24 Lelaki Didakwa Sertai Jenayah Terancang Diarah Kemuka Laporan Perubatan




 SUNGAI PETANI: Mahkamah Seksyen di sini hari ini memerintahkan 24 tertuduh yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang pada Oktober lepas mengemukakan laporan perubatan bagi mengesahkan tahap kesihatan masing-masing.

 
Hakim Azman Abu Hassan mengarahkan laporan itu dikemukakan sebelum atau pada 20 Dis dan dikeluarkan oleh doktor kerajaan dengan pemeriksaan kesihatan menyeluruh terhadap kesemua tertuduh yang berumur antara 20 hingga 58 tahun itu.

 
Beliau memutuskan demikian selepas peguam Rafael Abdullah, yang mewakili salah seorang tertuduh memohon kebenaran mahkamah untuk membawa seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta ke mahkamah bagi memeriksa anak guamnya yang didakwa mempunyai masalah kesihatan termasuk jantung.

 
Menurut Rafael, pada awalnya beliau ingin membawa doktor berkenaan ke penjara namun tidak dibenarkan susulan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19, menyebabkan beliau memohon kebenaran untuk membawa pakar ke mahkamah.

 
Permohonan Rafael itu turut dipersetujui empat peguam mewakili tertuduh lain, yang mahukan anak guam mereka turut menjalani pemeriksaan kesihatan.

 
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad tidak membantah permohonan itu.

 
Sehubungan itu, hakim memutuskan agar kesemua tertuduh perlu mengemukakan laporan perubatan mereka bagi membolehkan mahkamah meneliti tahap kesihatan masing-masing melalui laporan perubatan penuh sebelum sebutan semula kes pada 31 Dis ini.

 
Pada prosiding hari ini, hanya 23 tertuduh hadir manakala seorang lagi tidak dapat hadir kerana berada di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, Perak yang kini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 
Sebaik tamat prosiding, mahkamah membenarkan 23 tertuduh berjumpa seorang ahli keluarga masing-masing selama tiga minit, dengan kawalan ketat polis berikutan kesemua mereka sudah 42 hari dilarang berbuat demikian atas faktor mematuhi SOP COVID-19.

 
Pada 22 Okt lepas, kesemua lelaki berkenaan didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Sungai Petani antara 1 Jan 2019 hingga 26 Sept lepas.

 
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

 
Untuk rekod, pada 21 Okt lepas, polis percaya satu sindiket memproses dadah dan jenayah kekerasan di sekitar Sungai Petani berjaya ditumpaskan susulan penahanan kesemua lelaki itu termasuk ketua kumpulan mereka yang dikenali sebagai ‘Rusa Boy’.

 
-- BERNAMA

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/24-lelaki-didakwa-sertai-jenayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangkapan Sprm Naik 23 2 Tahun Lalu Menurut Laporan Jenayah

Tangkapan Sprm Naik 23 2 Tahun Lalu Menurut Laporan Jenayah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 318 hits
Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2020 menunjukkan lelaki paling ramai ditahan atas kesalahan rasuah iaitu sebanyak 82 9 pada 2019 PETALING JAYA Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan jumlah...
Bersatu Timbang Pecat Adun Didakwa Sokong Usul Umno Perak Laporan

Bersatu Timbang Pecat Adun Didakwa Sokong Usul Umno Perak Laporan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 466 hits
CYBERJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan memecat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu yang didakwa menyokong usul percaya yang dikemukakan UMNO Perak minggu lalu Biro Politik Bersatu pada ...
Tak Dapat Cash Out Rm3 100 Suri Rumah Buat Laporan Polis Terhadap Skim Pelaburan Like And Share

Tak Dapat Cash Out Rm3 100 Suri Rumah Buat Laporan Polis Terhadap Skim Pelaburan Like And Share

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 428 hits
Lagi mangsa tampil membuat laporan polis skim pelaburan yang disertainya Like and Share setelah mengalami kerugian ribuan ringgit bila mana wang itu tidak dapat dipindahkan ke akaun banknya Lapor Sinar Harian mangsa berusia 28 tahun yang me...
Polis Terima 8 Laporan Salah Laku Seks Pendakwah Selebriti

Polis Terima 8 Laporan Salah Laku Seks Pendakwah Selebriti

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 430 hits
Polis terima 8 laporan salah laku seks pendakwah selebriti Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Dec 2020 3 46PM
Abang Janji Lepas Rakam Abang Delete Kesal Ditipu Boyafren Gadis Hamil Buat Laporan Polis

Abang Janji Lepas Rakam Abang Delete Kesal Ditipu Boyafren Gadis Hamil Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 660 hits
Seorang wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kerani membuat laporan polis kerana kesal ditipu oleh teman lelaki yang enggan bertanggungjawab di atas kehamilannya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Fa...
Kenyataan Menteri Kewangan Terhadap Laporan Idr Fitch Membimbangkan Kata Anwar

Kenyataan Menteri Kewangan Terhadap Laporan Idr Fitch Membimbangkan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 357 hits
Kenyataan menteri kewangan terhadap laporan IDR Fitch membimbangkan kata Anwar Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan p
Dua Laporan Kes Seksual Pendakwah Muda Ditahan Polis Pj Pula

Dua Laporan Kes Seksual Pendakwah Muda Ditahan Polis Pj Pula

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 573 hits
Nampaknya tahanan reman membabitkan pendakwah muda berhubung dakwaan kes salah laku seksual belum berakhir apabila polis daerah Petaling Jaya pula menahan selebriti itu hari ini Difahamkan ia susulan dua laporan diterima polis daripada mang...
Hiburan Terima Lima Lagi Laporan Polis Dedah Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

Hiburan Terima Lima Lagi Laporan Polis Dedah Ayat Manis Jadi Umpan Pendakwah Muda

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 496 hits
Dipercayai menggunakan kata kata manis bagi menjerat semua mangsanya pendakwah selebriti yang kini dalam tahanan reman khabarnya telah didakwa kira kira lima lagi laporan berkenaan jenayah seksual Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Aza...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini