3 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kulit Rambut Dan Kesihatan


Minyak Zaitun sememangnya telah diakui mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang dapat membantu mencegah beberapa jenis penyakit, juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan kecantikan dan dandanan diri.


Walau bagaimanapun, minyak zaitun tidak boleh menggantikan rawatan konvensional seperti ubat-ubatan yang dibekalkan doktor untuk merawat penyakit berkaitan gangguan sistem kardiovaskular.

FAKTA NUTRISI MINYAK ZAITUN

Satu sudu makan Minyak Zaitun mengandungi:
119 kalori. 13.5 gram lemak (9.8 darinya ialah lemak mono tak tepu). Tiada langsung gula, karbohidrat atau protein. 1 miligram vitamin K. 9 miligram vitamin E.
Terdapat pelbagai khasiat minyak Zaitun dari tiga aspek utama iaitu khasiat untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan.

KEBAIKAN UNTUK KULIT

Melembapkan kulit

Minyak Zaitun mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat.

Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit dan tahan lama serta sesuai dengan semua jenis kulit.

Memperbaiki kesihatan kulit

Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

Membantu membuang mekap di muka

Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding jenama lain yang berada di pasaran.

Minyak Zaitun bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.

Mempunyai elemen antipenuaan

Apabila umur semakin meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk, tetapi boleh dikurangkan dengan menggunakan minyak zaitun.

Sebagai skrub bibir

Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir.

Menyembuhkan kulit tumit yang merekah

Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan.

Anda boleh memakai stokin untuk kelegaan yang lebih cepat.

KEBAIKAN UNTUK RAMBUT

Memastikan rambut kekal sihat

Minyak zaitun, bersama dengan kombinasi beberapa bahan yang lain seperti madu dan kuning telur, boleh bertindak dengan baik untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang membantu melawan rambut gugur, manakala madu boleh memberikan kelembapan terhadap rambut.

Minyak Zaitun juga mengandungi nutrien yang lain seperti magnesium, zink, sulfur, kalsium, dan vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut.

Kuning telur kaya dengan protein, nutrien yang membentuk elemen pada rambut.

Boleh digunakan sebagai rawatan pra-syampu

Urutan minyak zaitun sebelum syampu membantu memberikan kilauan dan kekuatan kepada rambut anda.

KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

Memperbaiki kesihatan kuku

Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.

Membantu mencegah kanser payudara

Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara.

Di dalam percubaan klinikal lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.

Membantu mencegah diabetes

Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan 'polyunsaturated', seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes.

Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes di kalangan wanita.

Mengelakkan daripada penyakit Alzheimer

Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer.

Kajian Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa, yang mana minyak zaitun 'extra virgin' didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

Menguatkan tulang

Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat.

Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

Merawat kemurungan

Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.

Membantu kurangkan berat badan

Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan.

Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan.

Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.

Membantu mengawal kolesterol dalam badan

Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima, membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan.

Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak 'monounsaturated' sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.

Melegakan sembelit

Minyak zaitun kaya dengan lemak 'monounsaturated', membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah.

Minyak Zaitun juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

Membantu menghapuskan batu karang pada buah pinggang

Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.

Membantu mencairkan tahi telinga

Minyak Zaitun juga dapat membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga.

Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.

CARA PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN

Caranya:
Minum satu sudu pagi dan satu sudu petang atau malam (boleh minum air selepasnya). Letak sebagai dressing dalam salad atau ulam. Renjis sedikit pada masakan seperti lauk, sayur-sayuran, telur dadar dan telur hancur. Gunakan ketika memasak pada suhu rendah untuk menggoreng telur mahupun merenih sayur.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pokok Zaitun, Penanaman, Manfaat Dan Khasiatnya25 Jenis Varieti Pokok Zaitun
sumber: DOC



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/12/manfaat-minyak-zaitun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guarana Pokok Menjalar Kaya Khasiat Banyak Manfaat Kesihatan

Guarana Pokok Menjalar Kaya Khasiat Banyak Manfaat Kesihatan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 415 hits
Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat atau menjalar di dahan dahan tinggi pokok besar yang berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan berdaun besar dan mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak Dal...
Minyak Rambut Ardora Terbaik

Minyak Rambut Ardora Terbaik

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 429 hits
Minyak Rambut Terbaik untuk Satu Keluarga RAMAI KE NAK TAHU RAHSIA RAMBUT YANG PANJaNG LEBAT DAN DAPAT SELESAIK4N MASALAH RAMBUT GUGUR Gambar Baby Ariana semasa dan selepas berumur 4 bulan lebih menggunakan Minyak Rambot Ardora dan Mandian ...
11 Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat

11 Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 599 hits
Seronoknya kalau muka bebas jerawat Mana tidaknya siapa mahu wajah dipenuhi bintik bintik merah ini Bukan sahaja meninggalkan cela bahkan ia cukup sakit Apakah solusinya Menggunakan produk seperti moisturizer untuk kulit berjerawat adalah s...
Hiburan Setelah 10 Tahun Botak Michael Ang Ambil Keputusan Untuk Tanam Rambut

Hiburan Setelah 10 Tahun Botak Michael Ang Ambil Keputusan Untuk Tanam Rambut

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 303 hits
Setelah hampir 10 tahun berpenampilan botak di kepala pengarah dan penerbit Michael Ang dilaporkan telah mengambil keputusan untuk menanam rambut Menurut Michael proses menanam rambut itu telah pun selesai dan berjalan dengan lancar Dia jug...
Kisah Sehelai Rambut Seorang Wanita Miskin Yang Lebih Mulia Dari Sorban Para Ulama

Kisah Sehelai Rambut Seorang Wanita Miskin Yang Lebih Mulia Dari Sorban Para Ulama

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 244 hits
Banyak sekali kisah kisah nyata yang bisa kita jadikan inspiarsi hikmah Salah satunya seorang wanita miskin yang bertemu Ulama terkenal Imam Ahmad Bin Hambal seperti dikutip dari laman santri net Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahulla...
Kisah Di Balik Gaya Rambut Kak Seto Yang Sejak Dulu Tetap Sama Ikonik Sepanjang Masa

Kisah Di Balik Gaya Rambut Kak Seto Yang Sejak Dulu Tetap Sama Ikonik Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 365 hits
Banyak warganet yang akhirnya bisa tidur nyenyak setelah tahu gaya rambut asli Kak Seto Ikonik abis
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu