3w Clinic Sunscreen Halal Atau Tidak
Produk sunscreen 3W Clinic ini cukup
popular sehingga mencecah jualan jutaan botol. Dek kerana populariti ini, ada
yang bertanya, 3W Clinic Sunscreen halal atau tidak?
Menggunakan sunscreen adalah langkah penting dalam melindungi kulit dari
sinaran UV. Malah, reapply sunscreen turut dianggap penting kerana ia sapuan
kali pertama akan hilang selepas berpeluh.
Tetapi mempunyai persoalan adakah 3W Clinic Sunscreen halal atau tidak
makes you a better muslim.
💡 Table of Contents
Kenali jenama 3W Clinic
Kriteria produk kosmetik dan penjagaan kulit halal
Bahan-bahan dalam 3W Clinic sunscreen
Sijil HALAL?
3W Sunscreen Ori VS Fake
Alternatif sunscreen ada sijil HALAL
Kesimpulan
Kenali jenama 3W Clinic
Merupakan jenama dari Korea Selatan yang terkenal dengan produk yang
berkualiti. Produk paling popular adalah beberapa jenis sunscreen yang
menawarkan perlindungan UV terbaik disamping beberapa kandungan baik untuk
merawat kulit.
Kriteria produk kosmetik dan penjagaan kulit halal:
Bahan yang terkandung tidak berasaskan dari haiwan haram seperti babi dan
anjing.
Tidak mengandungi alkohol yang diharamkan
Tidak mengandungi najis, bahan berbahaya dan haram mengikut undang-undang.
Bahan-bahan dalam 3W Clinic sunscreen
Air
Titanium dioxide and zinc oxide
Ekstrak tumbuhan dan bahan lain yang baik untuk kesihatan kulit
Sijil HALAL?
Setakat ini 3W Clinik tidak memiliki sijil halal dari JAKIM mahupun Majelis Ulama
Indonesia (MUI). Tetapi produk 3W Clinic tidak memiliki kandungan yang
diragui. Malah telah disemak dan lulus sehingga boleh dijual di drugstore
seperti Guardian dan Wellness.
Baca: Cara Reapply Sunscreen Tanpa Rosakkan Makeup
3W Sunscreen Ori VS Fake
Apa yang membuatkan produk ini diragui adalah kerana lambakkan versi fake di pasaran.
Untuk elak terbeli yang fake, saya cadangkan anda beli dari drugstore atau
pengedar sah. Kalau nak beli online, pastikan beli dari pengedar sah seperti -
Shopee 3W Clinic Official Store.
Terdapat beberapa jenis sunscreen 3W Clinic untuk anda pilih mengikut jenis
kulit.
Natural Vita-Moist Sun Cream
Intensive UV Sunscreen Cream
Intensive Sunblock Cream
Collagen Sunscreen
Intensive Aloe Sunblock
Kesemua sunscreen 3W Clinic ni memang murah, around RM10 je. Anda boleh semak
harga di - SINI.
Alternatif sunscreen ada sijil HALAL
Namun sekiranya masih ragu-ragu, anda boleh guna produk yang telah mendapat
sijil Halal seperti:
Wardah UV Shield Aqua Fresh Sunscreen Serum
Kesemua produk Wardah mendapat sijil Halal dari MUI.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
SPF50 PA++++
Lindungi kulit dari UVA/UVB, blue light, persekitaran.
Ada ceramide, dan allantoin untuk melembapkan kulit.
WAWA Perfect Brightening Sunscreen
Produk tempatan.
Ada vitamin C yang slightly mencerahkan kulit.
Ringan, tak berminyak.
Kesimpulan
Menentukan sama ada 3W Clinic Sunscreen halal atau tidak memerlukan
penelitian. Setakat ini ia tidak
ada kandungan meragukan dan selamat dipakai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nikkhazami.com/2024/07/3w-clinic-sunscreen-halal-atau-tidak.html