3 Punca Utama Kegagalan Pendigitalan Dalam Kehidupan


Digital Overload, Digital Dementia, dan Digital Distraction, ialah 3 komponen ‘jahat’ utama dalam pendigitalan hidup. Komponen digital sememangnya dicipta untuk memudahkan kita, tetapi apabila ianya berlebihan, tanpa penggunaan yang tepat, komponen-komponen ini boleh merosakkan ritma dan hubungan sosial kita.
Digital Overload berlaku apabila anda menghadapi masalah memproses jumlah maklumat yang anda ambil dalam talian, menyebabkan anda merasa terganggu, cemas, keletihan, atau bahkan tertekan. Ini juga berkaitan dengan bagaimana anda mengambil maklumat tersebut.
Satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa rata-rata, orang dewasa menghabiskan lebih dari 11 jam sehari menggunakan telefon, komputer riba, tablet, televisyen, dan alat permainan mereka.
Walaupun penyelidikan belum mengetahui berapa had manusia untuk waktunya berada dalam talian, sebuah kajian pada remaja menunjukkan bahawa setelah sekitar 2 jam penggunaan skrin, subjek melaporkan lebih banyak gejala kegelisahan dan kemurungan.
Mungkin juga bagi orang dewasa, lebih sedikit masa di peranti adalah lebih baik. Pokoknya, terlalu banyak maklumat, sekaligus atau dalam jangka masa tertentu, boleh menyumbang kepada sejumlah masalah emosi.
Menyentuh mengenai Digital Dementia, masihkah anda ingat sewaktu permulaan telefon bimbit dahulu, berapa banyak nombor telefon yang dapat kita ingati? Paling kurang pun 3, iaitu nombor ayah, ibu, dan mungkin adik beradik, kawan, atau cinta lama yang tidak kesampaian.
Sekarang? Nombor telefon isteri sendiri pun kita boleh lupa. Semuanya diingati oleh aplikasi yang dipasang, bahkan beratus nombor tidak menjadi masalah kerana ia diselaraskan oleh akaun Google.
Digital Distraction pula boleh ditafsirkan sebagai lambakan mesej dan notifikasi dari telefon pintar, laptop, desktop, tablet, jam pintar, televisyen, dan sebagainya lagi.
Sambungan hidup secara digital selama 24 jam ini memberi kesan kepada minda dan hubungan kekeluargaan mahupun profesional. Kita banyak membuang masa, perhatian, dan tenaga pada maklumat dan interaksi yang agak kurang penting berbanding interaksi secara terus di sekeliling kita.
Kadangkala, kita berusaha memutuskan ‘hubungan’ dengan dunia digital, juga menggunakan alat atau aplikasi digital seperti Digital Wellbeing.
Minda kita memerlukan ‘pengecasan’ semula setelah sekian lama digunakan untuk menerima dan mengurus maklumat menerusi alat-alat teknologi. Hanya dengan pengurusan masa dan pengalihan tumpuan dari sepenuhnya diberikan kepada notifikasi digital, kita tidak akan mampu memacu minda untuk menyelesaikan segala urusan serta tugasan.
Untuk memenangi perlumbaan tanpa pendigitalan hidup, memang sangat sukar sekali, tambahan lagi dengan situasi pandemik ketika ini, kebanyakan kerja bertukar kepada bentuk digital seperti sidang video dan mesyuarat. Tetapi bukan bererti kita memberi semua aturan diuruskan oleh aplikasi.
Setiap perkara yang boleh kita tetapkan sendiri, hendaklah diselenggara sebaiknya tanpa penglibatan komputer mahupun telefon pintar. Mulakan dengan benda mudah, seperti mengingati nombor telefon pasangan masing-masing, atau mengurus emel secara berkala, sedikit demi sedikit.
Anda boleh mengubahnya, anda boleh mengaturnya – sendiri.
#OMGHSharing #ThatsWhatsUp #DigitalDistractions


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/3-punca-utama-kegagalan-pendigitalan-dalam-kehidupan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Atasi Halangan Robohkan Tembok Ilusi Punca Kegagalan

Atasi Halangan Robohkan Tembok Ilusi Punca Kegagalan

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 198 hits
Jika ada halangan kita bukan berhenti Sebaliknya kita perlu teruskan perjalanan dengan cara mengelak halangan itu atau melepasinya mengikut cara yang betul Kita harus memecahkan halangan bukannya membina halangan Ada orang sengaja mencipta ...
Berpdpr Dengan Tiktok Kenangan Diabadikan Dalam Media Utama

Berpdpr Dengan Tiktok Kenangan Diabadikan Dalam Media Utama

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 271 hits
BERPDPR DENGAN TIKTOKSimpan sini sket kenangan untuk musim berPdPR dengan TikTok Bermula sebagai satu penyelesaian untuk murid akhirnya menjadi satu gerakan alternatif kepada platform Pdpr kepada lebih ramai guru Bermula dengan Bengkel Tikt...
Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Cash Untuk 16 19 Februari 2021 Tahap Utama 690 00

Isyarat Dagangan Untuk Bitcoin Cash Untuk 16 19 Februari 2021 Tahap Utama 690 00

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 198 hits
Bitcoin Cash telah mencapai tahap bulan Julai 2018 mencatatkan maksimum baru 771 Sekarang ia bersiap untuk mencapai tahap psikologi 1000 00 Pada carta 1 jam kami perhatikan Bitcoin Cash didagangkan di atas SMA 21 dan sangat hampir dengan ri...
Syed Syah Dedah Siapa Sebenarnya Calon Utama Pm Interim Bukan Tun M

Syed Syah Dedah Siapa Sebenarnya Calon Utama Pm Interim Bukan Tun M

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 207 hits
Tuan Syed Syah Dan Tuan WFauzdin Dedah apa yang terjadi sebenarnya kepada PH ketika Kerajaan PH dijatuhkan oleh pengkhianat
Pelakon Utama Rahimah Tanpa R4him Puteri Aishah Did4kwa Bertatv Di Tangan Ini Jawabnya

Pelakon Utama Rahimah Tanpa R4him Puteri Aishah Did4kwa Bertatv Di Tangan Ini Jawabnya

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 492 hits
Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim baru baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila sekeping foto yang dimuat naik olehnya ke ruangan media sosial Instagram memaparkan seolah olah dia mencacah tatu di bahagian tangan
Vaksinasi Covid Tiga Isu Utama Belum Selesai Akmal

Vaksinasi Covid Tiga Isu Utama Belum Selesai Akmal

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 204 hits
Negara dilaporkan bersiap sedia untuk proses vaksinasi Covid 19 bermula pada Mac tahun ini namun terdapat beberapa persoalan asas yang masih tidak diselesaikan dengan baik oleh kerajaan Perikatan Nasional dan menjadi kebimbangan awam Menuru...
Moto E7 Power Bakal Dilancarkan Pada 19 Februari 2021 Dilengkapi Dwi Kamera Utama Dan Bateri 5000mah

Moto E7 Power Bakal Dilancarkan Pada 19 Februari 2021 Dilengkapi Dwi Kamera Utama Dan Bateri 5000mah

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 217 hits
Jika anda perasan sebelum ini kami ada berkongsi artikel mengenai dua peranti terkini daripada Motorola yang didapati tertiris ke arena web Salah satu daripadanya adalah Moto E7 Power Dalam perkembangan terkini Motorola telah berkongsi lebi...
5 Isu Utama Dibangkitkan Rakyat Mengenai I Sinar Kwsp Tanpa Syarat

5 Isu Utama Dibangkitkan Rakyat Mengenai I Sinar Kwsp Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 302 hits
Sejak dua hari ini talian hotline i Sinar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kembali hangat dengan menerima tidak kurang daripada 400 500 mesej aduan sehari berkenaan isu pengeluaran i Sinar ini Rata rata maklum balas yang diterima berikutan p...
Tanda Tanda Utama Ketagihan Dadah

Tanda Tanda Utama Ketagihan Dadah

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 1922 hits
Tanda tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa sikap tabiat dan tingkah laku Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah 1 Kemerosotan keha...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa