4 Aneka Nasi 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan


Nak kelainan dalam hidangan nasi ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi dari Azian Hasan, penulis buku masakan. Garapan resipinya memang ori dan gerenti jadi.
Katanya memasak makanan yang sedap pastinya memahat kenangan indah buat orang yang menjamu hidangan yang disediakan. Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING

BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)3 cawan beras biasa4 cawan air rebusan daging2 labu bawang merah besar | dihiris halus2 ulas bawang putih | dihiris halus1.5 sm halia | dihiris halus2 sm kulit kayu manis1-2 kuntum bunga lawang3 sudu makan mentega3 sudu makan minyak masak3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes1 sudu makan serbuk cili2 sudu makan tomato puri2 biji tomato | dipotong dadu1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halusGaram secukup rasaCARA MEMASAKNYA :
1.Panaskan minyak dan mentega
2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
6. Apabila masak gaulkan sekata.
Cara memasak : Tumis dan didih
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam1 ¾ cawan air2 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masak2 biji bawang merah | dimayang2.5 sm halia | dihiris memanjang2 biji tomato | dipotong dadu1 batang lobak merah | dipotong dadu2 biji ubi kentang | dipotong kecil200gm kobis bunga | dipotong kecil1 cawan kacang pis hijau4 biji cili hijau | dipotong pendek2 cekak daun ketumbar | dihiris halus1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih3 biji pelaga1/2 sudu teh serbuk jintan manis1 helai daun pandanGaram secukup rasaCARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi.
2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air.
4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
3. BIHUN YING YONG

BIHUN YIN YONG.
BAHAN-BAHAN :
100gm bihun100gm isi ayam | dipotong dadu1 biji lobak merah | dipotong memanjang3 ulas bawang putih | dicincang halus2 sudu teh pati serbuk ayam1 sudu teh minyak bijan¼ sudu teh garam¼ sudu teh serbuk lada hitam1 sudu makan tepung jagung3 sudu makan airMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak.
3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi.
5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah.
7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.
Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis
Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa
INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.
4. NASI ISTIMEWA BERLABU

BAHAN-BAHAN :
¼ biji labu | dipotong dadu kecil4 ulas bawang putih | dicincang1 sudu makan udang geragau/udang kering | ditumbuk1 mangkuk nasi putih1 sudu makan kicap cair1 sudu makan sos tiram1 biji cili merah | dipotong dadu2 tangkai daun bawang |dipotong pendek2 tangkai daun sup | dihiris halus4 sudu makan minyak masak¼ sudu teh serbuk lada sulah¼ sudu teh garamCARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing.
3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk.
4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram.
5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah.
8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion
Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
5 .DAGING SELASIH

BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang4 biji cili merah | dihiris halus4 biji cili padi| ditumbuk5 ulas bawang putih | ditumbuk2 sudu makan kicap cair2 sudu makan sos ikan2 sudu makan sos tiram3 sudu makan minyak masak2 genggam daun selasihGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masak sehingga cili garing.
4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
RESIPI : AZIAN HASAN, PENULIS BUKU MASAKAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/4-aneka-nasi-1-mi-terbaik-dari-azian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cinderella Glow Slim Supliment Pilihan Ramai Demi 5 Kesan Terbaik Kecantikan Luaran Dan Dalaman Rahsia

Cinderella Glow Slim Supliment Pilihan Ramai Demi 5 Kesan Terbaik Kecantikan Luaran Dan Dalaman Rahsia

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 1462 hits
CINDERELLA GLOW SLIM adalah supplement Pertama di Asia berbentuk tablet kunyah dengan 5 fungsi dalam 1 botol sekaligus1 Whitening 2 Slimming 3 Detox 4 Anti Aging 5 Vitality CGS sesuai untuk mereka yangmengalami masalah seperti ini jerawat j...
Me Time Yang Terbaik Biar Isteri Ada Quality Time Dengan Tuhannya

Me Time Yang Terbaik Biar Isteri Ada Quality Time Dengan Tuhannya

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 373 hits
Me Time Yang Terbaik Biar Isteri Ada Quality Time Dengan TuhanNya Penting bagi isteri ada Me Time nya sendiri Waktu untuk dia melakukan apa sahaja perkara yang disukai secara bersendirian Me Time bagi isteri luas konsepnya Namun para suami ...
Lost World Of Tambun Terbaik

Lost World Of Tambun Terbaik

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 562 hits
Assalamualaikum 3 weeks ago masa cuti 3 hari tu kitorang pergi Lost World of Tambun Family Kaklong Family I dengan Family Ayang Mak dengan De pulak ke Penang Kebetulan date yang sama kitorang nak ke LWOT ni I pergi Sabtu balik Ahad while ya...
25 Pikapline Terkini Terbaik Dari Ladang Bikin Si Dia Berbunga Bunga

25 Pikapline Terkini Terbaik Dari Ladang Bikin Si Dia Berbunga Bunga

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 565 hits
Pikapling terkini untuk membuatkan suasana wangi seketika Semakin hari semakin menjadi pikapline ni ada kes anak murid bagi guru pikapline ada rancangan tv show buat pikapline pada artis wanita lah malah turut dijadikan tema dan bahan dalam...
Rri Apresiasi 42 Perusahaan Bumn Terbaik Ini Daftarnya

Rri Apresiasi 42 Perusahaan Bumn Terbaik Ini Daftarnya

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 177 hits
Sekretaris Kementerian BUMN Imam S Putro mengatakan BUMN adalah perpanjangan tangan negara di sektor bisnis Sebagai reprsentasi negara BUMN memiliki tanggung jawab membantu pemerintah mewujudkan cita cita luhur berdirinya negara yaitu mense...
Program Affiliate Terbaik 2019 Pemasaran Affiliate

Program Affiliate Terbaik 2019 Pemasaran Affiliate

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 366 hits
Khusus Untuk Kepada Sesiapa Yang Ingin Gandakan Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate Dan Dropship Program SifooAffiliate Secara Percuma Dan Jana Income Income Luar Biasa Tanpa Keluarkan Modal TAHNIAH Anda telah menjumpai satu peluang keemasa...
20 Senarai Blog Pendidikan Terbaik

20 Senarai Blog Pendidikan Terbaik

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 365 hits
20 Senarai Blog Pendidikan Terbaik Pada masa kini website atau blog memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat berkaitan dengan sesuatu perkara atau bidang ilmu Sistem pendidikan pada masa kini kian berubah ke arah dimensi pe...
Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 463 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Wow siapa punya hari jadi tak lama lagi mai sini Maha nak tunjukkan korang pilihan pilihan kek yang terkini dan juga terbaru daripada Eat Cake Toda...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp