281 Projek Perumahan Swasta Disahkan Terbengkalai Sejak 2009 Kpkt


KUALA LUMPUR, 29 Julai  — Sejumlah 281 projek perumahan swasta meliputi 73,959 unit rumah melibatkan 48,810 orang pembeli disahkan sebagai terbengkalai di Semenanjung Malaysia sejak  2009 hingga 30 Jun tahun ini.
Bagi mengatasi masalah itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan  kajian awal bagi kebolehlaksanaan pemulihan atau menyelesaikan projek perumahan swasta yang terbengkalai serta melaksanakan kaedah pemulihan.
“Pemulihan menggunakan dana kerajaan bagi projek yang memenuhi kriteria yang diluluskan Kementerian Kewangan. Pelantikan kontraktor penyelamat secara tender terbuka manakala pembayaran dibuat secara pukal setelah projek siap dipulihkan dengan CFO (Sijil Kelayakan Menduduki) atau CCC (Perakuan Siap dan Pematuhan).
Bagi pemulihan tanpa dana kerajaan iaitu pemulihan berdasarkan kelulusan atau perintah mahkamah sehingga siap dengan CFO atau CCC atau penyelesaian melalui kaedah pemulangan deposit atau wang atau penyelesaian melalui kaedah penukaran cadangan pemajuan,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis  di Dewan Rakyat, hari ini.
Jawapan itu bagi menjawab soalan Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mengenai jumlah terkini projek perumahan terbengkalai dan langkah penyelesaian masalah itu.
Bagi membantu meringankan beban pembeli yang terjejas, KPKT mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan swasta terbengkalai kepada pembiaya akhir  yang memberi kemudahan pinjaman termasuk permohonan pengurangan kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan serta pembatalan pinjaman sedia ada bagi pinjaman kerajaan.
Menjawab soalan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) mengenai status kerosakan struktur rumah yang dihadapi pemilik Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau, Presint 11, Putrajaya, KPKT memaklumkan kerosakan yang dialami adalah melibatkan aspek kemasan dan bukan kerosakan struktur.
Sehingga Julai 2020, daripada jumlah keseluruhan 650 unit yang habis dijual, sebanyak 602 pemilik unit menyerahkan notis kerosakan dengan 488 telah selesai diambil tindakan, 82 dalam tindakan dan 35 belum  dimulakan.
Kategori aduan kerosakan di dalam unit yang dilaporkan adalah melibatkan kemasan pemasangan jubin, kemasan permukaan dinding (lepaan/cat), kemasan pemasangan tingkap atau pintu dan kerja-kerja mekanikal atau elektrikal (M&E).
“Kerja-kerja pembaikan ini dipantau Perbadanan Putrajaya (PPj) dan kementerian ini bertindak sebagai pemudah cara bagi penduduk, pemaju dan PPj agar semua aduan kerosakan dapat diperbaiki dengan segera dan teratur,” kata KPKT.
Sumber: BERNAMA
The post 281 Projek Perumahan Swasta Disahkan Terbengkalai Sejak 2009 – KPKT appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/29/281-projek-perumahan-swasta-disahkan-terbengkalai-sejak-2009-kpkt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
85 Peratus Projek Perumahan Kembali Beroperasi Rehda

85 Peratus Projek Perumahan Kembali Beroperasi Rehda

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM 22 JULAI Sebanyak 85 peratus projek perumahan seluruh negara kembali beroperasi selepas tergendala sejak Mac lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan berkata terdapat pemaju melakuk...
Mesir Catat 321 Jangkitan Baharu Terendah Sejak 3 Mei

Mesir Catat 321 Jangkitan Baharu Terendah Sejak 3 Mei

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 194 hits
CAIRO 11 Zulhijjah 1441H Sabtu Sebanyak 321 jangkitan baharu COVID 19 dilaporkan Mesir pada Jumaat sekali gus menjadikannya angka terendah sejak 3 Mei lalu Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan berkata 94 078 kes pandemik telah d...
Hiburan Rumah Tangga Yang Dibina 12 Tahun Musnah Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

Hiburan Rumah Tangga Yang Dibina 12 Tahun Musnah Kuza Dedah Sudah Bercerai Dengan Ahli Perniagaan Sejak Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 348 hits
Mendedahkan bahawa dirinya kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun yang lalu pelakon Kuza mengaku telah berpisah dengan suaminya Ramyus Sidique pada tahun lepas Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak seta...
Erick Thohir Mengaku Tugasnya Mulai Banyak Sejak Jadi Ketua Penanganan Covid 19

Erick Thohir Mengaku Tugasnya Mulai Banyak Sejak Jadi Ketua Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 227 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mengaku mulai dihantui tugas yang semakin menumpuk sejak dirinya ditetapkan oleh Presiden Joko Widodo sebagai Ketua Satgas Penanganan Covid 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional pada 20 Juli 2020 la...
Ternyata Kurban Sudah Ada Sejak Nabi Adam Sewaktu Ingin Menikahkan Qobil Dan Habil

Ternyata Kurban Sudah Ada Sejak Nabi Adam Sewaktu Ingin Menikahkan Qobil Dan Habil

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 300 hits
HARI raya Idul Adha erat kaitannya dengan pelaksanaan ibadah kurban dan ibadah haji Dalam rangkaian ibadah tersebut erat kaitannya dengan Nabi Ibrahim AS Hanya saja sesungguhnya pensyari atan ibadah kurban adalah suatu sunah yang telah amat...
Sejak Bila Ketuanan Melayu Sama Seperti Zionisme Nazi Hitler

Sejak Bila Ketuanan Melayu Sama Seperti Zionisme Nazi Hitler

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 662 hits
Khalid rasa Ketuanan Melayu perlu dihapus kerana dianggap sesat BANGI Orang Melayu sudah membuktikan mereka sebuah bangsa yang sangat bertoleransi walaupun sudah sekian lama hidup dengan Ketuanan Melayu Demikian bidas Presiden gerakan Islam...
Kenapa Tiada Kawalan Sejak Awal

Kenapa Tiada Kawalan Sejak Awal

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 112 hits
Nordin AhmadBerbulan bulan rakyat terpaksa akur arahan PKP ikut SOP bersabar dalam kesusahan tiba tiba natang ni balik dari India dengan berbekalkan Covid bebas keluar tanpa dipantau ketat oleh pihak berkuasa Maka ujud satu kluster baru dar...
Mak Cik Cancer Survivor Gigih Jual Nasi Lemak Rm 1 Akui Hidup Sesak Sejak Pkp

Mak Cik Cancer Survivor Gigih Jual Nasi Lemak Rm 1 Akui Hidup Sesak Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 358 hits
Wabak Covid 19 yang melanda negara kita ternyata memberi impak kepada kehidupan ramai Ada di antara kita yang terjejas dari segi pendapatan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selain sebilangannya terus kehilangan sumber pendapa...
Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 331 hits
Kementerian Kewangan berkata pelantikan ahli politik itu dibuat ke atas 17 buah syarikat berkaitan kerajaan KUALA LUMPUR Ahli politik dilantik untuk 17 buah syarikat milik Kementerian Kewangan berdasarkan kemampuan dan kepakaran mereka Dewa...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Orient Raikan 75 Tahun Dengan Model Mako Terhad Warna Baru Untuk Mako 40

Individu Malaysia Laporkan Palsu Kena Rompak Untuk Elak Denda Hilang Ic Lagi

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Ini Sebenarnya Serangan Di Kashmir Berlaku