4 Amalan Mudah Memohon Syurga Allah Berlindung Dari Neraka


Amalan yang dianjurkan oleh ustaz untuk memohon Syurga Allah dan berlindung kepada Nya dari azab Neraka. Dikongsikan di sini 4 amalan mudah yang boleh kita amalkan, insyaAllah..



1.  Sayyidul IstighfarStatus Sahih

Amalan membaca Sayyidul Istighfar Setiap Pagi & Petang, iaitu selepas solat Subuh sekali & selepas solat Asar sekali, sekurang²nya.

Dalil Sayyidul IstighfarDaripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

: سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya:
"Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba Mu. Dan aku akan setia pada perjanjianku dengan Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu daripada keburukan² yang aku lakukan, aku mengakui nikmat² Mu kepadaku dan aku mengakui dosa²ku, (oleh itu aku memohon) ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa² melainkan Engkau".

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
Maksudnya:
"Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni Syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni Syurga".

[ HR Al-Bukhari No. 6306  ,  Al-Bukhari No. 6323  ,  Al-Bukari No. 1875]

Rujukan Hadis 6306 | Hadis 6323 | Hadis 1875 (K. Riyadus Salihin)



...

Post berkaitan Hikmah Istighfar


2.  Doa Perlindungan Dari Azab Neraka, Kubur, Fitnah Hidup, Mati & DajjalStatus Sahih

Doa ini dijarkan Nabi SAW untuk dibaca dalam setiap solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir, sebelum Salam. 4 doa memohon perlindungan dengan Allah dari azab Jahannam, azab kubur, fitnah hidup &  mati dan fitnah dajjal.

Hadith Sahih Bukhari، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur,
daripada azab neraka,
daripada fitnah kehidupan & setelah mati,
dan daripada kejahatan fitnah al-masih ad-Dajjal".

[ HR Al-Bukhari No. 1377 ]

Rujukan Hadis 1377
Juga dalam Riwayat Sahih Muslim seperti di bawah ini, lafaz yang sama tapi 'perlindungan dari azab neraka Jahannam' didahulukan.

Hadith Sahih Muslim، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِوَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada daripada azab neraka Jahannam,
daripada azab kubur,
daripada fitnah kehidupan & setelah mati,
dan daripada kejahatan fitnah al-masih ad-Dajjal".

[ HR Muslim Kitab 16, Hadis 1423 ]

Rujukan Hadis 1423

...

3.  Baca Ayatul Kursi Setiap Lepas SolatStatus Sahih

Kita pon biasa dengar hadis ini, bacalah Ayatul Kursi setiap kali lepas Solat Fardhu khususnya.

Hadis Riwayat At-Thabarani & An-Nasai
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
Maksudnya:"Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati".

[ Riwayat At-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir 7532 ] & [ Riwayat An-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra 9848 ]Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban

Rujukan Hadis

...

4.  Doa Mohon Berlindung Dari Neraka 7x Lepas Subuh & MaghribStatus Dhaif - namun masih boleh dan baik untuk diamalkan.

Membaca doa mohon berlindung dari neraka 7x lepas solat Subuh & 7x lepas solat Maghrib ini walaupon hadisnya dikatakan dhaif, tapi masih dikira baik untuk diamalkan, kerana maksudnya adalah sangat baik.


اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِMaksudnya:
"Ya Allah, jauhkanlah aku dari api neraka".

Hadis Riwayat Imam Ahmad
إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس ” اللهم أجرني من النار” سبع مرات  فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس ”اللهم أجرني من النار” سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار
Maksudnya:
"Apabila kamu selesai solat Subuh, bacalah doa berikut sebelum kamu berbicara dengan orang lain: "Allahumma aajirnii minan naar" 7x. Jika pada hari itu kamu mati maka Allah akan menetapkan bahwa kamu jauh dari neraka. Jika kamu selesai solat Maghrib, bacalah doa ini sebelum kamu berbicara dengan orang lain: "Allahumma aajirnii minan naar" 7x. Jika malam itu kamu mati, maka Allah tetapkan bahwa kamu jauh dari neraka".

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya No. 18054, Abu Daud No. 5079, dan Ibn Hibban 5/367, dari jalur Al-Harits bin Muslim, dari bapanya Muslim bin Harits At-Tamimi secara marfu'.

Syaikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan,

إسناده ضعيف، مسلم بن الحارث جهله الدارقطني، ولم يؤثر توثيقه عن غير ابن حبان. وقد اختلف في اسمه واسم أبيه
Sanad hadis ini dhaif, Muslim bin Harits dinilai majhul (perawi tak dikenali) oleh Ad-Daruquthni, sementara penilaian dia sebagai tsiqah (perawi terpercaya) tidak dianggap dari selain Ibnu Hibban. Ulama berbeza pendapat tentang namanya dan nama bapanya.
[ Ta’liq Musnad Ahmad, 29/593 ]

Hadis ini juga dinilai lemah dalam kitab As-Silsilah Al-Ahadits ad-Dhaifah (Kumpulan Hadis Dhaif), no. 1624.

Hadis Hasan / Sahih yang menyokongWalaupun amalan ke-4 ini bersumberkan dari Hadis yang dhaif, namun terdapat juga hadis lain yang lebih sahih dan mempunyai maksud yang sama, secara tak langsung menyokong hadis tersebut. Iaitu hadis di bawah ini.

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda..

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ
"Siapa yang meminta Syurga 3x, maka Syurga akan berkata: "Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam Syurga". Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3x, maka neraka akan berkata: "Ya Allah, lindungilah dia dari neraka"
[ HR Ahmad No. 12585  |  An-Nasai No. 5521, At-Tirmidzi No. 2572 ]
Hadis ini dinilai hasan (baik) oleh Syuaib Al-Arnauth dan dinilai sahih oleh Al-Albani.

Rujukan Hadis

KesimpulanSemoga kita semua (khususnya admin sendiri) dapat mengamalkan apa yang telah disampaikan oleh para ustaz dan ulama kita untuk diamalkan.. seperti mutiara kata ulama ini..

مَا لاَ يُدْرَكُ كُلُّهُ لاَ يُتْرَكُ كُلُّهُ"Sekiranya tidak dapat diambil semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya"

wallahua'lam..



kredit:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/941-irsyad-al-hadith-siri-ke-168-penghulu-segala-istighfar
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1450-irsyad-al-hadith-siri-ke-132-merungkai-persoalan-berkaitan-dajjal
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1446-irsyad-al-hadith-siri-ke-136-kelebihan-membaca-ayat-al-kursi
https://konsultasisyariah.com/21070-keutamaan-doa-meminta-surga-dan-perlindungan-dari-neraka.html
https://sunnah.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mindloading.blogspot.com/2018/10/4-amalan-mudah-memohon-syurga-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Amalan Mudah Pahala Melimpah Ruah

3 Amalan Mudah Pahala Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 145 hits
Dunia Dikejar Akhirat Dicari 3 Perkara Yang Boleh Korang Lakukan Untuk Dapat Pahala Extra Di Akhirat Kelak Korang ada amalkan 3 benda ni tak Insya Allah pahala kita akan melimpah ruah Senang je untuk korang semua amalkan Jom kita lihat Klik...
Hebatnya Amalan Ini Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun

Hebatnya Amalan Ini Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 202 hits
Hebatnya Amalan Ini Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun Rasulullah s a w bersabda Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun ...
Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S W T Dan Kisah Nabi Salleh A S Foto

Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S W T Dan Kisah Nabi Salleh A S Foto

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 354 hits
Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S W T Dan Kisah Nabi Salleh A S FOTO SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar Satu pengalaman yang sangat menginsafkan semasa perjalanan ibadah umrah yang lalu ialah saat melewati kawasan Al Hijr pene...
Hiburan Insya Allah 2022 Adik Neelofa Little Miss Khan Dah Nak Kahwin

Hiburan Insya Allah 2022 Adik Neelofa Little Miss Khan Dah Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 575 hits
Adik kepada personaliti popular Neelofa Ameera Khan yang lebih dikenali sebagai di Instagram ada menjawab beberapa persoalan yang diutarakan peminat menerusi segmen Ask Me Question baru baru ini Menjawab soalan mereka yang terpilih Ameera n...
Cara Terbaik Supaya Allah Sentiasa Tolong Kita Ustaz Kazim Elias

Cara Terbaik Supaya Allah Sentiasa Tolong Kita Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 276 hits
Cara Terbaik Supaya Allah Sentiasa TOLONG KITA Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Maasyaa Allah Sabda Rasulullah Tentang Jarak Pintu Surga Terbukti Dengan Google Maps

Maasyaa Allah Sabda Rasulullah Tentang Jarak Pintu Surga Terbukti Dengan Google Maps

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 174 hits
Allahu Akbar kini Allah Ta ala membuktikan kebenaran bisyarah Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam 14 abad silam melalui aplikasi Google Maps Demikian Baitul Maqdis melaporkan pada Selasa Aplikasi tersebut merupakan salah satu teknologi in...
5 Tanda Orang Yang Sholatnya Diterima Oleh Allah

5 Tanda Orang Yang Sholatnya Diterima Oleh Allah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 131 hits
Sudah sering kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh ALLAH di hari kiamat Jika solat kita baik maka baiklah amal perbuatan lainnya Namun jika solat kita jelek maka buruklah segala p...
Orang Orang Yang Menepati Janjinya Kepada Allah

Orang Orang Yang Menepati Janjinya Kepada Allah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 118 hits
Semoga Allah merahmati Anas bin Nadhir Ia adalah seorang syahid Perang Uhud yang telah memenuhi janjinya kepada Tuhannya Dia sangat menyesal tidak hadir di Perang Badar karenanya dia merasa kehilangan banyak kebaikan dan pahala yang besar A...
Ungkapan Kalimat Subhanallah Sering Tertukar Dengan Ungkapan Masya Allah

Ungkapan Kalimat Subhanallah Sering Tertukar Dengan Ungkapan Masya Allah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 181 hits
Ungkapan dzikir atau kalimah thayyibah Subhanallah sering tertukar dengan ungkapan Masya Allah Ucapkan Masya Allah kalau kita merasa kagum Ucapkan Subhanallah jika melihat keburukan Selama ini kaum Muslim sering salah kaprah dalam mengucapk...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lirik Lagu Dia Imamku Asfan Shah Ft Keka Nizam

Lirik Lagu Sesalku Edysport


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan