau dan tiga lagi rakannya itu menerima pelbagai tawaran daripada pemimpin parti tertentu yang disifatkan sebagai bukan setakat bersetuju dengan tindakan keempat-empat ADUN terbabit menarik sokongan terhadap Sulaiman, malah pengiktirafan terhadap perjuangan mereka menentang korupsi.
"Tawaran memang banyak, tetapi biarlah kami menentukan yang mana satu pilihan kami demi perjuangan berterusan untuk manfaat rakyat Melaka," katanya yang enggan menjelaskan atau membayangkan parti yang bakal disertai mereka kelak.
Beliau turut mengakui pengumuman itu akan dibuat sebelum waktu sudah terlalu suntuk menjelang hari penamaan calon pada 8 November ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Idris yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan Mohd Lokman Abdul Gani (PKR) dengan majoriti 2,229 undi, manakala Nor Azman (BN) menewaskan Juhari Osman (PKR) dan Abdul Halim Maidin (PAS) dengan majoriti 772 undi.
Norhizam adalah bekas pemimpin DAP yang bertanding atas tiket parti itu, tetapi dengan menggunakan logo PKR pada PRU-14 menang dengan undi majoriti 2,756 selepas menewaskan Chua Lian Chye (BN) dan Ramli Dalip (PAS).
Noor Effandi pula menewaskan Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Fendi Ahmad (PKR) dengan majoriti 1,288 undi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/4-bekas-adun-umum-parti-disertai-minggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Bekas Adun Umum Parti Baharu Selasa Depan Dakwa Terima Banyak Tawaran

4 Bekas Adun Umum Parti Baharu Selasa Depan Dakwa Terima Banyak Tawaran

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 271 hits
FMT ReportersEmpat bekas ADUN Melaka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman PETALING JAYA Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka akan membuat keputusan Selasa depan untuk menyertai mana ma...
Mp Lahad Datu Umum Keluar Warisan Ikut Jejak Adun Sindumin

Mp Lahad Datu Umum Keluar Warisan Ikut Jejak Adun Sindumin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 257 hits
Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Adun Segama Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah hari ini Kata Mohamaddin keputusannya keluar Warisan selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di ...
Ekonomi Mpn Bincang Masalah Sektor Pelancongan Minggu Depan

Ekonomi Mpn Bincang Masalah Sektor Pelancongan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 326 hits
Kesan yang dihadapi oleh sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID 19 akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro ...
Keputusan Kajian Ivermectin Dibentang Minggu Depan Kata Khairy

Keputusan Kajian Ivermectin Dibentang Minggu Depan Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 194 hits
Fmt Reporters October 29 2021 PETALING JAYA Keputusan kajian mengenai ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid 19 akan dibentangkan minggu depan kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau berkata kementeriannya telah ...
Ph Rosakkan Imej Jika Calonkan 4 Bekas Adun Dalam Prn

Ph Rosakkan Imej Jika Calonkan 4 Bekas Adun Dalam Prn

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 203 hits
PH rosakkan imej jika calonkan 4 bekas ADUN dalam PRN Pakatan Harapan diingatkan untuk tidak menerima empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan meletakkan mereka sebagai calon dalam pilihan raya negeri akan datang Penganalisis polit...
Ketua Bahagian Bersatu Umum Keluar Parti Anggap Parti Itu Sudah Mati Sejak Langkah Sheraton

Ketua Bahagian Bersatu Umum Keluar Parti Anggap Parti Itu Sudah Mati Sejak Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 383 hits
October 21 2021 Ketua Bahagian Bersatu Arau Ameir Hassan mengesahkan meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti itu termasuk sebagai Timbalan Ketua Badan Perhubungan Perlis dan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa 15 Okt Ketika di...
Fokus Minggu Depan Hari Antarabangsa Bagi Pembasmian Kemiskinan

Fokus Minggu Depan Hari Antarabangsa Bagi Pembasmian Kemiskinan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 265 hits
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia UPM Dr Wan Munira Wan Jaafar berkongsi pandangan berkenaan strategi utama yang perlu dilakukan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan yang semakin meningk...
Umno Sabah Sedia Terima Semula Bekas Pemimpin Parti Itu Kata Setiausaha Eksekutif

Umno Sabah Sedia Terima Semula Bekas Pemimpin Parti Itu Kata Setiausaha Eksekutif

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 297 hits
Awang Lakat ketika melawat seorang warga emas yang uzur di Kampung Tenembak di Kuala Penyu semalam KUALA PENYU Setiausaha Eksekutif Umno Sabah Awang Lakat berkata parti itu sedia menerima semula bekas pemimpin dan ahli mereka di negeri berk...
Fokus Minggu Depan Keluarga Malaysia Merentasi Fahaman Politik Hargai Kebersamaan

Fokus Minggu Depan Keluarga Malaysia Merentasi Fahaman Politik Hargai Kebersamaan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 401 hits
FokusMingguDepan Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroa...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups