27 Tanda Tanda Anda Sudah Menjadi Hamba Dunia
1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba
2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk
3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah
4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram
5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya
7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil
9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah
10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain
11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki
12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan
13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah
15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia
16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat
18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah
19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu
20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi
21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda
23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya
24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya
25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan
26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia
27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah
Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh
Amiin.
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2023/11/27-tanda-tanda-anda-sudah-menjadi-hamba.html