3 Cara Mudah Tingkatkan Jumlah Follower Instagram Yang Anda Patut Cuba
3 CARA MUDAH TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER INSTAGRAM YANG ANDA PATUT CUBA | Hari ini, Instagram telah menjadi salah satu alat terpenting dalam pemasaran, rangkaian, dan penjualan media sosial untuk pelbagai jenama dan juga individu. Seiring berjalannya waktu, ia telah memperoleh posisi yang luar biasa dalam industri pemasaran digital. Disebab kan itu berjuta-juta pengguna mula berlumba-lumba untuk meningkatkan jumlah follower di instagram masing-masing.
Instagram, dengan lebih daripada 200 juta ahli aktif dan dikira sebagai platform untuk berjuta-juta pengguna yang sentiasa berkongsi dan menyiarkan lebih dari 60 juta gambar / video / cerita setiap hari.
Dari segi kadar penglibatan, platform media sosial lain merangkumi kurang dari 0.1%, sedangkan, Instagram nampaknya mencapai tahap tinggi dengan iklan berjenama
Sama ada anda jenama besar atau anda hanyalah eye candy di Instagram sebagai individu tertentu, anda harus berusaha yang terbaik. Anda boleh menjadi unicorn di dunia media sosial dengan kehadiran anda yang berterusan di Instagram, mengatasi setiap syarikat atau individu lain.
Cara tingkatkan jumlah pengikut di InstagramNamun bagi sesetengah orang bukan semua perkara menjadi untuknya, Anda sudah membuat fresh content setiap hari, menggunakan gambar baru dan kreatif, hashtag yang betul, malah membuat siaran live, tetapi anda masih melihat pengikut anda tetap sama. Anda juga tidak ingat kali terakhir pengikut anda naik.
Anda boleh mencapainya dengan menggunakan beberapa strategi yang dicuba dan diuji. Buat senarai semak untuk menerapkan idea ini di profil Instagram anda, dan lihat bagaimana anda meningkatkan pengikut dan view anda di Instagram.
Direct Message Engagement Group
Buat Direct Mesage Engagement Group yang terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Had kan ahli supaya tidak terlalu ramai. Contohnya 10-20 orang.
Pastikan anda tahu mereka ini mempunyai minat yang serupa dengan apa tujuan group message tersebut diwujudkan
Ini adalah kaedah yang berkesan untuk mewujudkan engagement. Contoh : posting anda berkaitan group Kpop kegemaran anda, atau pun teknik jahitan yang baru anda cuba. Dan boleh juga gambar-gambar tentang masakan dan resepi.
Ini akan membuatkah ahli di dalam group message tersebut akan saling membantu berkembang dengan like, view dan komen pada posting masing-masing.
Semakin banyak penyertaan dalam akaun, semakin berkesan. Untuk meningkatkan pengikut secara organik, anda memerlukan sekurang-kurangnya 50-100 kumpulan direct message tersebut
Siarkan Content Viral Dan Trending
Lihat apa yang sedang menjadi trending pada explorer tab di profile Insta anda. Anda akan melihat sejumlah gambar dan video viral dengan ribuan likes dan komen di atasnya. Anda boleh menemui video daily hacks, tutorial solekan, workout, dan banyak lagi pada video IGTV, yang sekarangsangat popular
Sebilangan besar kandungan ini adalah kandungan viral, dan ini adalah cara unik untuk anda mendapatkan lebih ramai pengikut. Semakin banyak kandungan viral yang anda siarkan, semakin banyak peluang anda untuk menjadi popular dan mendapat ribuan likes di Instagram.
Gunakan Hashtag Dengan Bijak
Untuk setiap posting yang anda buat, pastikan untuk menggunakan hashtag yang sesuai, kerana ia akan membantu orang mencari posting anda dengan mudah. Jadilah kreatif dengan hashtag-hashtag yang menarik namun anda harus berhati-hati dalam memilih hashtag yang betul.
Menggunakan Hashtag yang tidak dikenali oleh pengguna lain membuatkan hastag anda adalah sesuatu yang sia-sia.
Anda juga boleh membuat hashtag yang lebih spesifik seperti menggunakan kata kunci yang panjang untuk membantu mencari orang-orang tertentu. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan hashtag yang sedang trend seperti #photooftheday #aboutlastnight, #instagood atau tag biasa seperti #peace atau #fun maka peluang anda untuk diperhatikan oleh orang ramai, akan meningkat.
Amalkan tips tambah follower dengan konsisten.Setiap usaha tidak membuahkan hasil dengan sekelip mata. Ianya memerlukan usaha yang berterusan dan jika anda mengamalkan tips-tips diatas dengan konsisten, anda pasti akan dapat meningkatkan jumlah follower di instagram anda.
Instagram adalah gabungan gambar kreatif dan kandungan deskriptif, jadi pastikan untuk membuat profil dan content yang menarik untuk pengikut anda. Buat kelainan dalam setiap posting dan anda perlu lebih kreatif.
Anda juga boleh mendapatkan ebook naik kan follower untuk menaik kan sales dan meningkatkan engagement.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/08/3-cara-mudah-tingkatkan-jumlah-follower.html