201 Individu Pulih Covid 19 Berbanding 69 Kes Baru


Faiz Zainudin
-April 17, 2020 5:34 PM


PUTRAJAYA: Sebanyak 201 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2,967 yang sehingga kini mencecah 3,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 2 lagi korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 1 semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 86 orang.

Beliau juga berkata sebanyak 69 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 110 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 5,251 orang sehingga kini.

Jumlah jangkitan baru sebanyak 69 hari ini antara yang terendah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 51 orang.

“Daripada jumlah itu 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 2,198 yang masih dirawat.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 56.5% secara keseluruhan individu yang pulih iaitu 3 kali ganda daripada jumlah kes baru yang dilaporkan.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-85 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster PUI Bali.

Kematian ke-86 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok, juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 sebelum ini.
601 kes bukan warganegara
Noor Hisham memaklumkan daripada jumlah keseluruhan positif di Malaysia, 601 daripadanya bukan warganegara Malaysia.

“KKM mengesan 601 kes positif Covid-19 iaitu 356 kes sedang dirawat, 242 kes telah pulih dan 3 kes kematian di kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Mereka adalah termasuk kumpulan pelancong, pekerja asing, golongan pelarian dan pemohon suaka,” katanya.

Noor Hisham berkata, kes peningkatan mendadak di Singapura disebabkan warga asing perlu dijadikan iktibar memandangkan 50% daripadanya akibat pihak luar.

“Peningkatan kes di Singapura yang dikaitkan dengan penularan Covid-19 di asrama pekerja. Ini dilaporkan menyumbang kepada lebih 50% keseluruhan kes positif di negara tersebut.

“Mengambil iktibar daripada situasi ini dan memandangkan Malaysia juga mempunyai ramai pekerja asing, langkah-langkah perlu diambil bagi mencegah penularan Covid-19 khususnya di kalangan warga asing,” katanya.

Katanya, bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja, termasuk daripada kalangan warga kerja asing, majikan bertanggungjawab memastikan langkah pencegahan dilaksanakan di tempat kerja.

“Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki premis, penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer, kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama.

“Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan seperti. Elakkan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit, elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa, amalkan jarak 1 meter semasa bercakap,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/201-individu-pulih-covid-19-berbanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Satu Lagi Korban 88 Kes Baru 64 4 Peratus Pulih

Covid 19 Satu Lagi Korban 88 Kes Baru 64 4 Peratus Pulih

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 282 hits
Malaysia hari ini mencatatkan satu kematian baru akibat Covid 19 dan 88 kes baru Ini menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat wabak itu ialah 96 dengan 5 691 kes jangkitan direkodkan Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan D...
54 Kes Baru Positif Covid 19 135 Pulih

54 Kes Baru Positif Covid 19 135 Pulih

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 233 hits
April 18 2020 5 06 PMPUTRAJAYA Dua kematian jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 2 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 88 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdulla...
Terkini 54 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam

Terkini 54 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 288 hits
Putrajaya 18 April Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 54 kes baru dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID 19 di Malaysia sebanyak 5 305 kes Angka ini adalah lebih rendah berbanding semalam yang mencatat...
Covid 19 Di Malaysia 54 Kes Baru 58 5 Pulih 2 Lagi Korban

Covid 19 Di Malaysia 54 Kes Baru 58 5 Pulih 2 Lagi Korban

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 263 hits
Malaysiakini Malaysia mencatat jumlah pertambahan kes Covid 19 harian kurang daripada 100 buat kali ketiga minggu ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata setakat tengah hari tadi terdapat ...
Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

Covid 19 5 Kematian 170 Kes Baru

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 252 hits
Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 170 kes jangkitan baru dil...
88 Kes Baru Covid 19 1 Kematian

88 Kes Baru Covid 19 1 Kematian

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 258 hits
PUTRAJAYA Bilangan kes baru jangkitan Covid 19 terus menunjukkan angka 2 digit masuk hari ke 10 Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3 dengan 88 kes setakat 12 tengah hari tadi Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak...
Covid 19 Majoriti Kes Baru Libat Penghuni Asrama Pekerja Singapura Lepasi 11 000

Covid 19 Majoriti Kes Baru Libat Penghuni Asrama Pekerja Singapura Lepasi 11 000

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 207 hits
SINGAPURA 23 April Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan 1 037 lagi kes jangkitan COVID 19 di republik itu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 11 178 Dalam satu kenyataan hari ini MOH menyatakan majoriti besar kes terbabit me...
Kkm Jangka Kes Baru Covid 19 Capai 1 Angka Minggu Depan

Kkm Jangka Kes Baru Covid 19 Capai 1 Angka Minggu Depan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 333 hits
Kementerian Kesihatan menjangka negara boleh mencapai 1 angka bagi kes baru jangkitan Covid 19 dalam tempoh 1 minggu Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata rakyat Malaysia perlu meneruskan kebiasaan baru seper...
Terkini 84 Kes Baru Covid 19 Keseluruhan 5 389 Kes Positif Dicatatkan

Terkini 84 Kes Baru Covid 19 Keseluruhan 5 389 Kes Positif Dicatatkan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 237 hits
Putrajaya 19 April Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 84 kes baru COVID 19 di Malaysia Sehingga 19 April 2020 jam 12 tengah hari terdapat 84 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah ke spositif 5 389 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan D...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu