30 Bobrok Menentukan Nasib 70


 

 
 
Secara kasar, terdapat 125 kerusi Parlimen yang dapat dianggap sebagai kerusi pedalaman daripada keseluruhan 222 kerusi. 78 kerusi tersebut majoritinya pengundi Melayu. Jumlah pengundi tersebut jika dicampur tambah hanyalah mewakili 30% daripada seluruh populasi negara.

Ketaksamaan ini menggambarkan bagaimana orang Melayu kota, serta bukan Melayu secara umumnya, tidak diwakili secara saksama dalam sistem pilihan raya. Di kerusi-kerusi kampung inilah parti tertentu menguasai dan boleh memperolehi setinggi 133 kerusi Parlimen yang mana selebihnya lagi milik mereka yang tinggal di bandar. Kebanyakan kerusi-kerusi ini terletak di Pahang, Perak, Johor, Kedah, dan Pantai Timur Semenanjung. Kita tidak membincangkan kedudukan Borneo, kerana kedudukan mereka agak khas. Kita bercakap dulu mengenai Melayu kampung dan Melayu kota. Punyalah bobrok sistem sedia ada, 30% peratus menjadi ‘majoriti’ berbanding 70%.

30% di kampung inilah yang ‘memilih’ maju mundurnya sistem pengangkutan di kota. 30% di kampung inilah yang memilih pemimpin yang peduli atau tidak dengan nasib belia. 30% di kampung inilah yang memilih sistem kesihatan untuk seluruh rakyat. Punyalah bobrok sistem sedia ada, 30% menjadi ‘majoriti’ berbanding 70%.
-Advertisement-

Ads by

30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu desa meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan ekonomi kita memburuk lantas berlaku inflasi. 30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu kampung meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan anak-anak kita keciciran dalam bidang pendidikan. 30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu pedalaman yang meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan rasuah bermaharajalela dan perasuah bermahalela raja. 30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu desa meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan tatakelola pentadbiran di Malaysia diketawakan dunia.

30% jumlah pengundi inilah yang percaya hak-hak istimewa orang Melayu sedang ditelanjangkan padahal kita Melayu dalam keadaan bertanjak dan berbaju songket. 30% jumlah pengundi inilah yang percaya ketuanan Islam akan berkaki ayam padahal dalam keadaan bersandal tatah permata. 30% jumlah pengundi inilah yang percaya kedudukan raja-raja Melayu tergugat padahal dalam keadaan mereka berpayungan emas.

30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ dengan feudalisme yang mana pemimpin adalah ‘tuhan’ di permukaan kebun, estet, jala pukat, biji koko, daun ketum, tali air, dan dusun durian. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa kita mesti menciumi kura tangan pemimpin padahal pemimpin itulah yang bekerja untuk mereka. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa kes-kes di mahkamah berkait pemimpin rasuah itu palsu dan penipuan, tanpa diri sedar diri mereka dirompak terang-terangan. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa siapa yang mereka pilih tidak menjejaskan hidup kita di bandar dan kota. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa ada parti ‘komunis Cina’ sedang bertanding dalam PRU. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa ada parti mempromosikan pesta arak, LGBT, dan mendamba ‘cara hidup liberal’. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ dengan pemimpin sang kleptokrat.

30% ini ternyata tidak mewakili negara ini. Punyalah bobrok sistem sedia ada, 30% menjadi majoriti berbanding 70%.

Akan tetapi tidaklah mustahil 70% mengatasi 30%; ini kerana 70% memang pun ramai. 70% jumlah besar. 70% ini hanya perlu pulang dan meletakkan kasad dan kehendak yang jitu untuk membetulkan ketidaksamaan ini. 70% ini perlu merebut kembali ‘hak’ mereka yang ditelan 30%. 70% pengundi ini perlu menafikan penyelewengan berleluasa di Putrajaya. 70% pengundi ini perlu memberitahu 30% pengundi yang selama ini menentukan nasib mereka di bandar.

Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa sengsaranya hidup di bandar dengan kos sara hidup yang naik. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita mementingkan penerokaan dan pembangunan bidang pendidikan. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita ingin memberdaya belia. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita mesti memantapkan perlindungan bencana di kala gugatan perubahan iklim. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa dengan kuasa bersama kita juga dapat memperkasa Sabah dan Sarawak. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita inginkan kehormatan untuk penjawat awam. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita ingin mengangkat kaum wanita. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita ingin memberi kepada mereka yang kurang upaya.

Demi menjayakan matlamat kesentosaan ini kita mesti memberitahu pengundi Melayu di kampung yang 30% kita mahu meningkatkan daya saing rakyat dan paling utama membanteras ke akar umbi rasuah dan korupsi kerana ia merupakan racun kepada kesentosaan nusa bangsa.

Caranya, 70% pengundi hendaklah mencelupkan jari dalam botol dakwat pada 19 November 2022 dan memangkah dengan bijaksana. Caranya baik apa pun, hujan badai ribut dan basah kuyup; 70% mestilah bertahan dan beratur untuk masuk ke pusat pengundian seawal mungkin. Caranya 70% hendaklah turun beramai-ramai sejak pagi. Caranya 70% yang otomatis boleh mengundi seawal usia 18 tahun hendaklah melaksanakan tanggungjawab sejujurnya.

30% pengundi Melayu di desa tidak mewakili negara ini. Kita beritahukan mereka yang 30%, tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan pilihan 70%, kerana inilah demokrasi yang sihat. 60 tahun kita ‘membiarkan’ 30% memilih sesukanya, mengapa mereka tidak boleh memberi kita yang 70% peluang untuk menentukan juga nasib kita, iaitu nasib negara.


By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/30-bobrok-menentukan-nasib-70.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengaruh Nama Terhadap Kepribadian Dan Nasib Seseorang

Pengaruh Nama Terhadap Kepribadian Dan Nasib Seseorang

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 127 hits
Patut dipikirkan mengenai apa saja pengaruh nama terhadap kepribadian seseorang yang mana tidak ada orang mengetahui bahwa memberikan nama kepada anak sendiri tidak akan lebih mudah dari melakukan hal lain terkait sang anak dalam hal ini da...
Pru15 Konsisten Perjuangkan Nasib Ummah

Pru15 Konsisten Perjuangkan Nasib Ummah

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 315 hits
Ahli politik yang berpegang kepada agenda penyatuan ummah perlu konsisten dalam memperjuangkan nasib ummah menjangkaui peti undi Tegas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Faisal Aziz perjuangan itu penting dalam mengangkat isu kemanusiaa...
Nasib Cikgu Fadli Mungkin Berbeza Sebelum Dan Selepas Pru

Nasib Cikgu Fadli Mungkin Berbeza Sebelum Dan Selepas Pru

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 211 hits
Bagaimana dengan pihak yang membuat tuduhan Dilepaskan begitu sahaja
Nasib Baik Kau Dibela Netizen Kalau Tidak Kau Difrozen

Nasib Baik Kau Dibela Netizen Kalau Tidak Kau Difrozen

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 132 hits
KPM jawab dakwaan cikgu Fadli surat bukan bermakna hukuman dijatuhkanKetua Pengarah KPM Datuk Pkharuddin Ghazali Dakwaan seorang cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh yang kononnya sudah dijatuhi hukuman disangkal Kementerian Pendidikan Malaysia ...
Sharifah Zarina Cuba Nasib Mahu Jodohkan Anak Dengan Mk K Clique

Sharifah Zarina Cuba Nasib Mahu Jodohkan Anak Dengan Mk K Clique

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 184 hits
Baru baru ini penyanyi rap MK Clique memuat naik beberapa foto di laman Instagram memaparkan dia duduk berseorangan di atas pelamin sehingga ramai gadis menawarkan diri menjadi suri hatinya Bukan saja orang biasa malah penyanyi Sharifah Zar...
Pengubahan Wang Haram Rm9 5 Juta Nasib Shafee Abdullah Di Ketahui Esok

Pengubahan Wang Haram Rm9 5 Juta Nasib Shafee Abdullah Di Ketahui Esok

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi akan memutuskan esok kes Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9 5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Razak dan membuat penyata tidak b...
Nasib Presiden Muda Diketahui Esok

Nasib Presiden Muda Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Selepas lebih setahun didakwa atas empat pertuduhan iaitu subahat pecah amanah salah guna harta dan pengubahan wang haram nasib penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dibebaskan atau diperintah m...
Pru 15 Apa Nasib Shahidan Zahidi

Pru 15 Apa Nasib Shahidan Zahidi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 256 hits
agendaily com31 10 2022Nasib penyandang kerusi Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin pada PRU 15 akan datang belum pasti Status Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin masih belum terj...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surat Al Qasas Ayat 77 Arti Tafsir Dan Kandungan

Tak Rugi Invest Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Ambil Gambar Bayi

Isteri Di Rumah Kena Cantik Cantik Salima Habibi Pikat Suami Dengan Solekan Minyak Wangi

Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak