200 000 Vaksinasi Sehari Disasar Akhir Bulan Depan Ahmad Amzad


Oleh UtusanTV Sukarelawan membantu salah seorang warga emas untuk mendapatkan suntikan Vaksin di dalam bas yang dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin pada Program Vaksinasi Covid19 @ Wilayah Prihatin di Flat PKNS Sg Baru, Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid MEMANDANGKAN jumlah vaksin disuntik sekarang telah mencapai 150,000 dos sehari, kerajaan akan memastikan sasaran 200,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari dapat dicapai pada akhir Julai depan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, keadaan itu sekali gus memendekkan tempoh menunggu dalam kalangan pemohon yang sudah lama berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata, fokus kerajaan ketika ini ialah meningkatkan jumlah kuantiti suntikan harian melalui pelbagai strategi termasuk mewujudkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menambah tenaga kerja terutama vaksinator.
“Sasaran pada Jun telah dapat dicapai iaitu 150,000 suntikan sehari dan fokus seterusnya ialah 200,000 suntikan sehari pada Julai…ada cadangan untuk PPV beroperasi selama 24 jam sehari namun ini perlu diperhalusi kerana petugas juga perlu berehat.

“Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan pada Februari, seramai 4.3 juta penduduk telah divaksin dan jumlah itu masih jauh daripada sasaran 80 peratus imuniti kelompok (26.5 juta penduduk) di Malaysia dan pelbagai usaha sedang kami jalankan untuk meningkatkan jumlah suntikan harian seperti yang disasarkan,” katanya memetik laporan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin di PPV Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dan Naib Canselor UniSZA Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
UniSZA adalah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama di Terengganu yang dijadikan PPV melalui kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata langkah menjadikan sebanyak 19 IPTA di seluruh negara sebagai PPV dengan sasaran 430,000 suntikan sebulan juga akan membantu kerajaan memendekkan tempoh menunggu pemohon sedia ada sekali gus mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok pada akhir tahun ini.
Dalam pada itu, beliau turut memuji kecekapan anggota kesihatan di Terengganu yang berjaya menjalankan program pemvaksinan dengan sangat cemerlang iaitu 92.8 peratus kadar penggunaan vaksin yang dibekalkan.
“Kadar penggunaan vaksin ini adalah yang tertinggi dalam negara iaitu daripada jumlah keseluruhan 183,700 dos dibekalkan kepada Terengganu, sebanyak 92.8 peratus telah digunakan dan kini ia berbaki 13,239 dos sahaja,” katanya.
Sementara itu, Hassan Basri berkata seramai 39,000 penduduk sekitar Kuala Nerus akan menerima vaksin dalam tempoh sebulan melalui PPV universiti itu dengan sasaran minima 1,000 suntikan sehari.
“Pemberian vaksin kepada orang ramai secara pandu lalu turut dirancang bagi kes tertentu seperti Orang Kurang Upaya dengan sasaran 300 orang setiap sesi.
“Bagi menyokong usaha ini, seramai 350 kakitangan UniSZA digerakkan terdiri daripada petugas barisan hadapan dan sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar serta alumni yang telah berdaftar,” katanya yang bercadang turut mengadakan program outreach untuk memberi suntikan kepada penduduk kampung di kawasan pedalaman di Terengganu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/200000-vaksinasi-sehari-disasar-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksinasi Harian Catat Rekod Tertinggi Hampir 200 000 Suntikan

Vaksinasi Harian Catat Rekod Tertinggi Hampir 200 000 Suntikan

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 317 hits
Seramai 142 890 individu menerima dos pertama manakala 55 073 individu menerima dos kedua Kadar vaksinasi Malaysia semakin meningkat susulan peningkatan bekalan vaksin yang tiba dalam negara Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan mencatat re...
Zionis Tangkap 4 650 Warga Palestin Sejak Akhir Bulan Lalu

Zionis Tangkap 4 650 Warga Palestin Sejak Akhir Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 249 hits
BAITULMAQDIS 22 Syawal 1442H Khamis Tanpa alasan munasabah rejim penjajah Israel menangkap dan memenjarakan kira kira 4 650 warga Palestin pada akhir Mei lalu Dalam satu kenyataan Persatuan Tahanan Palestin berkata 39 wanita dan 180 kan
Emas Dijangka Mencapai As 2 000 Setiap Auns Menjelang Akhir Tahun Ini

Emas Dijangka Mencapai As 2 000 Setiap Auns Menjelang Akhir Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 311 hits
Emas menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan meningkat hampir 8 pada bulan sebelumnya yang merupakan kenaikan bulanan terbesar sejak Julai 2020 Sentimen pasaran tetap cukup optimis dengan ramai penganalisis mempertimbangkan sasara...
Usia Kandungan 3 Bulan Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat

Usia Kandungan 3 Bulan Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 232 hits
Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad berkongsikan berita sedih apabila isterinya Zira Ayub keguguran anak keempat mereka pada Khamis lalu Baru sahaja mengetahui isterinya hamil tiga bulan sekitar dua minggu lalu bagaimanapun Nabil dan isteriny...
Calon Spm Dan Stpm 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan

Calon Spm Dan Stpm 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 401 hits
Calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media diadakan Mel...
Kes Covid 19 Di Kelantan Boleh Cecah 1 000 Sehari Mulai Jun Kata Exco

Kes Covid 19 Di Kelantan Boleh Cecah 1 000 Sehari Mulai Jun Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 271 hits
May 31 2021 KOTA BHARU Kes positif Covid 19 di Kelantan dijangka boleh mencecah 1 000 kes sehari mulai bulan depan berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang EXCO Kerajaan Tempatan...
India Catat Angka Kematian Covid Tertinggi Di Dunia Lebih Dari 6 000 Dalam Sehari

India Catat Angka Kematian Covid Tertinggi Di Dunia Lebih Dari 6 000 Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 303 hits
Pada Kamis India melaporkan angka kematian tertinggi karena Covid 19 di dunia yaitu 6 148 dalam sehari Angka ini meningkat setelah negara bagian di India timur merevisi datanya terkait jumlah warga yang meninggal karena penyakit ini di ruma...
Jual Karipap Rm6 000 Sehari 9 Wanita Asing Ditahan

Jual Karipap Rm6 000 Sehari 9 Wanita Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 269 hits
Jual Karipap RM6 000 sehari 9 wanita asing ditahan Polis disyaki menjalankan aktiviti pelacuran dengan meraih pendapatan lumayan sehingga RM6 000 sehari dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini semalam Ketua Polis ...
12 000 Pemohonan Rentas Daerah Negeri Dilulus Sehari Sebelum Sekatan Penuh

12 000 Pemohonan Rentas Daerah Negeri Dilulus Sehari Sebelum Sekatan Penuh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 233 hits
AKes melibatkan kematian kecemasan pemohon bekerja sendiri KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia meluluskan 12 000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan 1 Jun lepas Menteri...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dongeng Terbalik Yang Membalikkan Cerita

Johan Acara Busana Puteri Semanis Lebaran Nnegeri Selangor 2025

Ringgit Extends Gains Amid Tariff Policy Uncertainty

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Menggubah Bunga Hiasan Meja