20 Sebab Praktikal Manusia Menulis Dan Kenapa Anda Juga Patut Jadi Penulis
Kenapa manusia menulis?
Saya percaya ada banyak sebab kenapa seseorang itu memilih untuk menulis sesuatu. Dekat sini, saya kongsikan, sekurang-kurangnya ada 20 sebab kenapa manusia menulis.
Ini antaranya…
(1) Untuk merekodkan peristiwa yang berlaku supaya jadi satu catatan sejarah di masa akan datang.
(2) Untuk melaporkan berita tentang sesuatu peristiwa
Benda ini memang tak banyak beza dengan yang pertama, cuma kalau bagi tujuan melaporkan berita ini, kadang-kadang manusia jadi agak selective. Dia tak akan laporkan semua perkara sebaliknya cuma melaporkan benda-benda yang dia ada kepentingan sahaja.
Macam berita dalam portal berita. Berita yang dilaporkan adalah berita-berita yang “menjaga” kepentingan pihak tertentu. At least, kepentingan syarikat akhbar tu sendiri. Berita yang dilaporkan kenalah ada nilai yang boleh buatkan pembaca minat nak terus beli surat khabar ataupun terus menjadi subscriber berbayar bagi portal berita tersebut.
(3) Menulis untuk menjual sesuatu
Benda ini antara yang saya biasa buat. Saya gunakan beberapa teknik penulisan yang saya pernah pelajari, seperti teknik copywriting untuk menjual sesuatu melalui artikel yang saya hasilkan.
Memanglah bukan semua artikel yang saya hasilkan berjaya hasilkan jualan, tetapi kebanyakkan jualan yang saya berjaya hasilkan adalah melalui penulisan artikel.
(4) Menulis sebab nak berkongsi cerita
Kadang-kadang kita nak bercerita, tapi tak ada siapa yang available nak mendengar cerita dan kisah yang kita nak sampaikan. Sebelum kita terlupa terus kisah dan cerita yang kita nak sampaikan, adalah lagi baik kita tulis cerita tersebut. Manalah tahu, satu masa nanti ada yang terjumpa kisah yang kita nak ceritakan dan dapat ambil pengajaran dari cerita tersebut.
(5) Kita menulis untuk menjadikan dunia ini sebagai satu tempat yang lebih baik untuk didiami
Saya nak kata “to make the world a better place”.
Kita mungkin tak mampu nak ubah dunia, tapi kita boleh ubah diri sendiri. Manalah tahu, dalam proses untuk kita ubah diri sendiri untuk jadi lebih baik, ada orang lain yang terinspirasi untuk lakukan perkara yang sama.
(6) Menulis untuk mendidik orang awam tentang sesuatu ilmu
(7) Menulis sebab nak berkomunikasi dengan orang lain
(8) Menulis sebab nak jana pendapatan atau sebab nak buat duit
Ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk buat duit melalui aktiviti penulisan. Sama ada kita hasilkan sebuah buku kemudian jual ataupun kalau rasa tak mampu nak tulis sebuah buku, tulis sebuah artikel.
Artikel yang anda bakal tulis jika berkualiti, akan ada pihak yang berminat nak beli. Kalau tak ada siapa yang nak beli sekalipun, anda boleh terbitkan sendiri di blog anda, dan dari situ anda juga masih boleh hasilkan pendapatan.
(9) Untuk menyampaikan idea bagi membantu menyelesaikan masalah tertentu
Pernah tak anda rasa geram, dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik berhubung sesuatu isu? Saya pernah. Kadang-kadang saya rasa seolah-olah mereka ini kurang cerdik dalam menangani sesuatu masalah.
Contohnya masalah mengenai hutang pelajaran PTPTN yang para peminjam liat sangat nak bayar tu. Ok persoalannya ialah, bagaimana cara terbaik untuk para peminjam ini bayar balik hutang PTPTN tu? Adakah anda mempunyai idea macam mana nak bantu para peminjam yang masih lagi ada hutang tertunggak dengan PTPTN?
Kalau ada idea, kongsikan idea tersebut.
Baca juga: Panduan hidup bebas tanpa hutang oleh Dr HM Tuah Iskandar
(10) Menulis bagi menyatakan pendapat dan pandangan
(11) Menulis sebab nak memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain
(12) Menulis sebab nak mengubah kehidupan diri sendiri atau orang lain
Saya percaya, dengan menulis kita boleh ubah kehidupan kita sendiri, dan jika mahu, kita juga boleh bantu kehidupan orang lain. Bila sebut tentang nak bantu ubah kehidupan orang lain, saya teringat tentang pengalaman saya bercuti ke Sabah pada tahun 2018. Pada masa tu, saya sempat singgah ke Tamparuli untuk melihat Jambatan Tamparuli.
Baca pengalaman percutian saya ke Sabah disini: Bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli
Selesai jalan-jalan sekitar jambatan Tamparuli, perut rasa lapar pulak. Mujurlah dekat situ ada sebuah kedai makan yang diberi nama Restoran & Katering Umi.
Waktu saya datang makan kat sini, tempat ini tak berapa ramai orang. Mungkin sebab orang sekitar dah selesai makan tengahari atau masing-masing lebih suka makan dirumah. Jadi saya terfikir untuk masukkan cerita tentang restoran ini dalam artikel yang saya tulis.
Mudah-mudahan pembaca yang baca artikel saya tentang Jambatan Tamparuli tu, ada yang singgah makan kat kedai ini. Walaupun pemilik restoran ini tak pernah minta saya tulis pasal bisnes kedai makan yang dia jalankan, saya harap penulisan yang saya buat ini dapatlah beri impak positif kepada perniagaan yang dijalankan.
(13) Menulis sebagai cara untuk berkenalan dengan mereka yang mempunyai aliran pemikiran yang sama
(14) Menulis sebagai langkah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan yang bersarang diminda
Kadang-kadang saya rasa macam ada banyak sangat benda yang saya fikirkan. Kadang-kadang saya rasa ada beberapa perkara yang terbuku dalam jiwa. Terasa berat..
Kemudian saya luangkan sedikit masa untuk tulis perkara-perkara yang bersarang di minda saya tu. Rupanya tak ada lah banyak sangat. Rasa lega bila dapat luahkan dan lepas tu saya boleh move on untuk fikir benda lain pulak.
(15) Menulis bagi menyampaikan ilmu
(16) Menulis sebab itu merupakan satu kerja dan kerjaya
(17) Menulis sebagai satu langkah mengekspresikan seni
(18) Menulis untuk memberi peringatan, pengajaran dan nasihat kepada orang lain
Saya memang bukan siapa-siapa, untuk ajar-ajar orang lain apa yang betul, apa yang salah dan apa yang tak boleh buat. Tapi saya juga ada pemikiran dan saya juga boleh beri peringatan kepada orang lain, jika saya merasakan sesuatu perkara itu macam ada yang tak kena.
Kadang-kadang saya akan tulis review atau tulis pendapat tentang sesuatu perkara. Lagi-lagi kalau saya rasakan sesuatu perkara tu, macam ada yang tak kena.
Saya dah beberapa kali jumpa dengan penjual yang menggunakan teknik meraih simpati, untuk mendapatkan jualan untuk barang-barang yang dijual. Saya pernah cerita dalam posting berjudul taktik menjual dengan meraih simpati. Kononnya si penjual ni, menjual sebab nak bantu seseorang, sama ada untuk tujuan melanjutkan pelajaran ataupun sebab nak biayai kos rawatan.
Memandangkan teknik seumpama ini turut digunakan oleh penjual lain, membuatkan saya fikir, adakah mereka ini benar-benar membuat jualan bagi tujuan amal tersebut, atau sekadar nak cari duit. Wallahua’lam.
(19) Menulis sebab nak menjaga hubungan baik dengan pembaca, pengikut setia atau sesiapa sahaja
Kadang-kadang pengikut setia kita perlu tahu, yang kita masih wujud, masih ada, dan masih hidup. Mereka juga ingin tahu, yang kita ini walaupun sibuk dengan urusan harian kita, kita tetap fikir dan ingat akan mereka.
Siapalah kita tanpa sokongan dari para pengikut dan pembaca setia. Tulislah sesuatu untuk mereka, supaya mereka tahu yang kita ini sebenarnya sangat menghargai sokongan yang mereka berikan pada kita.
(20) Menulis sebab nak jadi sebahagian dari penyelesai masalah dan bukannya memburukkan lagi keadaan
Ada banyak sebab, kan? Jadi anda rasa anda menulis sebab apa ya?
The post 20 Sebab Praktikal manusia menulis dan kenapa anda juga patut jadi penulis appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/sebab-menulis-dan-kenapa-anda-patut-menulis/