3 Tips Temuduga Spa Dari Pengerusi Spa Punca Utama Gagal Interview
Tips Temuduga SPA | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang yang akan menghadapi temuduga kerajaan mesti akan berdebar-debar; lagi-lagi yang first time ataupun newbie dalam bab bab temu duga ni. So, calon calon pasti akan search kat Google "tips temuduga", "tips lulus temuduga", "cara lulus interview spa", "soalan temuduga spa 2019", "rahsia lulus temuduga kerja kerajaan", "petua lulus temuduga" dan sama erti dengannya kan? Dan keluarlah semua 'aneka' web dan senarai artikel yang ada kaitan dengan tips temu duga. Tapi.. pernah tak jumpa tip atau kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Pengerusi SPA8 tu sendiri? Saya tak pernah lagi dan baru-baru saya ada jumpa di Facebook. Ehemm.. takkan saya nak simpan sorang-sorang kan haha. Meh saya share di sini tips temuduga SPA dari Pengerusi SPA directly.
TIGA Tips Temuduga SPA yang utama dan PENTING dari Pengerusi SPA
3 Tips temuduga SPA dari Pengerusi SPATips temu duga dari Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman:
"Selalunya kecundang seseorang itu dalam temuduga pertamanya.. dia tidak yakin. tidak yakin atas kebolehan dirinya untuk menghadapi proses temuduga
Yang kedua.. calon itu tidak berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas dan tepat kepada isu-isu yang dibangkitkan - menunjukkan tidak bersedia, tidak membuat persediaan rapi
Yang ketiga nya ialah.. Komunikasi secara jelas itu penting; samaada dalam bahasa ibunda kita bahasa Melayu (bahasa Malaysia) dan juga dalam bahasa-bahasa lain yang diuji ketika itu.
Jadi.. ini merupakan ramuan yang menyebabkan seorang calon itu tidak bersedia. Adakalanya calon-calon ini beranggapan proses temuduga itu satu perkara biasa. Kita haruslah beri tumpuan yang sepenuhnya dalam kita membina keyakinan diri dan keupayaan kita untuk menghalusi sesuatu permasalahan. Dan juga memberikan keyakinan kepada penemuduga bahawa kita ini memang berkeupayaan untuk jawatan tersebut. Jadi, jangan putus asa."
FULL VIDEO 'TIPS TEMUDUGA dari Pengerusi SPA':
Sumber video: RTM
BACA JUGA: Teknik dan Tips Lulus Temuduga
Zack Nashrin: "Antara tips lain yang aku tahu:
1. Nak lepas pergi temuduga biasa tengok pointer/ akademik dulu dan pastikan SPA8isentiasa update.. So akademik pun penting.
2. Bagi salam sebelum masuk
3. Jangan duduk selagi tidak disuruh duduk
4. Pastikan sijil-sijil di susun dengan kemas dan teratur. Cara susun sijil cuba google.
BACA JUGA: SUSUNAN DOKUMEN/ SIJIL UNTUK TEMUDUGA KERAJAAN/ SPA
5. Pakaian mestilah pakaian formal. Baju kemeja lengan panjang, seluar slack hitam, kasut hitam dan bertali leher. Untuk apa-apa jawatan pun.. Kalau perempuan berbaju kurung, berkasut.
6. Jangan sinsing lengan baju untuk lelaki semasa temuduga dan pastikan tie dipakai kemas.
7. Jawab soalan panel berdasarkan bahasa yang digunakan. Kalau dia tanya BM (bahasa Melayu), jawab la BM. Tanya BI (bahasa Inggeris), jawab dalam BI.
8. Jangan goyang-goyang kerusi banyak sangat, gerak tangan dengan kadar sederhana. Jangan terlalu bersandar.. Tenang.. Jawab dengan yakin. Jangan guna bahasa yang menampakkan biadab.
9. Rambut pendek kemas, janggut misai trim. Ni untuk jawatan selain badan beruniform. Kalau badan beruniform lain lagi.
10. Wangi wangi sikit pergi temuduga. Elakkan bau ketiak. Haha. Gurau.
Lain daripada tu siapa nak tambah, tambah lah. Aku bagi berdasarkan pengalaman je. Dan lepas tu tawakal dan banyak lah berdoa pada Allah. Banyakkna sedekah.. puasa.. solat jangan tinggal. Penemuduga hanya lah perantara. Yang nak bagi kerja dan rezeki tu Allah. Goodluck!
Semoga bermanfaat!
Daaa~ wassalam! :)
BACA JUGA: FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA
tips temuduga spa, tips temuduga spa 2019, tips temuduga spa8, tips temuduga kerajaan spa, cara lulus interview spa, tips temuduga spa n29, tips temuduga spa separa perubatan, tips temuduga spa pembantu tadbir n19, tips temuduga spa pembantu tadbir, tips temuduga spa pegawai tadbir n41, tips temuduga pembantu operasi n11, soalan temuduga spa 2019, rahsia lulus temuduga kerja kerajaan, tips temuduga spa pembantu awam h11, tips temuduga sektor kerajaan, soalan temuduga kerajaan 2019, tanda temuduga kerajaan berjaya, tanda temuduga kerajaan gagal, tips kerja, punca utama gagal dalam interview, punca sebab gagal temuduga,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2018/12/3-tips-temuduga-spa-dari-pengerusi-spa.html