3 Lagi Meninggal Dunia 165 Pulih 184 Kes Baru



Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 184 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 165 kes pulih.

Ini bermakna jumlah kes baru melebihi jumlah kes pulih, selepas keadaan sebaliknya untuk tiga hari sebelum ini.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kepada 73.

Setakat ini, katanya, jumlah keseluruhan kes adalah 4,530, dengan 1,995 kes telah pulih sepenuhnya.

Daripada jumlah itu, 72 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, lebih tiga kes berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, 38 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang dua berbanding semalam.
Berikut adalah tiga pesakit yang meninggal dunia:

Pesakit 3,091 (kematian ke-71)

Lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Beliau mempunyai kontak rapat kes positif Covid-19 dari kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu pesakit 452).

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari, hari ini.

Pesakit 537 (kematian ke-72)

Lelaki warga Malaysia berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 15 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi, hari ini.

Pesakit 2,399 (kematian ke-73)

Lelaki warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan setakat ini, 224 kes Covid-19 melibatkan kakitangan KKM.
Daripada jumlah itu, katanya, 150 kes berpunca daripada kontak rapat dengan komuniti (termasuk dengan rakan sekerja yang disebabkan jangkitan di komuniti), 41 kes mempunyai kaitan dengan pesakit dan tiga lagi daripada aktiviti saringan dan aktiviti lapangan yang lain.

Sebanyak 33 kes lagi masih dalam siasatan, katanya.

"Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 atau ICU khusus untuk pesakit Covid-19 di fasiliti KKM," katanya lagi.

Trajektori KKM tunjuk PKP berhasil
Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,462 kes.

"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Mengikut trajektori unjuran KKM, pada 14 April iaitu apabila tamatnya fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP), unjuran
kes-kes positif dengan kebolehjangkitan adalah dijangka lebih kurang 2,033 kes.

"Ini tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan fasa kedua menurunkan kebolehjangkitan Covid-19 dalam komuniti," katanya sambil mengulang kembali pesanan agar orang ramai terus mematuhi perintah itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/3-lagi-meninggal-dunia-165-pulih-184.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 Kematian Terbaru 168 Pulih Dan 134 Kes Jangkitan Baru

1 Kematian Terbaru 168 Pulih Dan 134 Kes Jangkitan Baru

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 245 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 1 kematian akibat jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 3 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 77 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memak...
201 Individu Pulih Covid 19 Berbanding 69 Kes Baru

201 Individu Pulih Covid 19 Berbanding 69 Kes Baru

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 356 hits
April 17 2020 5 34 PMPUTRAJAYA Sebanyak 201 kes jangkitan Covid 19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2 967 yang sehingga kini mencecah 3 000 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2 ...
Baru Sahaja Bergelar Bapa Penyanyi Indonesia Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Baru Sahaja Bergelar Bapa Penyanyi Indonesia Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 387 hits
Pemergian penyanyi lagu Januari iaitu Glenn Fredly pada usia 44 tahun sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuk isteri tercinta Penyanyi Indonesia itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 April 2020 kira kira 6 00 petang akibat radang ...
54 Kes Baru Positif Covid 19 135 Pulih

54 Kes Baru Positif Covid 19 135 Pulih

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 284 hits
April 18 2020 5 06 PMPUTRAJAYA Dua kematian jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 2 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 88 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdulla...
1 Lagi Korban 131 Kes Baru 236 Pulih

1 Lagi Korban 131 Kes Baru 236 Pulih

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 344 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan jumlah kes pulih dari jangkitan Covid 19 harian tertinggi iaitu sebanyak 236 kes Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dan sudah discaj dari hospital ialah...
Covid 19 Di Malaysia 54 Kes Baru 58 5 Pulih 2 Lagi Korban

Covid 19 Di Malaysia 54 Kes Baru 58 5 Pulih 2 Lagi Korban

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 309 hits
Malaysiakini Malaysia mencatat jumlah pertambahan kes Covid 19 harian kurang daripada 100 buat kali ketiga minggu ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata setakat tengah hari tadi terdapat ...
Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 330 hits
Hari ini kita mendengar khadar duka dari Jakarta apabila salah seorang penyanyi popular negara jiran ini Glenn Fredly meninggal dunia pada hari ini Glenn Fredly Deviano Latuihamallo atau lebih dikenali sebagai Glenn Fredly meninggal dunia p...
Eur Usd 3 April 1 Juta Kes Virus Covid 2019 Di Dunia Euro Sedang Bersedia Untuk Kejatuhan Baru Pedagang Sedang Menunggu

Eur Usd 3 April 1 Juta Kes Virus Covid 2019 Di Dunia Euro Sedang Bersedia Untuk Kejatuhan Baru Pedagang Sedang Menunggu

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 370 hits
EUR USD 1H Hello pedagang Menurut carta sejam semuanya berjalan mengikut pelan Barisan aliran menurun yang baru dengan jelas menunjukkan mood yang lemah kebanyakan pedagang Oleh itu ia mungkin dapat menjual pasangan sehingga harga ditutup d...
Terkini 3 Lagi Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Jumlah Meningkat Ke 53 Kes Kematian

Terkini 3 Lagi Pesakit Covid 19 Meninggal Dunia Jumlah Meningkat Ke 53 Kes Kematian

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 458 hits
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes kematian kini meningkat kepada 53 orang Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kematian pada hari ini 3 Apri...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini