37 Gambar Puncak Bukit Tirig



Percutian Ke Sabah - Gambar Puncak Bukit Tirig Yang Cantik Pemandangannya. Bukit Tirig merupakan salah satu daripada 10 buah bukit yang merupakan desitinasi wajib buat hikers dan pendaki-pendaki bukit aktif di sekitar Kota Kinabalu.

Kalau dulu Bukit Tirig cuma sekadar menjadi tempat untuk hikers dan forest runners tapi kini Bukit Tirig sudah berubah menjadi sebuah destinasi pelancongan menarik buat mereka yang merancang untuk menikmati percutian ala-ala outdoor ke Sabah.

Di Mana Lokasi Bukit Tirig
Pertama sekali, Bukit Tirig tidak terletakd di tengahh-tengah bandarya Kota Kinabalu ataupun di tengah-tengah hutan seperti dijangka oleh kebanyakan orang yang baru terdengar atau terbaca nama bukit ni. Ia terletak sekitar 40km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu (KK) dan pintu masuk ke Bukit Tirig terletak berhampiran kawasan kampung didiami penduduk beragama Kristian

Lokasi sebenar Bukit Tirig adalah di Kampung Lapasan yang terletak di Telipok. Pintu masuk ke laluan hiking ke puncak Bukit Tirig terletak lebih kurang 10 minit dari jalan besar iaitu Jalan Telipok-Tuaran. Ini disertakan map kedudukan lokasi Bukit Tirig. Inilah dia peta yang menunjukkan di mana kedudukan lokasi Bukit Tirig.



 Peta ni sekadar untuk rujukan kerana ia bersaiz kecil. Kalau nak lihat lokasi Bukit Tirig dengan lebih tepat anda boleh cari di Google Maps ataupun aplikasi peta lain seperti Waze.

Anda boleh menjumpai pintu gerbang masuk ke laluan pendakian ke puncak Bukit Tirig berdekatan dengan Gereja St. Flora Catholic Church. Anda perlu jalan kaki sedikit lagi ke hadapan sehingga anda bertemu dengan starting point untuk hiking ke puncak Bukit Tirig.

Usah risau kerana orang kampung di sini peramah belaka. Mereka sudah biasa ditegur oleh pendaki-pendaki yang datang ke sini pada setiap hari. Jumlah pendaki ke puncak Bukit Tirig bertambah dua kali ganda pada hari Sabtu, hari Ahad juga pada hari cuti umum.

Apa Yang Special Di Bukit Tirig
1. Pemandangan dari atas puncak bukit yang sungguh awesome, sungguh menenangkan dan sungguh cantik. Berbaloi menikmatinya setelah berhempas pulas penat-penat memerah keringat mendaki ke puncak Bukit Tirig sebab view dari atas puncak bukit ni memang cantik terutama di waktu selepas Asar dalam jam 4:30 ke jam 6:15 mendekati waktu Maghrib. Anda kena ke sana sendiri dan rasai sendiri pengalaman hiking ke puncak kemudian lihatlah sendiri keindahan pemandangan dari atas puncak Bukit Tirig sepertimana yang anda lihat dalam gambar-gambar yang ada di dalam blog ini. Dari puncak Bukit Tirig anda boleh nampak Sungai Mengkabong, jambatan Sungai Mengkabong dan kawasan kampung dibawah bukit. Puncak Bukit Tirig setentang dengan satu lagi bukit lain yang popular di kalangan hikers iaitu Bukit Nulu Lapai yang terletak di kawasan KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park)

2. Pendakian yang santai dan tidak sukar. Dari dari segi level, kadar kesukaran proses pendakian dari kaki bukit sehinggalah ke puncak Bukit Tirig adalah dalam level 'beginner'. Pendakian tidak sesukar mana tak macam mendaki Bukit Perahu yang sungguh mencabar atau mendaki Gunung Kinabalu. Jalan cuma mulai menjunam tinggi ke atas dan mulai condong ke atas dalam 40-45 darjah tatkala anda mendaki kawasan puncak manakala selebihnya santai dan landai sahaja. Apabila sampai ke kawasan puncak Bukit Tirig, anda akan dapati kawasan puncak adalah kawsan dan landai. Ada sebuah pokok di situ juga terdapat kerusi untuk berehat dibina oleh penduduk kampung. Turut kelihatan sebauh tayar besar berwarna hitam ditulis dengan perkataan "Tirig Hill" beserta bendera Sabah dan bendera Malaysia sebagai petanda bahawa itulah puncak Bukit Tirig.

