30 000 Peserta Dijangka Hadir


MyMetro
Shafeek Affendy Razali
[email protected]

KEADAAN di sekitar Dataran Merdeka ketika tinjauan persediaan kawalan anggota penguat kuasa berikutan perhimpunan membantah ICERD, hari ini. FOTO Saddam Yusoff.

PERHIMPUNAN aman kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijadualkan berlangsung di Jalan Raja, Kuala Lumpur, hari ini, berkemungkinan dihadiri lebih 30,000 peserta.

Berdasarkan maklumat sumber diterima, tempahan hotel kawasan sekitar Jalan Masjid India, Jalan Silang, Pasar Seni, Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) serta Jalan Pudu, tidak mencatatkan jumlah luar biasa.

Sebaliknya, jumlah tempahan bilik hotel masih berada pada tahap sama seperti hari sebelum ini.

Berkemungkinan sebahagian besar peserta tiba pada pagi ini dengan menaiki bas atau kenderaan disewa atau datang dari kawasan berhampiran sekitar Lembah Klang.

Sumber memaklumkan, antara lokasi titik pertemuan yang disarankan untuk peserta berkumpul sebelum bermulanya perhimpunan adalah di hadapan pusat beli-belah Sogo, kawasan pekarangan stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Tun Perak serta Masjid Negara sebelum bergerak menuju ke hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menjelang jam 1 tengah hari.

Khamis lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya akan menutup enam jalan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur bermula jam 6 pagi hari ini, disebabkan perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, antara jalan berkenaan adalah Jalan Sultan Hishamuddin (sebelum terowong), Leboh Pasar, Jalan Tun Perak (bermula di stesen LRT Masjid Jamek), Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhampiran Sogo), Jalan Raja Laut (berhampiran Summit Hotel) dan Bulatan Dato’ Onn (berhampiran Bank Negara).

Katanya, pihak polis akan mengambil tindakan tunda dan saman kepada kenderaan yang dikesan melanggar peraturan jalan raya, undang-undang serta arahan pihak berkuasa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, IPD Brickfields di talian 03-22979268, dan pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21460532(sambungan 584/585) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 8:51 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/30000-peserta-dijangka-hadir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

55 000 Peserta Hadir Himpunan Icerd Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 483 hits
Safeek Affendy RazaliPESERTA mengaminkan doa ketika Himpunan ICERD di Dataran Merdeka FOTO Asyraf HAmzahPOLIS Kuala Lumpur menganggarkan 55 000 peserta hadir ke perhimpunan membantah ratifikasi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pe...
5 000 Hadir Ceramah Preiden Pas Di Baling

5 000 Hadir Ceramah Preiden Pas Di Baling

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 296 hits
BALING Kira kira 5 000 orang memenuhi pekarangan Pondok Misbah Al Falah malam ini bagi mendengar ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang Orang ramai mula memenuhi padang Pondok Misbah Al Falah seawal jam 9 malam bagi mengikuti ceramah presiden ...
Kuo Apple Dijangka Hadir Dengan Rekaan Airpod Baru Menjelang 2020

Kuo Apple Dijangka Hadir Dengan Rekaan Airpod Baru Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 309 hits
Apple sebelum ini telah hadir dengan fon telinga nirwayar mereka tersendiri dinamakan AirPods Malah sejak diperkenalkan ia turut diperkatakan sebagai salah satu aksesori keluaran Apple yang popular Terkini Ming Chi Kuo yang sedia popular de...
Polis Pertahan Anggaran Peserta Icerd Antara 55 000 Ke 60 000 Rileksmedia

Polis Pertahan Anggaran Peserta Icerd Antara 55 000 Ke 60 000 Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR Polis hari ini mempertahankan laporannya yang menganggarkan jumlah rasmi peserta perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum sebagai antara 55 000 dan 60 000 orang...
Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Menggunakan Skrin Berlubang Menggantikan Takuk Pada Disember Ini

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Menggunakan Skrin Berlubang Menggantikan Takuk Pada Disember Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 368 hits
Samsung sebelum ini telah diperkatakan bakal menjadi antara terawal memperkenalkan telefon pintar menggunakan rekaan skrin berlubang pada bulan Disember ini melalui Galaxy A8s Menariknya kini laporan baru hadir memperlihatkan Huawei mungkin...
Lebih 30 000 Dijangka Berkumpul Perhimpunan Aman Kesyukuran Rileksmedia

Lebih 30 000 Dijangka Berkumpul Perhimpunan Aman Kesyukuran Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Lebih 30 000 orang dijangka menghadiri perhimpunan aman kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum dijadualkan berlangsung di Jalan Raja di sini ...
Sebut Peserta Reuni 212 Sedikit Ipw Minta Pengamanan Polisi Tak Terlalu Heboh

Sebut Peserta Reuni 212 Sedikit Ipw Minta Pengamanan Polisi Tak Terlalu Heboh

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 245 hits
Indonesia Police Watch meminta Polda Metro Jaya tidak perlu terlalu heboh menyikapi aksi Reuni 212 di Monas Jakarta pada 2 Desember 2018 Dari penelusuran IPW massa yang diperkirakan hadir tidak lebih dari 20 000 orang
Najib Dijangka Ditahan Sprm

Najib Dijangka Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 576 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini pagi tadi Sumber berkata Najib ditahan bagi membantu siasatan ber...
Sesuatu Tak Dijangka Terjadi Dikalangan Penyokong Ketika Beratur Di Bukit Jalil Untuk Beli Tiket

Sesuatu Tak Dijangka Terjadi Dikalangan Penyokong Ketika Beratur Di Bukit Jalil Untuk Beli Tiket

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 553 hits
Sesuatu Tak Dijangka Terjadi Dikalangan Penyokong Ketika Beratur Di Bukit Jalil Untuk Beli TiketSesuatu Tak Dijangka Terjadi Dikalangan Penyokong Ketika Beratur Di Bukit Jalil Untuk Beli Tiket
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh