3 Bulan Untuk Sekolah Baiki Tandas Kpm Salur Rm70 000



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah demi keselesaan pelajar.

Menteri, Fadhlina Sidek, berkata ketika ini pihaknya dalam proses mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.

"Kita akan berikan peruntukan penyelenggaraan kepada semua sekolah di bawah KPM akan menerima kira-kira RM70,000 untuk penyelenggaraan.

"Kami hanya beri tiga bulan sahaja untuk semua sekolah melaksanakan program ini dan mahu melihat hasil dan impak kepada (kerja) menaik taraf tandas sekolah," katanya selepas menyempurnakan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2002 di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara hari ini.

Pada majlis itu, bagi Anugerah Pendidikan Digital, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dinobatkan sebagai JPN Terbaik manakala Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Terbaik adalah PPD Bintulu, Sarawak.

Tiga sekolah dinobatkan sebagai Sekolah Menengah Terbaik dalam Kategori Khas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian, Kelantan; SMK Bintulu dan SMK Agama (Perempuan) Alawiyah, Perlis manakala Sekolah Rendah Terbaik bagi Kategori Khas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Wan Kemara, Kedah.

Terdahulu Fadhlina berkata, DUTA adalah usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru, sekolah, PPD dan JPN di atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.

Justeru katanya, pembangunan bakat dan modal insan dalam ekonomi digital memerlukan persiapan generasi murid yang fasih dalam bidang itu yang pada masa sama berupaya menghadapi apa juga cabaran.

"Oleh yang demikian, budaya inovasi dalam kalangan murid perlu dipupuk supaya mereka bersedia untuk mendepani perubahan sejajar dengan perkembangan teknologi global dan usaha memperkasakan teras ketujuh KPM," katanya.

Mengulas mengenai Dasar Pendidikan Digital, beliau berkata dasar itu juga sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dilaksanakan segera.

Katanya, terdapat beberapa teras penting dalam dasar itu yang berkaitan dengan digital dan apa paling penting adalah meningkatkan infrastrukturnya terlebih dahulu.

"Maka tumpuan kita sekarang adalah memperbaiki infrastruktur dan ekosistem digital seluruh sekolah dan oleh sebab itu juga kita akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) untuk memastikan ia lebih kukuh.

"KPM juga telah menjalankan beberapa program khusus untuk mengangkat dan memperkemaskan sistem digital di sekolah dan kita berharap ia adalah usaha berterusan utk memastikan tidak ada sekolah yang terpinggir daripada digital.

"Program ini juga sudah bermula dan sebanyak 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada program Point of Presence (PoP) oleh KKOM," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/3-bulan-untuk-sekolah-baiki-tandas-kpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejamnya Ini Sekolah Di Kelantan Yang Tak Bayar Gaji Cikgu Pada Bulan Disember Ramai Tak Tahu

Kejamnya Ini Sekolah Di Kelantan Yang Tak Bayar Gaji Cikgu Pada Bulan Disember Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 189 hits
Kejamnya Ini sekolah di Kelantan yang tak bayar gaji cikgu pada bulan Disember ramai tak tahu Maka bersiap sedia lah PAS Kelantan menjalankan program Brainwash cikgu cikgi ustaz Ustazah YIK supaya terus hidup Dalam keyakinan jika tak sokong...
Kpm Lulus Rm50 000 Peruntukan Penyelenggaraan Kepada 74 Sjkc Sbk

Kpm Lulus Rm50 000 Peruntukan Penyelenggaraan Kepada 74 Sjkc Sbk

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 212 hits
NIBONG TEBAL Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 000 untuk tujuan penyelenggaraan kepada 74 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berstatus sekolah bantuan kerajaan di Pulau Pinang bagi tahun ini Timbalan Menterinya Lim Hui Y...
Pm Spot Check Sekolah Mahu Pastikan Tandas Rosak Dibaiki

Pm Spot Check Sekolah Mahu Pastikan Tandas Rosak Dibaiki

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan hasratnya bagi memastikan semua tandas di sekolah mesti berada dalam keadaan baik untuk keselesaan pelajar bukan sekadar retorik Dalam kesibukan tugas menghadiri dan merasmikan Program Se...
Kpm Siasat Dakwaan Murid Digigit Guru Di Pantai Timur

Kpm Siasat Dakwaan Murid Digigit Guru Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 131 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan seorang murid terganggu emosi hingga enggan ke sekolah kerana digigit guru di sebuah sekolah di Pantai Timur Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM tin...
Takwim Matrikulasi Kpm 2023 2024 Kalendar Akademik Cuti

Takwim Matrikulasi Kpm 2023 2024 Kalendar Akademik Cuti

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 289 hits
Takwim Matrikulasi bagi penggal 2023 2024 sudah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pengambilan pelajar baru tahun ini Tahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat Matri...
Cipta Impian Ke Sekolah Berasrama Penuh Bersama Fly High Education Centre

Cipta Impian Ke Sekolah Berasrama Penuh Bersama Fly High Education Centre

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 254 hits
Cipta Impian Ke Sekolah Berasrama Penuh Bersama Fly High Education CentreAssalamualaikum Hi korang apa khabar petang ini Semoga sihat sentiasa Petang ni KakYa nak kongsi lagi berkenaan sekolah berasrama penuh Bercerita tentang sekolah beras...
Buta Matematik Kpm Perlu Pertingkatkan Kompetensi Guru Pensyarah

Buta Matematik Kpm Perlu Pertingkatkan Kompetensi Guru Pensyarah

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 167 hits
Imej hiasanBaru baru ini negara dikejutkan dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2022 bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan yang mencatatkan kadar kegagalan paling tinggi Laporan menunjukkan satu daripada empat orang pe...
Hiburan Wanita Bangga Cerita Buang Ibu Kandung Di Tandas Melaka Central Tengah Malam Tanggang Moden Level Syaitan

Hiburan Wanita Bangga Cerita Buang Ibu Kandung Di Tandas Melaka Central Tengah Malam Tanggang Moden Level Syaitan

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 163 hits
Satu menjadi tular di media sosial dan mengundang kecaman warga maya apabila seorang wanita dilihat bangga menceritakan cara dia meninggalkan ibu kandungnya sendiri di suatu lokasi kerana enggan lagi menjaganya Wanita itu memaklumkan bahawa...
Abang Cekik Adik Kpm Serah Kepada Polis Siasat Jika Wujud Unsur Buli Fadhlina

Abang Cekik Adik Kpm Serah Kepada Polis Siasat Jika Wujud Unsur Buli Fadhlina

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 257 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia menyerahkan sepenuhnya siasatan insiden remaja mencekik adik sendiri sehingga mati di Melaka semalam kepada pihak berkuasa termasuk melihat kemungkinan wujud unsur buli disebalik kejadian itu Menter...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab