4 Aplikasi Rekaan Ui Ux Yang Menjadi Kegemaran Saya


Memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna menerusi aplikasi rekaan UI/UX menjadi satu kemestian kepada pembangun laman web. Penghasilan wireframe, mockup mahupun prototaip merupakan satu tugasan yang kebiasaan dilakukan oleh Front end developer atau UI/UX specialize.
Tugasan ini melibatkan kreativiti yang memerlukan orang seperti kami untuk menterjemahkan rekaan berdasar user requirement specification (URS) ataupun kehendak pengguna kepada bentuk rekaan laman web atau aplikasi yang menepati citarasa semasa, bertema, konsisten dan fresh.
Baca : Perbezaan wireframe, mockup dan prototaip
Saya juga tidak terlepas daripada keperluan untuk berkarya dengan grafik ini. Lebih-lebih lagi ketika berada di fasa awal pembangunan, idea itu perlu divisualkan menerusi wireframe agar rakan sekerja dapat gambaran tentang bagaimana sesuatu sistem ataupun aplikasi mudah alih berfungsi. Kalau tidak, kelautlah semua bersama imaginasi yang berbeza.
Aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi pilihan saya Bergantung kepada projek, keadaan dan kekangan masa, saya tidaklah mempunyai satu aplikasi khusus untuk membuat rekaan UI/UX. Sebaliknya saya sering bertukar aplikasi mengikut kepada mood dan persekitaran perkerjaan. Jika saya bekerja seorang, saya lebih suka menggunakan perisian offline, jika saya berkerja secara berkumpulan, saya lebih suka menggunakan aplikasi online supaya sebarang perubahan dapat dibuat terus dalam mesyuarat kerana fungsinya secara real time.
Dengan lambakan aplikasi di pasaran, saya percaya kesukaran ini bukan terletak pada alatan, sebaliknya pada pemilihan alatan. Nak pakai mana satu, betul tidak? Haha. Lebih-lebih lagi banyak pihak yang menawarkan perisian yang percuma untuk fungsi premium menyebabkan anda tidak mempunyai masalah untuk menghasilkan wireframe, mockup atau prototaip dalam tempoh masa yang singkat.
Dah alang-alang menulis ini, saya ingin kongsikan juga kepada anda 4 aplikasi yang saya biasa gunakan untuk melakar idea untuk dijadikan wireframe, mockup mahupun prototaip. Manalah tahu anda juga menggunakan aplikasi yang sama. Mana tahu juga anda nak beralih arah untuk menggunakan aplikasi lain. Baiklah ini adalah senarainya.
4. Photoshop Rekaan splash screen untuk projek LeoTrip
Ini memang perisian yang wajib ada di setiap komputer pengaturcara a.k.a programmer. Walaupun bunyinya tipikal, ianya sangat membantu dalam membuat kemasan yang kompleks dalam penghasilan logo yang mungkin akan digunakan dalam mockup itu tadi. Sebab itulah perisian ini menjadi standard industri dalam dunia digital. Ia mampu membuat apa sahaja hal yang melibatkan grafik termasuklah mengubah anda daripada gemuk ke kurus. Hehehe.
Dengan Photoshop, saya tidak merasakan kreativiti saya tersekat. Saya boleh gubah aset dari serata tempat dan tukarkannya menjadi bahan terbaik untuk rekaan laman web. Lagipun Photoshop CC pun sudah punyai keupayaan untuk extract kod css untuk setiap rekaan yang dihasilkan menggunakannya (tanpa plugin ye) menyebabkan saya masih setia bersama Photoshop.
3. Sketch 3 Contoh paparan muka depan sketch 3
Saya mula menggunakan aplikasi ini sekitar tahun 2015 ketika syarikat tempat saya bekerja sangat fanatik kepada produk Apple. Setiap perkakasan yang ada di pejabat menggunakan sistem operasi Mac OS menjadikan saya tanpa sengaja diperkenalkan dengan Sketch 3. Ketika itu Sketch 3 sangat hot dan ianya hanya terhad kepada pengguna Mac OS sahaja menjadikan pengguna window terlopong dengan kecanggihan Sketch 3.
Sektch 3 sangat mesra pengguna dan ianya sangat mudah dan minimalis. Pandangan pertama saya menggunakan aplikasi ini, saya sangat gemarkannya kerana ianya mempunyai komuniti yang sangat ramai. Ini menyebabkan penghasilan lambakan material daripada logo sehingga ke theme yang memudahkan saya untuk menghasilkan mockup yang menarik. Nak font cantik ada, nak butang cantik ada, nak logo cantik ada, bak kata astro macam-macam ada.
2. Adobe XD Contoh paparan Adobe XD
Ingat tak saya cakap pengguna Windows terlopong dengan kecanggihan Sketch 3, tahun berikutnya keluar satu aplikasi daripada Adobe yang diberi nama Adobe XD. Aplikasi ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Sketch 3 iaitu aplikasi penghasilan rekaan berbentuk vektor untuk rekaan pengalaman dan grafik laman web dan aplikasi mobile, cuma ianya cross platform. Maka bersoraklah pengguna windows yang kini mempunyai alternatif.
Pengalaman dengan Adobe XD ini tak lama, saya mula menggunakannya sejak tahun 2019 iaitu tahun ini. Dari pandangan mata kasar, ianya aplikasi tipikal untuk rekaan UI/UX mempunyai kemampuan yang lebih berkuasa seperti kemampuan untuk berintegrasi dengan produk Adobe yang lain, asas animasi dan voiceXD. Apa itu voiceXD? Korang buat voice command dengn playback dekat prototaip korang beb. Canggih sungguh.
1. Figma Mockup projek mobile cryptocurrency e-wallet
Selepas saya berhenti daripada syarikat lama, saya mula mencari alternatif aplikasi yang mampu mengantikan Sketch 3 kerana ketika itu saya sangat selesa menggunakannya. Tanpa disangka saya menjumpai satu aplikasi alternatif untuk pengguna window yang diberi nama Figma. Saya dah pakai lebih daripada 4 tahun Figma ini, menurut saya ianya sangat berbaloi buat anda yang inginkan aplikasi rekaan UI/UX yang percuma dan punyai fungsi penuh.
Menariknya, Figma membenarkan anda untuk import rekaan daripada sketch 3 (.sketch) terus ke dalam board anda dan membenarkan anda menggunakannya tanpa sebarang masalah. Ini memberi keuntungan kepada diri saya untuk mendapatkan material bahan-bahan pembinaan web daripada sketch3 sedangkan rekaan yang anda sedang buat menggunakan Figma. Kelebihan inilah yang menjadi saya setia dengan Figma.
Bukan itu sahaja, Figma juga merupakan web aplication yang menjadikan ia boleh diakses menerusi internet. Anda boleh berkerja dengan ramai orang kerana ia bersifat real Time. Buktinya, saya sering melakukan semakan rekaan (design) secara serentak dengan pengaturcara yang lain dalam meeting syarikat. Anda boleh nampak mouse yang bergerak dan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak lain.
Yang mana yang anda suka? Selesai sudah penerangan 4 aplikasi rekaan UI/UX yang saya pernah guna dan suka gunakan ketika membuat rekaan wireframe, mockup dan prototaip. Saya percaya setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya harap senarai yang ada ini tidak menghadkan anda untuk mencuba aplikasi yang lain pula kerana saya percaya, terdapat banyak lambakan aplikasi di luar sana yang sama atau lebih baik daripada yang senaraikan ini. Cuma perlu cari sahaja.
Baca juga: KiplePay: e-Wallet dari kaca mata pengguna celik IT
Bagi saya pula, ada beberapa hal yang saya titikberatkan ketika memilih sesebuah aplikasi. Antaranya komuniti yang ramai. Saya memerlukan material untuk rekaan (design) saya. Tak akanlah saya nak buat balik icon, pakai sahajalah yang sedia ada. Itu yang bagusnya kalau ada komuniti, saya punyai pilihan untuk resuse the material.  Selain daripada itu, boleh juga berkongsi ilham daripada segi reka bentuk aplikasi, baru boleh buat yang terbaik.
Baiklah, terima kasih semua kerana sudi membaca. Jika ada apa-apa soalan, jangan segan silu boleh diajukan diruangan komen. Jika anda ingin berkongsikan pengalaman menggunakan aplikasi selain daripada ini, dipersilakan juga.
The post 4 aplikasi rekaan UI/UX yang menjadi kegemaran saya appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/aplikasi-rekaan-ui-ux/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Project Centaurus Oleh Microsoft Memperlihatkan Rekaan Boleh Lipat Dan Sokongan Untuk Melarikan Aplikasi Android

Project Centaurus Oleh Microsoft Memperlihatkan Rekaan Boleh Lipat Dan Sokongan Untuk Melarikan Aplikasi Android

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 229 hits
Project Centaurus ialah sebuah projek konsep oleh Microsoft dimana peranti Microsoft Surface yang terkenal akan hadir dengan rekaan baru termasuklah kemampuan untuk dilipat Tidak seperti peranti Samsung Galaxy Fold ataupun Huawei Mate X per...
Menjadi Seorang Pebisnis Reseller Jago Jualan

Menjadi Seorang Pebisnis Reseller Jago Jualan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 409 hits
Topik kita kali ini ialah Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapatan tambahan maka ...
Belajar Menjadi Seorang Editor Video Professional

Belajar Menjadi Seorang Editor Video Professional

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 363 hits
Banyak sekali profesi yang dapat kita tekuni yang nantinya bisa menghasilkan uang Tidak hanya profesi yang sifatnya formal saja seorang editor video freelance juga bisa setara jaminan masa depannya dengan profesi seperti pegawai perusahaan ...
Lelaki Terbaik Ini Memang Akan Sentiasa Menjadi Rebutan

Lelaki Terbaik Ini Memang Akan Sentiasa Menjadi Rebutan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 1754 hits
Lelaki terbaik ialah lelaki yang beriman Tanda lelaki tu beriman ialah lelaki yang berakhlak Tanda lelaki tu berakhlak tengok bagaimana dia melayan isterinya Point di atas jelas Sebab tu jangan publish sangat kebaikan laki kita sebab jika a...
Ini Loh Jurus Menjadi Ahli Jualan Buat Penjual

Ini Loh Jurus Menjadi Ahli Jualan Buat Penjual

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 282 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki income tambahan mak...
Kalimat Menyentuh Deddy Corbuzier Sebelum Memutuskan Menjadi Mualaf

Kalimat Menyentuh Deddy Corbuzier Sebelum Memutuskan Menjadi Mualaf

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 203 hits
Selama memperdalam tentang agama Islam ada banyak ilmu dan wawasan baru yang didapatkan Deddy Corbuzier tentang Islam
Kenapa Anwar Rasa Dia Yang Paling Layak Menjadi Perdana Menteri

Kenapa Anwar Rasa Dia Yang Paling Layak Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 229 hits
Dulu Malaysia di kedudukan negara kedua di ASEAN selepas Singapura Hari ini Vietnam Indonesia Siam dan Filipina pun sudah jauh kedepan Kalau Anwar jadi Perdana Menteri Malaysia negara Myanmar dan Cambodia pun akan jadi jauh lebih maju dari ...
Menjadi Jago Jualan Buat Pedagang

Menjadi Jago Jualan Buat Pedagang

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 278 hits
Di postingan ini kami akan jelaskan terkait dengan Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah