3 Kematian Berterusan Termasuk Selebriti Akibat Acute Sepsis Netizen Korea Syaki Sebenarnya Kerana Covid 19
Virus COVID-19 boleh dikatakan agak membimbangkan di Korea. Dengan kes yang kian meningkat sepanjang hari, semua rakyatnya diminta untuk mengamalkan langkah pencegahan yang telah diuar-uarkan oleh pihak bertanggungjawab. Pun begitu, ketika semua sibuk dengan isu virus ini, tidak sangka beberapa orang termasuk dua selebriti telah pun meninggal dunia pada usia yang sangat muda.
Khabar sedih ini bermula apabila pelakon yang popular menerusi drama seperti “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo”, “Cheese In The Trap”, “Iljimae” dan banyak lagi iaitu Moon Jiyoon telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana acute sepsis (racun dalam saluran darah) di mana kebanyakan organ dalamannya telah rosak kerana demam yang berlanjutan. Rata-rata rakan selebriti turut meluahkan rasa sedih atas pemergiannya ketika usia yang muda iaitu 36 tahun.
Kelmarin pula telah dilaporkan kematian seorang selebriti yang popular menerusi rancangan “Ulzzang Generation” dan “Flower Boy Coperation” iaitu Lee Chihoon. Lelaki berusia 32 tahun ini turut meninggal disebabkan oleh komplikasi yang sama iaitu acute sepsis. Sebelum meninggal, lelaki itu telah pun mengadu mempunyai sakit lymphadenitis (radang dan pembesaran kelenjar limfa). Meskipun mendiang telah melalui pemeriksaan untuk COVID-19 tetapi keputusannya adalah negatif.
Selain itu, seorang pelajar sekolah yang baru berusia 17 tahun juga telah meninggal dunia kerana acute sepsis beberapa hari lepas. Hal tersebut menimbulkan keraguan ramai netizen kerana ada kemungkinan mangsa meninggal kerana COVID-19. Pun begitu, pihak hospital menjelaskan bahawa selepas melakukan pemeriksaan beberapa kali, keputusannya adalah negatif.
Kesemua netizen berasa pelik kerana tiga orang mangsa yang masih muda dan kuat telah meninggal dunia kerana satu sebab yang sama iaitu acute sepsis dalam jarak masa yang berdekatan. Disebabkan oleh simptom acute sepsis dan COVID-19 adalah lebih kurang sama, jadi ramai yang mengesyaki kit untuk memeriksa virus itu adalah kurang tepat. Ini kerana terdapat juga beberapa kes di mana pesakit terpaksa diperiksa beberapa kali sebelum mendapat keputusan positif.
Kalau bukan COVID-19, jadi kenapa anak muda boleh meninggal secara berturut-turut kerana sepsis.
Saya rasa ini adalah COVID-19… kalau tidak kenapa banyak berita kematian?
Saya rasa mesti ada isu dengan kit pemeriksaan. Sama ada ia tidak tepat ataupun perkara lain. Nampak seperti kes COVID-19… Saya teringat ada negara yang mempersoalkan kesahihan kit buatan kita kerana proses pemeriksaan yang dilakukan dengan pantas.
Kita asyik dengar berita kematian kerana sepsis.
Acute sepsis. Saya takut!
Pelajar sekolah dari Daegu, Moon Jiyoon dan sekarang Lee Chihoon… Semua anak muda ini meninggal kerana sepsis, apa yang dah terjadi? Adakah ia virus yang berbeza daripada COVID-19.. atau yang muda mempunyai sistem imunisasi yang lebih lemah.. Saya berasa risau.
Tiba-tiba tiga orang meninggal kerana sepsis. Apa yang jadi ini?
Berita itu walaubagaimanapun disanggah oleh pihak bertanggungjawab dan menyatakan bahawa kesemua pesakit telah terbukti negatif COVID-19.
Sumber: TV Report, SPOTVNEWS, Economy Talk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/3-kematian-berterusan-termasuk-selebriti-akibat-acute-sepsis-netizen-korea-syaki-sebenarnya-kerana-covid-19/