2018bestnine Untuk Instagram Noormaizan
Wahhh nampaknya rakan-rakan Instagram aku suka tengok orang kahwin je kan. Hahaha. Semua yang mendominasi #2018bestnine dalam instagram sepanjang tahun ni berkaitan dengan majlis perkahwinan aku
Kalau orang like tu, maksudnya orang suka lah kan. Kalau orang suka tu, mesti orang doakan yang baik-baik kan? Alhamdulillah. Terima kasih doanya kalian
Gambar 1 Sesi menyarungkan cincin dari sang suami yang baru beberapa minit jadi suami. Hahaha. Awkward juga masa ni sebab segan orang ramai tengok.
Gambar 2Berjalan si raja dan ratu sehari atas red carpet diiringi dayang-dayang comot ku. Masa ni macam mimpi tau, rasa macam jalan atas angin je terawang-awang antara percaya dengan tak dah dapat kahwin dengan lelaki idaman hati, acewahhh
Gambar 3
Manja sikit la nak turun kereta pun kena ada orang sambut kekeke.
Gambar 4 Posing dalam hotel honeymoon dengan hadiah kahwin pemberian kawan suami & tunang beliau. Terima kasih. (Depa pun dah selamat kahwin alhamdulillah, barakallah)
Gambar 5 Gambar di balcony hotel honeymoon di Melaka. Sambil berjanji setia akan hidup dalam penuh kasih sayang sampai habis nyawa dibadan.
Gambar 6 Gambar ni masih ada 'halal-gap' sebab diambil oleh adik ipar aku beberapa saat sebelum diijabqabulkan. Sempat lagi bergambar saat-saat terakhir sebagai tunangan. Hihihi
Gambar 7 Jangan makan aiii please...errr. Perlu ke explain gambar ni?? KAHKAHKAH
Gambar 8 Gambar countdown tarikh nikah ni. Hihihi. Aku download apps 'Time Until' untuk countdown hari nikah. Hehehe
Gambar 9Berdansa ria dengan separuh jiwaku. Gambar diambil di Masjid Bukhari Alor Setar semasa sesi outdoor shooting majlis sambut menantu. Hehehe.
Tamatlahhhh semua throwback bab perkahwinan ku. Hehehe. Terima kasih pada semua yang mendoakan kebahagiaan kami. Semoga doa yang baik-baik melantun pada kalian juga.
Pada yang belum follow Instagram aku, jemputlah follow @noormaizan (<--click) nanti aku akan follow back kalian
Dan yang nak buat #2018bestnine versi instagram korang boleh terus ke website INI dan cuba sendiri
Tata
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2018/12/2018bestnine-untuk-instagram-noormaizan.html