3 38 Juta Pilih Pn 3 39 Juta Undi Ph Bn



MESKIPUN Perikatan Nasional (PN) menyapu 146 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu, namun undi popular gabungan parti itu berada hampir sama dengan blok Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
Analisis Sinar Harian ke atas keputusan PRN yang berlangsung Sabtu lalu mendapati PN memperoleh sebanyak 49.3 peratus atau 3,382,455 undi popular, manakala gabungan PH-BN meraih 49.5 peratus atau 3,399,472 undi popular.
Melalui keputusan PRN itu, PN berjaya meraih sebanyak 146 kawasan DUN daripada keseluruhan 245 kerusi dipertandingkan, selain PH (80 kerusi) dan BN (19 kerusi).
PH-BN yang buat pertama kalinya bekerjasama memasuki gelanggang pilihan raya berjaya mengekalkan kuasa di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Malah, gabungan yang baru lapan bulan dibentuk itu menang di Negeri Sembilan apabila memperoleh 31 daripada keseluruhan 36 kerusi.
Pulau Pinang juga menyaksikan kemenangan PH-BN dengan memperoleh 29 daripada 40 kerusi yang ditandingi, manakala di Selangor, PH-BN menguasai kerajaan negeri dengan kemenangan di 34 daripada 56 kerusi.
Dalam pada itu, PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan juga kekal sebagai kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Malah, Terengganu buat pertama kalinya menyaksikan kesemua 32 kerusi dimenangi PN yang bertanding menggunakan logo Pas, sekali gus tiada pembangkang di DUN berkenaan.
PN juga menang besar di Kelantan apabila memperoleh 43 daripada 45 kerusi dan di Kedah, gabungan itu memenangi 33 daripada 36 kerusi.
Dari segi peratus kemenangan mengikut parti, DAP terus mendapat sokongan tinggi rakyat apabila 46 daripada 47 calon parti itu memenangi kerusi DUN yang ditandingi.
DAP hanya kalah di DUN Derga, Kedah apabila calonnya, Tan Kok Yew tewas kepada calon PN, Muhammad Amri Wahab.
Sementara itu, Pas menang 105 kerusi, kalah 22 kerusi; Bersatu menang 40, kalah 41; PKR menang 26, kalah 33; Amanah menang lapan, kalah 23; UMNO menang 19, kalah 89; Gerakan menang satu daripada 36 kerusi ditandingi manakala Muda kalah kesemua 19 kerusi.
PKR pula membuktikan parti berkenaan terus menjadi pilihan pengundi di kawasan campuran dan urban apabila memenangi kerusi seperti Bukit Antarabangsa dan Kajang, Selangor dengan majoriti selesa.
Sejumlah 9.67 juta pemilih layak mengundi pada PRN ini dengan Kelantan merekodkan 60.96 peratus keluar mengundi; Terengganu (74.79 peratus); Kedah (73.86 peratus); Pulau Pinang (72.67 peratus); Selangor (72 peratus); dan Negeri Sembilan (68.35 peratus).
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub menyifatkan tsunami orang Melayu tidak dapat dibendung lagi apabila gelombang PN terus mempamerkan prestasi cemerlang pada PRN ini.
Menurut beliau, walaupun PN yang diterajui Pas dan Bersatu gagal menawan Selangor, gelombang itu berjaya menafikan kemenangan dua pertiga PH-BN di negeri itu, selain memperoleh 11 kerusi di Pulau Pinang.
“Banyak kerusi Melayu tumbang dan dimenangi PN. Ini memperlihatkan ia bukan lagi tsunami hijau atau alternatif.
“Bagi saya, apa yang berlaku adalah mesej untuk UMNO menilai segera perubahan yang perlu dilakukan parti itu. Dengan berbaki 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi, saya lihat itu petanda yang tidak baik atau negatif untuk masa depan UMNO yang berpaut pada PH.
“Di Terengganu, figura seperti Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman juga tidak mampu mengekang gelombang PN, manakala PH hanya mampu menang dua kerusi di Kelantan dan tiga kerusi bukan Melayu di Kedah.
“Ini menunjukkan kekuatan UMNO secara tradisinya, telah dapat diatasi oleh seteru mereka iaitu Pas dan Bersatu,” katanya pada Ahad.
Beliau menambah, DAP sebaliknya mempunyai kekuatan tersendiri kerana walaupun ramai ahlinya belum dapat menerima kerjasama dengan UMNO, tetapi mereka tetap keluar mengundi untuk memenangkan calon parti mereka - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/338-juta-pilih-pn-339-juta-undi-ph-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 143 hits
bharian com myOleh Ogos 12 2023Menteri Besar Kelantan yang juga calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N03 Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Kelantan di Sekolah Menen...
Pn Kecewa Peratusan Keluar Undi Rendah

Pn Kecewa Peratusan Keluar Undi Rendah

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 210 hits
Nora MahparSHAH ALAM Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu meluahkan kekecewaan atas peratusan keluar mengundi yang rendah namun optimis Perikatan Nasional mampu mencipta kejutan pada PRN enam negeri Kita mencatatkan beberapa keputus...
Prn Peratusan Keluar Undi Paling Rendah Di K Tan Setakat 4 Petang

Prn Peratusan Keluar Undi Paling Rendah Di K Tan Setakat 4 Petang

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 182 hits
MalaysiakiniSebanyak 70 peratus pemilih berdaftar di Terengganu telah melaksanakan tanggungjawab mengundi setakat 4 petang tadi menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Peratusan keluar mengundi di Kedah Pulau Pinang Selangor Negeri Sembilan Kelant...
Keluar Undi Nasihat Dr M

Keluar Undi Nasihat Dr M

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengundi di DUN Anak Bukit menyifatkan jumlah keluar mengundi di kawasan itu masih rendah Beliau bersama isteri Siti Hasmah Mohamad Ali selesai mengundi di DUN Anak Bukit pada 9 2...
Undi Tentera Polis Lebih Cenderung Pada Pn Penganalisis

Undi Tentera Polis Lebih Cenderung Pada Pn Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Penganalisa politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat golongan tentera dan polis lebih cenderung untuk mengundi Perikatan Nasional pada sesi pengundian awal yang dijalankan pada 8 Ogos lalu Berdasarkan tinjauan di platform ...
Balik Undi Pn

Balik Undi Pn

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 96 hits
Kat TikTok PN buat operasi psywar kononnya lah ramai balik dari luar negara untuk mengundi PN Sblm ini saya dah kata Walaun kitar semula video lama je Ni contoh Balik dari Madrid Sepanyol konon Tapi dalam video tiket penerbangan 9 Januari H...
Kalau Rasa Malu Baik Undi Ph

Kalau Rasa Malu Baik Undi Ph

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 174 hits
Aku tak kenal siapa dia ni Tapi aku dapat daripada messenger Dia kata dia pengundi atas pagar yang akan undi PN Kalau dah tahu nak undi PN bukan pengundi atas pagar la tu Tapi apa pun yang nak ditekankan dia sendiri rasa malu dengan Syahir ...
Ragu Kiraan Undi Jentera Ph Sungai Kandis Lapor Polis

Ragu Kiraan Undi Jentera Ph Sungai Kandis Lapor Polis

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 172 hits
MalaysiakiniJentera pilihan raya PH bagi DUN N49 Sungai Kandis membuat laporan polis selepas mendakwa berlaku kiraan undi meragukan pada Pilihan Raya Negeri Selangor Sabtu lalu Laporan itu dibuat Shaari Abdul Malik iaitu wakil calon PH di k...
Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

20 Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah

Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Setan Menyukai Musik

Six Mps Who Back Pm Anwar No Longer Bersatu Members Says Party Deputy President

Kucaimars Aku Fobia Chord

Vaksin Si Bulus Seawal Usia Dua Bulan

Biodata Alif Syukri Usahawan Berjaya Dan Terkenal Di Malaysia



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Singgah Mandi Manda Di Burmese Pool Taiping

Make Your Austin Home Stand Out With Contemporary Casement Windows

Oku Dipukul Polis Siasat Dakwaan 3 Laporan Disediakan Anggota Sendiri Peguam

Pru16 Orang Melayu Tak Mahu Islam Mereka Nak Duit

Selamat Datang Bulan Jun

Trump Akan Fail Rayuan Gelar Hakim Seperti Syaitan