Vaksinasi Covid Tiga Isu Utama Belum Selesai Akmal



Negara dilaporkan bersiap sedia untuk proses vaksinasi Covid 19 bermula pada Mac tahun ini, namun terdapat beberapa persoalan asas yang masih tidak diselesaikan dengan baik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kebimbangan awam.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir, kebimbangan awam atau kemusykilan rakyat perlu diselesaikan segera sekiranya kerajaan mahu hasil yang maksimum daripada program vaksinasi.
Akmal berkata, isu utama yang menghantui fikiran rakyat hari ini adalah sama ada vaksin tersebut selamat atau tidak.
Hal itu, katanya berpunca daripada propaganda pihak anti-vaksin atau maklumat salah yang sampai kepada rakyat tentang pengalaman di negara lain menerusi media sosial.
“Ini mungkin ada unsur-unsur kumpulan tertentu yang mempunyai agenda. Kita tidak boleh ambil mudah isu-isu kesan sampingan, kemudaratan yang berlaku di negara lain mungkin terpencil tetapi ditularkan di sini .
“Apa langkah penyelesaian? Jawapan dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan menguruskan soal imunisasi ini, cara beliau meyakinkan rakyat adalah dengan PM menjadi orang pertama disuntik vaksin. Hakikatnya, di Malaysia ramai yang telah diminta menjadi sukarelawan dalam kajian vaksin, salah seorangnya Adam Loh dari AMK. Dia telah diiktiraf sebagai orang pertama menerima vaksin.
“Soalnya, adakah bila Tan Sri Muhyiddin ambil vaksin kita semua percaya? Jangan main politik. Tidak perlu gimik media. Yang perlu kita lakukan ialah program vaksinasi dan bagaimana bina keyakinan.
“Salah satu kaedah yang kita boleh buat dengan memastikan sebarang masalah yang timbul di kemudian hari dapat dikawal. Di negara lain mereka mempersiapkan tabung (dana khas) kawal kes-kes tidak diingini. Kalau apa pun berlaku kerajaan akan mengambil tanggungjawab.
“Kaedah kedua, saya cadangkan ialah mengambil skim insurans bagi melindungi mereka yang mengalami kes-kes di luar jangka,” katanya dalam siaran di akaun You Tube beliau malam tadi.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, rakyat masih tidak lupa kerajaan PN mempunyai rekod buruk dan menjadi punca kembalinya wabak Covid ke tengah masyarakat berikutan gagal melaksanakan kuarantin wajib kepada ahli parti yang pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah pada Oktober 2020.
Selain itu, Akmal juga mempertikaikan angka yang diberi oleh Kementerian Kesihatan bahawa sehari maksimum 126,000 rakyat Malaysia akan menerima suntikan.
Katanya, kementerian menyebut terdapat 600 pusat suntikan. Setiap pusat 7 orang bertugas beri suntikan dan mampu memberi 30 suntikan sehari.
“Kita dengar cantik. Tetapi 126,000 ini adakah mampu memenuhi imuniti masyarakat? Pfizer perlukan 2 suntikan, jadi sebulan berapa orang?
“Kita boleh dapat 1.89 juta orang. Kalau dilihat jumlah populasi negara, dicampur warga asing lebih kurang 35 juta. Di Singapura mereka menjangkakan selesai vaksinasi hujung tahun ini.
“Di Malaysia jika guna anggaran tadi paling cepat kita boleh lakukan dalam 18 bulan. Sekarang bulan Februari, hujung bulan barisan hadapan kemudian yang berisiko tinggi. Untuk rakyat biasa bila pula? Sekitar Ogos, dan mahu capai 100% maksudnya 18 bulan dari tarikh itu?” katanya.
Akmal menasihatkan kerajaan agar tidak menjadi hero dalam hal vaksin. semua pihak perlu dirundingi dan diambil pendapat agar rakyat tidak dipersalahkan sekali lagi jika pelan vaksinasi itu terlewat atau tertangguh.
“Angka yang diberikan kerajaan sangat idealistik. Saya risau bila sistem ini terlalu diikat dengan pelaksanaan badan induk, proses akan lewat jika berlaku masalah.
“Kita tidak boleh pusatkan, jangan terlalu kawal di satu pihak. Kita ada badan yang meluluskan, saya rasa proses ini perlu dipercepat dan diperluaskan. Cari jalan memudahkan proses vaksinani,” katanya.
Akmal juga mengingatkan kerajaan suoaya memulakan segera kempen vaksinasi. Katanya, tempoh pengambilan vaksin semakin hampir tetapi masih banyak rakyat yang belum diyakinkan.
“Proses kempen perlu diperhebatkan, bukan hanya mengambil agamawan tetapi juga melibatkan pemikiran masyarakat. Perlu diwar-warkan pengambilan vaksin ini demi menyematkan jiran atau keluarga kita,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31496

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tiga Fasa Pemberian Vaksin Covid 19 Dijangka Selesai Februari 2022 Melibatkan 26 5 Juta Individu

Pm Tiga Fasa Pemberian Vaksin Covid 19 Dijangka Selesai Februari 2022 Melibatkan 26 5 Juta Individu

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 236 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan pada 4 Februari mengumumkan bahawa kerajaan akan memulakan roll out Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini Tambah beliau sejumlah 80 populasi rakyat Malaysia ...
Pkm Jilid I Di Jateng Tiga Daerah Alami Peningkatan Penularan Covid 19

Pkm Jilid I Di Jateng Tiga Daerah Alami Peningkatan Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 162 hits
Pada PPKM jilid II semua daerah di Jawa Bali turut melaksanakannya Ganjar optimistis PPKM di seluruh Jawa Bali akan memberikan dampak positif Karena semua kepala daerah akan bergerak bersama sama untuk menekan angka penularan Covid 19
Digital Rembau Dilancarkan Dengan Tiga Inisiatif Utama Termasuk Bantuan Untuk Komputer Riba Dan Tablet

Digital Rembau Dilancarkan Dengan Tiga Inisiatif Utama Termasuk Bantuan Untuk Komputer Riba Dan Tablet

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 209 hits
Jika anda perasan sebelum ini kami ada berkongsi artikel mengenai Digital Rembau Ia sebenarnya merupakan satu program atau inisiatif dalam usaha menggalakkan pembudayaan digital dan teknologi dalam kehidupan harian Selain peralihan kepada k...
Belum Reda Lagi Covid 19 Kini Timbul Wabak Misteri Muntah Darah Dan Maut

Belum Reda Lagi Covid 19 Kini Timbul Wabak Misteri Muntah Darah Dan Maut

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 215 hits
NanaBelum reda lagi dengan wabak Covid 19 satu lagi berita tentang wabak misteri dilaporkan di Tanzania Setakat berita ini ditulis 15 orang sudah meninggal dunia dan dimasukkan ke hospital sudah mencecah 50 orang yang kebanyakannya lelaki L...
Dpr Masih Banyak Masyarakat Indonesia Belum Mau Divaksinasi Covid 19

Dpr Masih Banyak Masyarakat Indonesia Belum Mau Divaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 197 hits
Ia juga mengajak masyarakat untuk mengikuti program itu karena BPOM telah mengeluarkan izin penggunaan darurat vaksin Covid 19
Trik Pemprov Jabar Antisipasi Lonjakan Limbah Medis Saat Vaksinasi Covid 19

Trik Pemprov Jabar Antisipasi Lonjakan Limbah Medis Saat Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 146 hits
Limbah B3 infeksius di Jawa Barat dan provinsi lain berpotensi meningkat selama pelaksanaan vaksinasi Covid 19 berlangsung
Dinkes Diy Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kesehatan Rampung Akhir Februari

Dinkes Diy Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kesehatan Rampung Akhir Februari

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 206 hits
Sedangkan untuk dosis kedua yang divaksin itu jumlahnya 3 441 atau 9 8 persen Yang ditunda itu 116 atau 0 3 persen Yang tidak diberi sebanyak 23 orang atau 0 06 persen sambung Pembajun
Nak Dapatkan Vaksinasi Covid 19 Untuk Ke Luar Negara Anda Perlu Tunggu Giliran Moh

Nak Dapatkan Vaksinasi Covid 19 Untuk Ke Luar Negara Anda Perlu Tunggu Giliran Moh

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 190 hits
SINGAPURA Mereka yang mempunyai sebab sah untuk melakukan perjalanan keluar Singapura harus terus menunggu giliran dan tidak boleh memotong jalan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 lebih awal Ini memandangkan jumlah bekalan terhad b...
Popularitas Partai Gerindra Merosot Hensat Ada Dua Tantangan Yang Belum Selesai

Popularitas Partai Gerindra Merosot Hensat Ada Dua Tantangan Yang Belum Selesai

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 166 hits
Hasil survei yang lakukan Lembaga Penelitian Masyarakat Milenial tercatat popularitas Partai Gerindra merosot di angka 5 20 persen Masyarakat milenial menilai bahwa penyebab utama kemerosotan tersebut lantaran adanya kasus korupsi yang memb...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025