Kenapa Bukit Ini Popular
Semuanya kerana Instagram dan Facebook. Semua juga kerana Bukit Tirig senang untuk didaki oleh pengunjung yang bukan hikers juga yang bukan fitness enthusiasts yang sekadar hanya mahu berjalan-jalan menikmati pemandangan dari atas puncak Bukit Tirig sambil mengongsikan pengalaman mereka kepada kawan-kawan di Facebook, Twitter juga Instagram.

Sudah ada ribuan orang berkongsi gambar-gambar semasa di puncak Bukit Tirig di akaun Facebook dan akaun Instagram masing-masing. Bukit Tirig popular kerana gambar view di puncak bukit ini banyak dikongsikan di media sosial lantas menjadi viral. Bukit Tirig unik kerana namanya yang ganjil sepertimana nama Bukit Nuluh Lapai.

Gambar-gambar Cantik Sekitar Puncak Bukit Tirig
Nah! Ini dia gambar-gambar cantik yang diambil sekitar kawasan puncak Bukit Tirig. Anda boleh lihat sendiri betapa cantiknya dan betapa indahnya pemandangan dari sini.

Gambar-gambr ni semua saya kecilkan sedikit dari saiz asal supaya senang loading juga supaya loadingnya laju ketika dibuka di smartphone ataupun desktop.

Sentuh (tap) atau klik gambar untuk imej yang lebih besar.








































Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bki12.blogspot.com/2017/12/percutian-ke-sabah-bukit-tirig-hill-hiking.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogTempatMenarikDiSabah+%28Tempat+Menarik+Di+Sabah%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Bukit Keluang Terengganu

Mendaki Bukit Keluang Terengganu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 464 hits
Masa kami bercuti ke Terengganu sebelum PKP hari tu kami plan nak mendaki Bukit Keluang Tengok gambar yang hikers pergi sana view cantik cantik Apa lagi masuk listlah Mujur homestay kami book tu dekat dengan Bukit Keluang gak Sehari sebelum...
Bukit Botak Sepanggar Kota Kinabalu

Bukit Botak Sepanggar Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 635 hits
Bukit Botak Sepanggar Kota Kinabalu Pengalaman pertama aku mendaki Bukit Botak bersama roomate ex housemate dan rakan sekerja dia Pendakian yang telah di rancang sejak tahun 2016 dan 2020 baru menjadi hahaha teruknya lah haii Pendakian kami...
Bukit St Paul Tukar Nama Cina Mungkin Ultra Kiasu Senyap

Bukit St Paul Tukar Nama Cina Mungkin Ultra Kiasu Senyap

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 509 hits
Mereka tidak tahu malu jika dilayan bukan boleh dapat undi pun BANGI 28 Zulkaedah 1441H Isnin Kerajaan Melaka tidak perlu takut dengan parti kalah ultra kiasu yang membantah keras pertukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya Bukit Mela...
Antusiasme Penggemar F1 Nonton Balapan Dari Atas Bukit

Antusiasme Penggemar F1 Nonton Balapan Dari Atas Bukit

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 321 hits
Antusiasme Penggemar F1 Nonton Balapan dari Atas Bukit Meski digelar tanpa penonton penggemar tetap berduyun duyun ke lokasi penyelenggaraan F1 Grand Prix Hungaria Mereka mendatangi bukit yang letaknya lebih tinggi dari sirkuit agar bisa me...
Bukit St Paul Ditukar Ke Nama Asal Bukit Melaka Dibantah Siti Kassim Mca Kota Melaka

Bukit St Paul Ditukar Ke Nama Asal Bukit Melaka Dibantah Siti Kassim Mca Kota Melaka

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 503 hits
Bantahan MCA Kota Melaka terhadap hanya menunjukkan sikap terburu buru mereka Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sidek berkata MCA parti berasaskan kaum Cina perlu bersikap lebih tenang serta tidak cepat melatah apabila kerajaan cuba untuk m...
Pertama Kali Naik Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang

Pertama Kali Naik Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 690 hits
Pertama Kali Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang Assalamualaikum dan selamat pagi Sempena Hari Wanita baru baru ni iaitu 8 Mac 2020 Cik Renex dan kawan kawan CR telah mencabar diri untuk mendaki bukit di Kemayan Pahang iaitu Bukit Senorang...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord