20 Tempat Menarik Di Perlis 2025 Destinasi Mesra Poket


20+ Tempat Menarik di Perlis 2025 – Destinasi Mesra Poket!
Kalau anda sedang mencari destinasi percutian yang mesra keluarga dan mesra poket, marilah bercuti di Perlis!
Walaupun negeri ini kecil, tapi jangan pandang rendah tau. Ada banyak tarikan menarik yang anda boleh terokai di negeri indera kayangan ini. 
Anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas, pantai-pantai yang belum diterokai ramai serta merasai kelazatan makanan tempatannya. 
Paling best, tak perlu pun bajet yang besar untuk rasai percutian yang menyeronokkan di Perlis. 
Berikut adalah senarai tempat menarik di Perlis 2025 yang mesti anda kunjungi dan pastinya akan membuatkan anda jatuh cinta!
BACA JUGA: Harga Tiket Feri Langkawi 2025 (Kuala Kedah, Kuala Perlis, Satun, Koh Lipe)
20+ Tempat Menarik di Perlis 1. Tasik Timah Tasoh Tasik Timah Tasoh adalah salah satu tempat menarik di Perlis yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar. 
Sumber: Malaysia Macam-macam aktiviti yang anda boleh buat di sini, antaranya ialah berkayak sambil menikmati keindahan tasik. Anda boleh sewa kayak yang disediakan di sini.
Selain itu, anda juga boleh rasai pengalaman menaiki bot untuk meronda-ronda kawasan tasik. Nak memancing dan berkhemah pun boleh!
2. Wang Kelian View Point Kalau anda suka ambil gambar, anda boleh singgah di Wang Kelian View Point. Pemandangan dari atas sini cantik sangat terutamanya pada waktu senja. 
Sumber: Tahun Melawat Perlis 2024 Yang menariknya lagi, tiada bayaran masuk dikenakan. Jadi, anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi tanpa perlu berbelanja sesen pun.
3. Gua Kelam Gua Kelam juga antara tempat menarik di Perlis yang patut anda masukkan dalam senarai percutian anda. 
Sumber: Malaysia Anda boleh menjelajah dalam gua dengan berjalan di laluan yang disediakan. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh melakukan menunggang ATV untuk menerokai sekitar kawasan Gua Kelam dengan cara yang berbeza. 
4. Taman Ular dan Reptilia Taman Ular dan Reptilia Perlis pun menarik juga untuk dilawati. Di sini ada lebih 150 ekor ular daripada 34 spesies berbeza. Selain ular, taman ini juga mempamerkan pelbagai reptilia lain seperti buaya, iguana, dan kura-kura.
Sumber: Facebook Taman Ular dan Reptilia Di Taman Ular dan Reptilia ini anda boleh melihat pertunjukan ular dan juga memegang ular tau. Bolehlah dijadikan sebagai kenang-kenangan. Bukan selalu dapat peluang macam ni. 
Harga tiket masuk untuk dewasa adalah RM10 dan RM5 untuk kanak-kanak. 
5. Rimba Herba Perlis Rimba Herba Perlis ni adalah salah satu destinasi eko-pelancongan yang menarik di negeri Perlis. 
Dengan koleksi lebih 1000 spesies tumbuhan ubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mengkudu, Rimba Herba Perlis memang berbaloi untuk dilawati terutamanya bagi mereka yang sukakan tumbuhan. 
Sumber: Google Review Rimba Herba Perlis Antara tarikan di sini ialah kolam buatan untuk mandi-manda dan aktiviti merendam kaki dalam air herba dan juga kelas memasak menggunakan herba tempatan. Bestkan?
6. Taman Agrovet, Padang Besar Seterusnya, anda juga boleh singgah di Taman Agrovet Padang Besar untuk melihat haiwan lain serta mencuba pelbagai aktiviti menarik. 
Di sini ada burung unta, kuda padi, rusa, kuda padi, burung unta, rusa, burung merak, angsa, kerbau, ayam turki, ayam mutiara dan sebagainya. 
Sumber: Google Review (Taman Agrovet) Yang bestnya lagi, pengunjung berpeluang untuk mendekati, memberi makan dan membelai haiwan dari jarak dekat. Seronok sangat!
Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti menunggang ATV dan memanah dengan bayaran yang berpatutan. Kemudahan di sini pun sangat lengkap dan mesra keluarga. 
Tiket masuk RM 2.00 sahaja. 
7. Taman Eko Rimba Bukit Ayer Taman Eko Rimba Bukit Ayer di Perlis juga boleh dikatakan antara destinasi yang best untuk dilawati di Perlis. 
Sumber: Tourism of Perlis Official Taman ini menawarkan pengalaman alam semula jadi yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung tak kira umur. Di sini ada air terjun dan juga kolam yang dikenali sebagai ‘Emerald Pool’. 
Dari segi aktiviti, Taman Eko Rimba Bukit Ayer menawarkan pelbagai pilihan aktiviti menarik. Contohnya seperti berkhemah, berkelah, berbasikal lasak, dan mandi manda. ATV pun ada.
8. Ladang Kenaf Ladang Kenaf di Perlis jugai salah satu tarikan pelancong di Perlis. Ladang seluas 182 hektar ini menawarkan pemandangan yang memukau terutamanya pada musim bunga sekitar November dan Disember. 
Sumber: Malaysia Waktu tu, ladang ini dipenuhi dengan bunga kenaf berwarna putih yang mekar. Macam pemandangan musim bunga di luar negara!
9. Arked Niaga Padang Besar Nak membeli-belah atau mencari barang dengan harga yang murah? Haa , anda boleh berkunjung ke Arked Niaga Padang Besar ini. 
Sumber: Google Review (Arked Niaga Padang Besar) Ia terletak di bahagian utara Perlis bersempadan dengan Thailand. Jadi, produk-produk Thailand memang banyak dijual di sini. 
Arked ini menempatkan ratusan lot kedai dan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti makanan, pakaian, perhiasan dan kelengkapan rumah. 
10. Ladang Anggur Ladang Anggur Perlis adalah salah satu  destinasi menarik di Perlis yang wajib dikunjungi jika anda bercuti di sini. 
Ada pelbagai jenis anggur tau dekat sini, antaranya Black Queen, Black Opal dan New White Malaga. Selain anggur, terdapat juga tanaman lain seperti pokok tin, delima dan gac. 
Sumber: Google Review (Ladang Anggur) Satu lagi, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman memetik anggur di sini. Bila lagi nak rasa pengalaman petik anggur kan?
Dengan tiket masuk serendah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, Ladang Anggur Perlis sangat sesuai untuk percutian mesra poket  anda. 
11. Kampung Wai, Kuala Perlis Kampung Wai ni salah satu tempat ‘healing’ terbaik di Perlis. Tempat ni cantik sangat dengan keindahan alamnya. Antara aktiviti best dekat sini ialah berkayak atau menaiki bot menerusi terowong di sepanjang terusan air.
@kampungwai.cafe “Jangan terburu buru, healing perlukan masa” ❤️‍🩹🕰️ 📍kampung Wai Cafe, Perlis #perlis #kampungwai #untukhealing #kampungwaicafe
♬ somebodys pleasure – kosong Dah penat beraktiviti, anda boleh singgah di kafe yang ada di sini dan habiskan masa lepak bersama rakan-rakan. 
12. Tasik Melati Tasik Melati adalah merupakan tasik buatan yang dijadikan sebagai kawasan rekreasi dengan landskap yang unik. Permukaan air tasik ini dihiasi bunga teratai yang mengapung. 
Sumber: Google Review (Tasik Melati) Di sini, anda tidak perlu menaiki bot untuk meneroka kawasan tasik sebab ada laluan pejalan kaki merentasi tasik dibina khusus untuk pengunjung. 
Masuk percuma saja.
13. Masjid Terapung Al Hussain Seterusnya, anda boleh singgah di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis untuk menunaikan solat sambil melihat keindahan masjid ini.  Masjid Al Hussain ni juga dikenali sebagai Masjid Terapung. 

Sumber: Malaysia Seni binanya menggabungkan bahan semula jadi seperti batu koral dan granit. Di bahagian dalamnya pula, seni ukiran Islam Uzbekistan menghiasi ruang solat. Cantik sangat!
14. Kampung Sahabat Kampung Sahabat di Perlis adalah destinasi yang ideal untuk anda yang ingin lari seketika dari hiruk-pikuk bandar. Di sini anda boleh menikmati suasana desa yang damai. Tenang sangat!!
@ilhammhdzir 📍Kampung Sahabat with “bunian”🌿🏞️ – #natureofsoul #exploreperlismy #perlis
♬ original sound – Am – Am Kampung Sahabat ini juga merupakan lokasi kegemaran ramai untuk sesi fotografi terutama bagi mereka yang mencari latar belakang alam. 
Kampung Sahabat ni pun antara port healing terbaik di Perlis. Dengan  hanya duduk bersantai sambil menikmati keindahan sawah padi dan kehijauan sekitarnya pun sudah cukup untuk merehatkan minda. 
15. Kebun Mangga Harum Manis Wan Pa, Bintong Perlis memang terkenal dengan mangga harum manisnya. Jadi, kalau anda penggemar buah ini jangan lupa singgah di Kebun Mangga Harumanis Wan Pa di Bintong, Perlis. Di sini anda boleh merasai mangga harum manis yang dipetik terus daripada pokoknya.
Sumber: Kebun Mangga Harumanis Wan Pa Selain itu, Kebun Mangga Harumanis Wan Pa turut menyediakan Homestay Wan Pa. Alang-alang nak singgah sini, bolehlah anda bermalam sehari dua. 
Ada banyak juga aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini termasuklah merasai makanan tempatan Perlis yang dijual di kedai makan yang ada di sini. 
Sumber: Kebun Mangga Harumanis Wan Pa
16. Muzium Kayang Muzium Kayang juga antara tempat menarik di Perlis yang boleh anda kunjungi seisi keluarga. Muzium ini dibina kat tapak istana lama keluarga diraja Kedah-Perlis.
Sumber: Muzium Kayang Di muzium ini, ada enam galeri yang penuh dengan harta karun sejarah Perlis. Ada 400 koleksi yang boleh buat anda teruja. 
Nak tengok senjata purba? Ada. Nak tahu pasal budaya Perlis? Lengkap. Nak selfie dengan replika bunga emas? Boleh jugak!
Yang best sekali, masuk free! 
17. SHAH Stable Felda Chuping SHAH Stable Felda Chuping menawarkan pengalaman menunggang kuda sambil menikmati pemandangan ladang hijau yang luas. 
Shah Stable menyediakan perkhidmatan menunggang kuda untuk semua peringkat umur dan tahap kemahiran. Jadi, kalau nak rasa pengalaman menunggang kuda, bolehlah singgah di sini. Pemandangan di sini pun sangat instagrammable. 
18. Warung Tepi Sawah Kalau nak rasa makanan tempatan Perlis sambil menikmati pemandangan sawah padi, anda boleh singgah di Warung Tepi Sawah ni. 
Sumber: Google Review (Warung Tepi Sawah) Menu di sini sangat pelbagai dan menyelerakan. Ada pulut ikan masin, pek nga (lempeng kelapa), roti lenggeng, nasi lemak pandan dan beberapa lagi. 
19. Ladang Nipah Kipli Satu lagi tempat makan yang anda wajib singgah di Perlis ialah restoran yang ada di dalam kawasan Ladang Nipah Kipli. 
Sumber: Google Review (Ladang Nipah Kipli) Salah satu menu yang menjadi tarikan utama di sini adalah air nira nipah segar yang diperah terus dari pokok nipah. Rasanya sangat menyegarkan dan manis!
Selain itu, pengunjung boleh mencuba hidangan tempatan seperti Laksa Kuala Perlis, mee udang dan juga ketam sawah. 
Di kawasan ladang ini pun ada tapak perkhemahan lengkap dengan kemudahan asas untuk aktiviti keluarga. 
20. Taman Buah-Buahan Eksotik Satu lagi tempat menarik di Perlis yang memberi peluang untuk anda merasai buah-buahan yang segar adalah di Taman Buah-Buahan Eksotik. 
Sumber: Google Review (Taman Buah-Buahan Eksotik) Taman ni sebenarnya adalah ladang buah-buahan yang memfokuskan kepada penanaman buah-buahan eksotik. Contohnya, anggur, gac, delima, buah markisa, buah naga, buah tin, zaitun, belimbing hutan, kundang, asam gelugur, dan banyak lagi. 
21. Persisiran Pantai Kuala Perlis Pastikan juga anda singgah di Persisiran Pantai Kuala Perlis untuk menikmati keindahan pantai, matahari terbit dan juga makanan laut yang dijual di sekitarnya. 
Sumber: Persisiran Pantai Kuala Perlis Keistimewaan lain persisiran pantai ini adalah peluang untuk melihat ikan lumba-lumba dari spesies Indo-Pacific bottlenose dan Irrawaddy dolphin yang sering muncul di perairan berhampiran. 
22. Persiaran Makanan Bintong Sumber: Persiaran Makanan Bintong Nak lagi tempat makan-makan yang menarik? Haa, anda kena singgah di Persiaran Makanan Bintong. 
Di sini ada pelbagai pilihan makanan termasuk masakan Thailand, masakan kampung dan sebagainya. Suasananya pun sangat meriah dengan almpu warna-warni yang dipasang di sepanjang jalan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-perlis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-perlis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tempat Menarik Dunia Yang Jarang Diketahui

15 Tempat Menarik Dunia Yang Jarang Diketahui

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 135 hits
Dalam Malaysia pun tak habis jelajah inikan pulak kisah dunia Namun uols patut ambil tahu tempat menarik di serata dunia mungkin satu hari nanti ada rezeki ke sana Betul tak Info ni dapat dari web Mat Salleh Ema copy paste aje untuk rujukan...
5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Bercuti Di Port Dickson

5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Bercuti Di Port Dickson

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 72 hits
Pantai depan mata tapi tak boleh pergi Selalu termengeluh dalam hati setiap kali keluar beli barang dapur dan terpandang pantai yang sunyi di depan rumah Siapa yang mampu jemu nak tengok pantai kan Duduk lah lama mana pun di sini tetap teru...
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Destinasi Menarik Untuk Pencinta Hidupan Marin

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Destinasi Menarik Untuk Pencinta Hidupan Marin

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 121 hits
Terletak di pesisir indah Teluk Kemang Port Dickson Pusat Ikan Hiasan menawarkan pengalaman unik bagi para pelancong yang ingin menerokai keindahan dunia marin Malaysia Dengan pelbagai spesies ikan hiasan terumbu karang yang menakjubkan dan...
Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025

Koleksi Ucapan Selamat Berpuasa Menarik 2025

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 184 hits
Salam semua setiap kali bulan ramadan tiba bulan yang ditunggu tunggu oleh umat islam untuk menyambut bulan ramadan yang suci dan penuh berkah ini Ucapan selamat berpuasa memang tidak asing dah setiap kali ramadan tiba Kadang kadang buntu j...
Terminal Bersepadu Gombak Beroperasi Mulai 16 Feb 2025

Terminal Bersepadu Gombak Beroperasi Mulai 16 Feb 2025

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 223 hits
Terminal Bersepadu Gombak Beroperasi Mulai 16 Feb 2025 Terminal Bersepadu Gombak akan mula beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025 TBG akan menjadi hab pengangkutan utama untuk perjalanan ke Pantai Timur serta laluan Utara Selatan Ter...
Bufet Ramadan 2025 Nostalgia Ramadan Di Komune Living Bangsar South

Bufet Ramadan 2025 Nostalgia Ramadan Di Komune Living Bangsar South

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 184 hits
Bufet Ramadan 2025 Nostalgia Ramadan Di Komune Living Bangsar South Assalamualaikum semua Seperti yang kita tahu kebanyakan harga untuk Bufet Ramadan agak mahal kan Tapi sebenarnya masih ada tempat untuk berbuka puasa yang menawarkan pelbag...
Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 180 hits
Jawatan KPM Februari 2025 Info Jawatan KPM Februari 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang pekerjaan bagi individu yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam melalui program Malaysia Short Term Employment Programme...
Penajaan Program Stem Camp Mosti 2025 Kitaran 1

Penajaan Program Stem Camp Mosti 2025 Kitaran 1

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 157 hits
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menawarkan penajaan bagi pelaksanaan Program STEM CAMP MOSTI 2025 kepada pihak yang layak serta menjalankan aktiviti yang berkaitan STEM di Malaysia Permohonan tajaan bagi Pemohon yang berminat perlu ...
Urusan Pinjaman Dah Berubah Tapi Ganas Tetap Sama Harian Metro 02 02 2025

Urusan Pinjaman Dah Berubah Tapi Ganas Tetap Sama Harian Metro 02 02 2025

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 115 hits
Isu along di negara ini tidak pernah selesai malah semakin membimbangkan dengan saban hari ada saja kes terbaru dilaporkan Laporan eksklusif Harian Metro semalam mengenai pengakuan along bersekongkol dengan kongsi gelap seharusnya membuka m...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

Keeping Jellyfish In The Aquarium Practical Fishkeeping

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Terlalu Ramai Berebut Peluang Yang Sedikit Peluang Yang Banyak Tak Ramai Yang Ambil

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan