3 Lokasi Menarik Di Bau Kuching Sarawak Patut Korang Kunjungi



Lokasi Menarik Di Sekitar Bau, Kuching Sarawak 2023 | Tempohari saya dan kawan-kawan media dari semenanjung telah berpeluang meneroka beberapa lokasi tarikan di sekitar Bau yang terletak 35 kilometer daripada bandaraya Kuching

Untuk pengetahuan korang, Bau juga merupakan salah sebuah lokasi terdekat dengan Kuching yang wajib dikunjungi bagi korang yang sukakan kedamaian alam semulajadi. Terdapat banyak sebenarnya lokasi menarik yang boleh kita kunjungi di sekitar Bau

Memandangkan tempoh kami di sana hanya sehari, berikut merupakan 3 lokasi yang sempat saya dan rakan media kunjungi; Gua Pari-Pari, Tasik Biru, dan Paku Rock Maze Garden


Nama asal Bau ialah Ulu Sarawak, manakala pekan Bau dikenali sebagai Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit.
Gua Pari-pari (Fairy Cave), Bau 

Lokasi pertama kami kunjungi di Bau adalah Gua Pari-pari (Fairy Cave). Bagi pencinta alam semulajadi, destinasi ini sangat disyorkan untuk korang kunjungi dan lokasinya hanya lebih kurang 30-45 minit memandu dari Bandar Kuching. Gua Pari-Pari merupakan salah satu destinasi yang sangat mudah untuk pengunjung melihat keindahan gua batu kapur tanpa perlu meredah hutan jauh-jauh untuk sampai ke lokasi gua

kredit foto Amaizing TerengganuGua Pari-Pari dikatakan mendapat namanya dari kewujudan struktur tiang yang menyerupai seakan bentuk "Dewi Guanyin" yang terbentuk dari stalagmit yang berada di dalam gua tersebut


Untuk meneroka gua ini ianya tidaklah terlalu rumit kerana telah tersedia tangga-tangga untuk memudahkan penerokaan pengunjung dari bawah sampailah ke kawasan utama gua. Di dalam gua juga terdapat tangga-tangga lain sekiranya anda ingin menerokai ke bahagian yang lebih dalam namun, harus berhati-hati kerana tangga ini sangat curam, dan juga gelap

Perlu diingatkan bahawa, sesetengah lokasi anak tangga juga berkemungkinan akan basah dan licin jika berada di lokasi titisan air dari atas bumbung gua. Amat digalakkan untuk bawa lampu suluh dan memakai kasut yang sesuai


Bayaran kemasukan ke Fairy Cave hanyalah RM1 untuk warganegara dan ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kata mereka, ia akan ditutup jika hari hujan. Disana juga ada kemudahan untuk menyewa kasut

Tasik Biru (Blue Lake), Bau

Selepas selesai meneroka Gua Pari-pari, kami meneruskan perjalanan kami ke ke Tasik Biru (Blue Lake). Siapa belajar sejarah / geografi sudah tentu tahu bahawa Bau cukup terkenal dengan sejarah perlombongaan pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dan Tasik Biru di sini merupakan salah satu daripada bekas tapak lombong emas yang kemudiannya telah dinaiktaraf menjadi satu daripada destinasi pelancongan menarik


Tasik buatan manusia ini dikatakan telah mendapat namanya daripada dialek Cina Hakka, "Tai Parit" yang bermaksud "longkang besar". Lama kelamaan namanya berubah menjadi Tasik Biru kerana airnya yang biru luar dari kebiasaan kerana kepekatan bahan arsenik beracun yang tinggi di dalam tasik

View this post on Instagram A post shared by Malaysian Blogger (@mawardiyunus)

Banyak aktiviti menarik yang boleh korang buat kat sini, antaranya seperti paddling boat, kayak dan lain-lain sekiranya korang ingin menikmati keindahan tasik ini dengan cara riadah yang lebih santai.
Bayaran masuk :
1) Boat RideTermasuk lawatan ke tasik menggunakan bot laju dan perjalanan sehala ke Roxy Rock CaféDari kafe, anda perlu berjalan semula ke pintu masuk melalui Jambatan TerapungTiket adalah RM 10 (setiap dewasa) dan RM 5 (setiap kanak-kanak)2) Pedal Boat
Termasuk menaiki 'pedal boat' selama 30 minit di tasikAnda boleh menggunakan Jambatan Terapung untuk menyeberangi tasikTiket RM 10 (seorang)3) Jambatan TerapungTermasuk minuman percuma di Roxy Rock CaféAnda boleh menggunakan Jambatan Terapung untuk menyeberangi tasikTiket adalah RM10 (setiap dewasa + percuma 2 minuman dalam tin) dan RM5 (setiap kanak-kanak + percuma 1 minuman dalam tin)*Dewasa (13 tahun ke atas), Kanak-kanak (2 – 12 tahun)
Waktu operasi kaunter tiket:
Hari minggu (Isnin – Jumaat) : 10 am – 6 pmHujung Minggu (Sabtu, Ahad, Cuti Umum) : 9 am – 6 pm
Nak lagi best, korang boleh luangkan masa sepanjang hari disini dengan menginap di Chalet Terapung Roxy Tasik Biru yang terletak di seberang tasik. Bilik tidur menghadap ke Tasik Biru dengan pemandangan yang cantik dan memukau. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh melayari laman web Roxy Hotel


Lokasi tasik ini mudah untuk di akses dengan kereta kerana ianya betul-betul berada di tepi jalan raya. Kemudahan parkir kereta juga tersedia buat pengunjung yang datang. 
Paku Rock Maze Garden

Lokasi terakhir yang sempat kami kunjungi ketika berada di Bau adalah Paku Rock Maze Garden. Ia adalah tarikan pelancong yang agak baru di Bau. Ia terletak betul-betul di belakang Kuil Shi Wang Gong, kira-kira 10 minit pemanduan dari bandar Bau dan berlokasi betul-betul di tepi jalan utama


Paku Rock Maze Garden merupakan sebuah hutan batu primitif yang sedang dibangunkan dan ia sudah tentu telah menjadi warisan geologi yang sangat berharga yang terbentuk beberapa juta tahun yang lalu. Dari pintu masuk utama lagi, kita bakal melihat banyak batu-batuan yang terbentuk secara semula jadi dengan bentuk yang unik berdiri teguh kiri dan kanan korang. Jangan terkejut jika korang lihat batu besar berbentuk kepala dinasour. Nak tahu more pasal tempat ni, korang kenalah datang sendiri

Bayaran masuk ke Paku Rock Maze Garden adalah percuma buat ketika ini (sumbangan untuk menjaga kuil adalah dialu-alukan). 

Jadi! jika korang datang ke Bau, jangan lepaskan peluang korang untuk datang ke tiga (3) tarikan pelancong yang saya cadangkan dalam artikel ni

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Program Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia - Sarawak 2022 yang telah berlangsung 9 hingga 13 November 2022. Acara itu telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/11/3-lokasi-menarik-di-bau-kuching-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proposed Sarawak Owned Boutique Airline Won T Be Profit Motivated Says Abg Jo

Proposed Sarawak Owned Boutique Airline Won T Be Profit Motivated Says Abg Jo

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 149 hits
Abang Johari speaking when officiating at the launching of the Malaysian Goods Carnival 2022 Borneo Edition at the Kuching Waterfront on Nov 12 2022 8211 Photo by Chimon Upon KUCHING The proposed Sarawak owned boutique airline would not be
Sagah Calls On Unity Govt To Consider Education Autonomy For Sarawak

Sagah Calls On Unity Govt To Consider Education Autonomy For Sarawak

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 167 hits
A screengrab shows Sagah delivering his winding up speech Screen grab from YouTube Ukas Channel KUCHING Minister for Education Innovation and Talent Development Datuk Roland Sagah Wee Inn has called on the unity federal government to give d...
Navy Wants More Helicopters To Bolster Sabah Sarawak Security

Navy Wants More Helicopters To Bolster Sabah Sarawak Security

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 137 hits
The navy is applying for the acquisition of the second series of maritime operational helicopters to strengthen the security patrols of the country s waters and airspace especially in Sabah and Sarawak Its chief Admiral Mohd Reza Mohd Sany ...
Anwar Looks Forward To Closer Federal Sarawak Ties

Anwar Looks Forward To Closer Federal Sarawak Ties

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 206 hits
Newly minted Prime Minister Anwar Ibrahim received a visit from a delegation led by Sarawak Premier Abang Johari Openg at his home this morning Following the visit Anwar said on Facebook that he looks forward to closer relations between the...
Myvi Who Gadis Balik Mengundi Di Sarawak Kagum Tengok Axia Selamba Tapau Laluan Off Road Bersama 4 4 Lain

Myvi Who Gadis Balik Mengundi Di Sarawak Kagum Tengok Axia Selamba Tapau Laluan Off Road Bersama 4 4 Lain

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 360 hits
Bagi laluan tanpa jalan raya atau 8216 off road 8217 sudah tentulah kenderaan 8216 4 215 4 8217 paling sesuai untuk dipandu dan ia sering berlaku di kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak Namun seorang gadis yang pulang ke Baram pada Sabtu...
Decreasing Trend In Number Of House Officers In Sarawak Dun Told

Decreasing Trend In Number Of House Officers In Sarawak Dun Told

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 174 hits
Tiang said based on the ministry 8217 s data 270 house officers reported for duty in Sarawak in 2020 and the number dropped to 222 in 2021 and to 158 this year Malay Mail photo KUCHING The number of medical graduates doing their housemanshi
Karim Sarawak Targets 3 Mln Visitors In 2023 Rm7 25 Bln Tourism Receipts

Karim Sarawak Targets 3 Mln Visitors In 2023 Rm7 25 Bln Tourism Receipts

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 136 hits
Tourists take a longboat ride along Lemanak River Engkilili 8212 Photo by Louis Jap KUCHING The Ministry of Tourism Creative Industry and Performing Arts aims to achieve three million visitor arrivals in 2023 which would generate RM7 25 b
Sarawak Remains Committed To Planting 35 Mln Trees By 2025 Says Awang Tengah

Sarawak Remains Committed To Planting 35 Mln Trees By 2025 Says Awang Tengah

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 128 hits
Sarawak remains committed to planting 35 million trees by 2025 Photo from PxHere KUCHING Sarawak remains committed to planting 35 million trees to complement the country 8217 s Greening Malaysia Programme targeting to plant 100 million tree...
S Wak Govt To Support Devt Promotion Of Badminton In Sarawak Says Dr Sim

S Wak Govt To Support Devt Promotion Of Badminton In Sarawak Says Dr Sim

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 146 hits
Tan receives a memento from Ong at the Kuching Badminton Association fundraising dinner at Borneo Convention Centre Kuching last night KUCHING The Sarawak government will support the development and promotion of badminton in Sarawak
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation