2020 Teruskan Mencapai Impian
Assalamualaikum w.b.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Tuhan yang telah menganugerahkan pelbagai nikmatNya yang tidak terhitung setiap masa. Bersyukurlah padaNya tidak sekadar melalui ungkapan bahkan dengan perbuatan ibadah dan kerja kebajikan.
2019 bakal melabuhkan tirai. 2020 pula bakal menjelma.
Setiap kali penghujung tahun, orang yang mengambil berat akan perkembangan diri dan keluarga akan melakukan post mortem atau muhasabah diri. Kemudian membina rancangan-rancangan baru untuk mencapai sasaran yang dikehendaki. Memperbaiki kesalahan dan kekurangan untuk hadapai tahun berikutnya. Walaupun impiannya masih jauh tetapi sudah merintis jalan-jalan ke arah impian itu. Beberapa kali kegagalan bukan beerti perlu berhenti di pertengahan jalan. Teruskan walau bertatih.
Membina impian dan matlamat bukan sahaja dicorak dan dicongak di dalam minda bahkan perlu dilakar dan ditulis. Sebaiknya ditulis atas kertas yang agak besar seperti kad manila dan ditampal pada dinding, tempat yang mudah dilihat setiap hari. Semakin lekat diminda maka makin bersemangat berusaha dan terarah.
Lebih berkesan lagi jika gambar-gambar berkaitan dan bersesuaian ditampal pada kad manila tersebut. Bahkan pernah saya mendengar satu ceramah menyatakan bahawa kesan bina impian lebih kuat apabila diceritakan kepada orang tersayang -suami, isteri, ibu, bapa, kawan karib. Dan alangkah sangat beruntung jika mereka bersama-sama membina impian kita.
Apabila impian telah dilakar maka sebaiknya diletakkan sasaran/target jangka masa pendek dan jangka masa panjang supaya kita mudah monitor usaha yang dilakukan. Mingguan, bulanan dan tahunan.
Insya-Allah, bukan sahaja perancangan, usaha bersungguh tetapi doa dan tawakkal turut beriringan.
Mudahan 2020 menjadi tahun bertuah anda dan saya dengan tercapai segala impian dan sasaran. aamiin
The post 2020 : TERUSKAN MENCAPAI IMPIAN appeared first on AsriZolkafli.com | Emas & Kewangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asrizolkafli.com/2020-teruskan-mencapai-impian/