3 Resipi Istimewa Sempena Hari Bapa


Dalam hal memasak kini lelaki juga tidak kalah. Banyak saja idea kreatif yang dihasilkan seperti pemilik instagram daddyisthechef. Kreatif dan sungguh melekakan bila melihat idea masakan di dalam instagram.
Mereka yang tidak tahu memasak pun terdorong untuk mempelajari cara memasak bila gambar masakan yang dimuat naik membuat kita rasa terliur nak merasa. Sempena hari bapa yang bakal tiba dikongsikan resipi yang enak hasil olahannya.


Scallop Buttermilk Pasta
Bahan-bahan:
1 paket mix vege pasta
10-12 scallop
1 cawan susu sejat
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan + 1 sudu teh mentega
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk Cayenne pepper atau Paprika
1/2 sudu makan Parmesan cheese (sebagai pilihan)
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam
Cara memasak:
1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spageti sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Bersihkan scallop dengan lemon.
4. Masukkan ke dalam kuali tidak melekat.
5. Letakkan satu sudu teh mentega di atas scallop.
6. Taburkan sedikit serbuk cayenne dan garam.
7. Buka api perlahan, kemudian tutup kuali dan biarkan selama 6-8 minit. Ketepikan.
8. Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
9. Masukkan susu sejat dan serbuk cayenne. Kacau rata.
10. Masak dengan api sederhana hingga susu mendidih.
11. Kecilkan api, masukkan parmesan dan kacau rata.
12. Kemudian masukkan secubit garam serta lada hitam.
13. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
14. Hidangkan pasta dan scallop dalam mangkuk dan tuangkan sos ke dalamnya.


Ketam Masak Cili
Bahan A: (dikisar)
4 hiris lengkuas
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
10 biji cili kering
3 biji cili padi
5 biji cili merah
6 biji buah keras
1 sudu makan belacan (yang telah dibakar)
Air limau (1 biji limau)
Bahan B:
2 ekor ketam – dibersihkan dan dipotong 2 atau 4
5 sudu makan minyak
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh taucu
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
1 cawan air panas
2 biji telur
Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali leper.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan bahan B dimulakan dengan sos tomato, taucu, garam dan gula. Kacau rata
4. Kemudian masukkan ketam. Kacau dan sebatikan.
5. Tuangkan air panas dan tutup kuali dengan penutup.
6. Biarkan selama 10 minit dengan api sederhana.
7. Bancuhkan telur di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata dan sebatikan.
8. Tutup api dan boleh dihidangkan.


Sotong Sumbat Percik
Bahan-bahan:
5 ekor sotong
1/2 cawan kacang peas (boleh juga gunakan segenggam bayam)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Cara memasak:
1. Rebus kacang peas sehingga empuk
2. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
3. Kemudian tuangkan telur tadi ke dalam kuali dan kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
4. Masukkan kacang peas ke dalam kuali dan gaulkan sekali dengan telur tadi. Ketepikan
5. Rebus air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Matikan api dan masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam periuk tadi selama dua minit.
6. Angkat sotong, toskan dan sumbat telur di dalam sotong sehingga padat tetapi 3/4 penuh.
7. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkannya.
Bahan kuah percik:
1 kotak santan pekat (200ml)
8 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3-5 tangkai cili kering – ikut kepedasan masing-masing
1 1/2 sudu makan gula merah
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar bawang, serai, halia dan cili kering
2. Masukkan bahan kisar bersama santan dan setengah cawan air ke dalam periuk
3. Kemudian masak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
4. Masak sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
5. Masukkan garam, gula dan asam keping
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan bolehlah diangkat. Kemudian keluarkan asam keping tadi.
Proses merecik:
1. Bakar sotong seketika sambil balik-balikkan sotong supaya masak sekata.
2. Apabila sotong mulai sedikit garing, lumur bahan kuah ke badan sotong dan bakar seketika sambil dibalik-balikkan sotong.
3. Kemudian masukkan sotong ke dalam pinggan dan tuang lebihan bahan kuah ke atas sotong.
*kalau tak nak bakar sotong, boleh digoreng dengan mentega tetapi pastikan sotong itu dibalik-balikkan dan lumur bahan kuah apabila sotong mulai garing.
Foto&Resipi : Muhamad Azlan Hassan
 Ayam Kicap Cili Padi, Paling Senang Masak & Sedap Padu.
Menu Udang Masak Lemak Cili Padi & Nenas Memang Buat Bertambah Makan
Tak Rugi Cuba Masak Ketam Mentega Yang Sedap Berkrim Ni.
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/06/3-resipi-istimewa-sempena-hari-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Baru 3 Hari Dijemput Ilahi Ibu Hamil 6 Bulan Positif Covid Pergi Bersama Bayi

Bapa Baru 3 Hari Dijemput Ilahi Ibu Hamil 6 Bulan Positif Covid Pergi Bersama Bayi

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 377 hits
Sejak akhir akhir ini banyak kes melibatkan ibu yang sedang mengandung telah dijangkiti wabak Covid 19 dan ada antaranya tidak dapat diselamatkan dan pergi bersama bayi dalam kandungan Bukan itu saja ada yang masih lagi dirawat di ICU dan p...
Jawap Kuiz Online Sempena Hari Alam Sekitar 2021

Jawap Kuiz Online Sempena Hari Alam Sekitar 2021

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 1104 hits
Jawap Kuiz Online Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang di sambut semalam 5 Jun 2021 Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Balik Pulau dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang...
Terima Kasih Doakan Eidrees Sempena Hari Lahir Anak Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

Terima Kasih Doakan Eidrees Sempena Hari Lahir Anak Anzalna Nasir Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 280 hits
Cara kita meraikan hari lahir buat anak tersayang berbeza beza Bagi pelakon Anzalna Nasir dia dan suami memilih untuk meraikan hari bermakna kelahiran anaknya itu bersama anak anak yatim Sempena hari lahir anaknya Mohammad Eidrees yang kini...
Hiburan Sempena Hari Jadi Ke 26 Dini Schatzmann Hadiahkan Janna Nick Vespa Harga Belasan Ribu Ringgit

Hiburan Sempena Hari Jadi Ke 26 Dini Schatzmann Hadiahkan Janna Nick Vespa Harga Belasan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 417 hits
Rasanya semua tahu mengenai hubungan antara Janna Nick dan Dini Schatzmann kan Kedua pelakon ini langsung tak kisah berkongsi momen sweet mereka untuk tatapan peminat di laman media sosial Malah Dini juga sentiasa menyokong kekasihnya tamba...
Wanita Berkongsi 30 Jenis Resipi Minuman Sejuk Untuk Dinikmati Ketika Hari Panas Sangat Mudah Menyediakannya

Wanita Berkongsi 30 Jenis Resipi Minuman Sejuk Untuk Dinikmati Ketika Hari Panas Sangat Mudah Menyediakannya

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 314 hits
Bayangkan tengah hari yang panas terik seperti sekarang kita dihidangkan dengan air sejuk pasti ianya sangat menyegarkan Biasanya kita mungkin hanya minum air kosong dari peti sejuk tapi kadangkala kalau minum air sejuk yang manis dan berpe...
Pdpr Akan Berlangsung Selama 25 Hari Dr Radzi

Pdpr Akan Berlangsung Selama 25 Hari Dr Radzi

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 986 hits
hari ini memutuskan dimana menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah akan berlangsung untuk 25 hari persekolahan Pengumumam ini dibuat oleh Dr Mohd Radzi Bin Md Jidin Menteri Pendidikan Malaysia di dalam sidang media khas KPM ...
Sesi Persekolahan Pdpr Dilanjutkan Mulai 13 Jun 2021 Selama 25 Hari

Sesi Persekolahan Pdpr Dilanjutkan Mulai 13 Jun 2021 Selama 25 Hari

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 479 hits
Sesi persekolahan Secara PdPR akan Dilanjutkan selama 25 hari mulai 13 Jun dan 14 Jun 2021 Perkara ini telah diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin melalui perkongsian di siaran langsung sidang media khas...
Letkol Laut Andry Taklukan 7 Puncak Sembalun Termasuk Gunung Rinjani Dalam 5 Hari

Letkol Laut Andry Taklukan 7 Puncak Sembalun Termasuk Gunung Rinjani Dalam 5 Hari

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 181 hits
Orang tidak boleh tahu hanya sekadar Rinjani ada enam bukit yang harus diselesaikan katanya
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm