30 Di Tahan Dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan Di Kuantan



KUANTAN - Seramai 30 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila menunggang motosikal pada waktu malam tanpa alasan munasabah di sekitar daerah ini menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan malam tadi

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisionar Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya telah membuat pemantauan dan risikan berhubung aktiviti samseng jalanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB

Menurutnya, susulan maklumat diterima, pihaknya menggempur beberapa lokasi di sekitar bandar Kuantan yang dikenal pasti menjadi tumpuan kaki rempit termasuk di Jalan Pintasan Kuantan kawasan Bukit Rangun, Jalan Tanjung Lumpur depan Yayasan Pahang, Jalan Kuantan-Gambang dan Jalan Beserah

“Dalam operasi bermula jam 9 malam dan berakhir jam 6 pagi tadi, kita berjaya menahan mereka atas kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Perkara 15, Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Pindaan No 6) 2020

“Tiga daripada mereka turut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini

Mohamad Noor berkata, seorang individu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1951 kerana positif dadah jenis methamphetamine

“Hasil operasi itu juga, sebanyak 91 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 14 motosikal disita kerana melakukan kesalahan di bawah 60 APJ 1987 iaitu mengubah suai struktur kenderaan,” katanya


Beliau berkata, tugasan pencegahan jenayah dan aktiviti samseng jalanan di daerah ini tetap berjalan seperti biasa walaupun dalam tempoh PKP dan PKPB

“Kita dapati selepas PKPB dilaksanakan, penunggang motosikal mula keluar dan bila ditahan mereka beri alasan tidak munasabah, keluar untuk bersiar-siar sahaja dan sebagainya

“Kita juga mendapati ada segelintir daripada mereka mengambil peluang untuk merempit dan tindakan terpaksa diambil bagi mengelak kegiatan ini berleluasa ketika PKPB ini,” katanya

Menurutnya, dalam operasi itu, pihak polis berdepan risiko terdedah jangkitan koronavirus (Covid-19) memandangkan mereka yang ditahan tidak diketahui status kesihatannya, tidak memakai topeng muka dan proses sentuhan memang tidak boleh dielakkan ketika di lapangan


“Kita laksanakan operasi ini secara berhati-hati bagi mengelak risiko, jadi prosedur operasi standard (SOP) PKPB kita laksanakan ketika di balai termasuk membekalkan topeng muka kepada individu yang ditahan selain menjaga penjarakan sosial,” katanya

Menurutnya, beliau meminta ibu bapa mainkan peranan dengan mengawasi anak-masing dalam tempoh PKPB ini

“Kita dapati antara yang ditahan ini tidak mempunyai lesen dan menggunakan motosikal milik keluarga

“Bila kita, soal mereka maklumkan ibu atau bapa tahu dan benarkan mereka menggunakan kenderaan tersebut,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/30-di-tahan-dalam-op-bersepadu-samseng.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Kuantan Tahan 14 Individu Bermain Judi Ketika Pkpb

Polis Kuantan Tahan 14 Individu Bermain Judi Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 393 hits
KUANTAN Seramai 14 individu termasuk tiga wanita ditahan selepas didapati mengambil kesempatan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk bermain judi di sebuah premis di Jalan Wong Ah Jang di sini semalam Semua suspek berusia ...
Lelaki Diserang Harimau Bintang Berjaya Diselamatkan Oleh Anjing Jalanan

Lelaki Diserang Harimau Bintang Berjaya Diselamatkan Oleh Anjing Jalanan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 566 hits
Lelaki diserang harimau bintang berjaya diselamatkan oleh anjing jalananRakaman CCTV kejadian itu yang kini tular RAKAMAN ngeri memaparkan seorang lelaki diserang harimau bintang di sebuah jalan di Hyderabad India ternyata mencuri perhatian...
Anjing Jalanan Selamatkan Lelaki Diserang Harimau Bintang

Anjing Jalanan Selamatkan Lelaki Diserang Harimau Bintang

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 363 hits
TELANGANA Satu rakaman ngeri menyaksikan seorang lelaki diserang harimau bintang di jalan Hyderabad India menggerunkan orang ramai Lapor India Times dua hari lalu harimau bintang dikatakan bersantai di tengah jalan namun kini mula menyerang...
Korang Nak Join Ker Mat Sabu Ajak Turun Jalanan Hahahahaha

Korang Nak Join Ker Mat Sabu Ajak Turun Jalanan Hahahahaha

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 327 hits
Keputusan kerajaan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini hanya untuk mendengar urusan titah Yang di Pertuan Agong tidak mengejutkan malah telah dijangka Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata tindakan itu tidak menunjukkan atau mendukung...
Asas Yg Kuat Untuk Turun Ke Jalanan

Asas Yg Kuat Untuk Turun Ke Jalanan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 319 hits
Tidak penting berapa ramai yang nak turun dan yang akan turun tetapi mesejnya nak politik kotor atau nak politik bersih
Pkr Dari Jalanan Tidak Takut Pengkhianatan

Pkr Dari Jalanan Tidak Takut Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 308 hits
Apalah yg kalian gundahkan wahai ahli2 PKR Mungkin yg baru ikut ikut politik terasa tidak senang duduk Ramainya bersama Azmin dan Zuraida tapi tahukah mereka yg mengikuti Azmin dan Zuraida itu kenapa Saya bukan ahli mana2 parti tetapi saya ...
5 Makanan Tradisional Malaysia Popular Yang Bikin Hati Rasa Tak Tahan

5 Makanan Tradisional Malaysia Popular Yang Bikin Hati Rasa Tak Tahan

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 943 hits
Malaysia ni memang kaya dengan makan tradisional Sebab kita sendiri pun terdiri dari pelbagai etnik jadinya variasi makanan pun ada macam macam Pulak tu bergantung pada musim perayaan Kalau masa sambutan raya cina ada menu nya untuk deepava...
Ketua Kpk Ungkap Strategi Lawan Koruptor Tangkap Tahan Dan Umumkan

Ketua Kpk Ungkap Strategi Lawan Koruptor Tangkap Tahan Dan Umumkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 170 hits
Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Firli Bahuri akan mengubah strategi dalam hal penindakan di lembaga antirasuah Strategi ini diyakini Firli akan membuat pelaku dugaan tindak pidana korupsi tidak bisa lepas dari jerat hukum
Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 Hari

Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 628 hits
Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 HariResepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau Jom baca tips hasilkan resepi sambal nasi lemak istimewa
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui