22 Bulan Ph Berbanding 100 Hari Pn


HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bantahan pembentukan kerajaan baharu oleh Perikatan Nasional hanya berlaku sekali oleh ‘Mak Cik Super Ring’ berbanding hampir 22 bulan di bawah Pakatan Harapan menyaksikan negara seolah-olah hilang kedaulatan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, beliau menyangka bantahan di Dataran Merdeka tersebut akan menjadi gelombang, tetapi riak kecil atau menyusulnya siri BERSIH pun berlaku atau melibatkan ribuan orang.
Kata beliau, tiadanya himpunan bantahan di seluruh negara menunjukkan rakyat begitu tidak selesa terhadap Kerajaan PH, sebaliknya bersyukur dengan pertukaran kepada Kerajaan PN setelah segala yang berlaku dalam negara.
“Kita menyaksikan 22 bulan yang penuh dengan ketidaktentuan, 22 bulan seolah-olah hilang kedaulatan undang-undang. Bayangkan selepas Kabinet ditubuhkan, berlaku kejutan apabila seorang Menteri mengeluarkan pekeliling dalam bahasa Mandarin.
“Tidak pernah berlaku dan ianya jelas bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan. Kita melihat insiden demi insiden, bagaimana kita melihat tidak pernah berlaku dalam sejarah, ahli parti politik menahan kereta peronda polis untuk disiasat.

“Kita melihat penghinaan terhadap Islam berlaku begitu berleluasa dalam media sosial. Yang di-Pertuan Agong dan institusi istana dihina secara terbuka dalam media sosial seolah-olah negara ini tiada undang-undang yang dipertahankan,” kesalinya.

Selama 22 bulan juga kemukanya, tekanan berlaku secara begitu sistematik terhadap teras perlembagaan, antara yang besar ialah cubaan kerajaan untuk mengiktiraf ICERD di mana dibuat secara terancang oleh golongan anti Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan perkara itu nyatanya, menyebabkan rakyat bangkit di Dataran Merdeka menerusi himpunan 812 yang bersejarah mengumpulkan jutaan umat Islam-Melayu dari seluruh negara kerana mempertahankan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga kupasnya, usaha ratifikasi Rom Statut adalah cubaan untuk menghapuskan hukuman bunuh, selain kaitan dengan teras perlembagaan di mana memberikan hak-hak tertentu kepada golongan Bumiputera majoriti yang membentuk negara ini.
Beliau juga membidas sikap kerajaan yang membiarkan penghinaan ke atas agama Islam, azan, tulisan Jawi, khutbah Jumaat dan lainnya secara terbuka hingga menyebabkan rakyat merasa begitu tertekan dan dikhianati lalu bangkit menyatakan bantahan.
“Rakyat menukar sebuah kerajaan yang rakus, biadab, mengancam Perlembagaan Negara, kepada sebuah kerajaan yang diurus dengan begitu baik, yang mana menjadikan agenda kebajikan rakyat sebagai keutamaan mereka.
“Kerajaan yang ada hari ini begitu fokus terhadap tujuan sebuah kerajaan yang ditubuhkan, iaitu untuk menguruskan sebuah negara dengan baik untuk membawa kemakmuran kepada negara,” ujarnya membayangkan kelegaan rakyat.
Kamaruzaman turut mengimbas kepincangan pentadbiran PH apabila membuat lantikan politik untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berperanan menentukan integriti termasuk ke atas kerajaan.
Begitu juga bidasnya apabila Peguam Negara dilantik dalam kalangan individu yang tidak memiliki pengetahuan undang-undang Islam di mana sepatutnya memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap urusan berkaitan.

“Bagaimana kita lihat kes demi kes. Kes Adib ditutup dengan begitu sahaja, kes bekas Menteri Kewangan, SPRM pun terkejut kes digugurkan. Bagaimana ini berlaku menunjukkan bahawa kepincangan yang begitu dahsyat yang berlaku dalam pentadbiran negara.

“Alhamdulillah, Kerajaan Perikatan Nasional hari ini melihat menyaksikan bahawa insiden-insiden yang begitu memalukan sebuah kerajaan ini telah diatasi dengan baik walaupun hanya baru 22, baru hanya 100 hari Kerajaan Perikatan Nasional.

“Kita pun melihat kajian yang dibuat oleh Research House di media sosial dan sebagainya yang menyaksikan kepuasan rakyat terhadap kepimpinan negara begitu baik. Rakyat begitu bersetuju dengan tindakan kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.
“Rakyat begitu berpuas hati dengan tindakan kerajaan memberi bantuan demi bantuan untuk membantu rakyat menghadapi kemelesetan akibat daripada wabak COVID ini.

“Jadi ini menunjukkan bahawa hari ini insya-Allah 22 bulan Kerajaan Pakatan Harapan berbanding dengan 100 hari Kerajaan Perikatan Nasional, rakyat telah pun memberikan jawapannya insya-Allah,” ujarnya optimis. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/22-bulan-ph-berbanding-100-hari-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Hari Berikutnya Perjuangan Demi Jiwa Raga Malaysia

100 Hari Berikutnya Perjuangan Demi Jiwa Raga Malaysia

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 308 hits
Pada 15 Jun 20209 Jun lalu genap 100 hari Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri 100 hari lagi sehingga Hari Malaysia bakal menyaksikan satu tempoh yang amat sukar untuk negara kita tercinta Perjuangan demi menye...
Belajarlah Daripada 100 Hari Atap Ditebuk

Belajarlah Daripada 100 Hari Atap Ditebuk

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 200 hits
Hakikatnya tidak ada parti di negara ini boleh berdiri sendiri Dalam hal sedemikian kata Chin Tong untuk mewujudkan kerajaan gabungan yang kekal kukuh adalah penting untuk Tun Dr Mahathir dan Anwar merangka sebuah format di mana semua pihak...
100 Hari Din Pm Dapat Pujian Ramai Kecuali Umno Why

100 Hari Din Pm Dapat Pujian Ramai Kecuali Umno Why

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 550 hits
Din macam Bangla tak faham Bahasa Melayu Sempena 100 hari Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada 9 Jun lalu ternampak begitu banyak puji pujian dan sanjungan yang sengaja direka dikalungkan terhadapnya Terutama media arus perdana pen...
Hari Jumaat Terakhir Bulan Ramadhan 2020 Ramai Bersedekah

Hari Jumaat Terakhir Bulan Ramadhan 2020 Ramai Bersedekah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 489 hits
Alahai rupanya post ni tersadai di draf dah beberapa minggu takpelah mari mama flashback kejadian Hari Jumaat Terakhir Bulan Ramadhan 2020 Ramai Bersedekah dan kebetulan kami kawan kawan seopis suka suka nak kutip duit nak belanja kawan kaw...
Anak Bekas Menteri Pertahanan Dipenjara 8 Bulan Mulai Hari Ini Akibat Dadah

Anak Bekas Menteri Pertahanan Dipenjara 8 Bulan Mulai Hari Ini Akibat Dadah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 365 hits
Sebentar tadi pihak Mahkamah Majistret telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan terhadap anak seorang bekas Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Mohamad Sabu yang merupakan pengerusi parti AMANAH Anaknya yan...
Tiada Zon Merah Covid 19 Hari Ini Berbanding 1 Semalam Kkm

Tiada Zon Merah Covid 19 Hari Ini Berbanding 1 Semalam Kkm

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 319 hits
Putrajaya 29 Jun Tiada zon merah COVID 19 direkodkan hari ini berbanding satu zon semalam Dalam kemaskini di laman Twitter Kementerian Kesihatan menyatakan satu satunya zon merah dicatatkan semalam iaitu daerah Rembau Negeri Sembilan kini b...
Dari 790 Kes Memuncak 2 596 Kes Dr Noor Hisham Imbas 100 Hari Pkp

Dari 790 Kes Memuncak 2 596 Kes Dr Noor Hisham Imbas 100 Hari Pkp

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 330 hits
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengimbas semula perjuangan negara menentang Covid 19 yang genap 100 hari selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Dari 790 kes dan dua kematian sem...
100 Hari Pn Dr Zul Jpm Kongsi Pengalaman

100 Hari Pn Dr Zul Jpm Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Perdana Menteri mampu berbangga dengan pencapaiannya selama 100 hari hasil usaha yang telah dilaksanakannya walaupun dengan bilangan tenaga kerja yang kecil Menterinya Dato Dr Zulkifli al Bakri berkata antara usaha terb...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri