20 Resipi Masakan Daging


20 Resipi Masakan Daging. Sejak PKP ni memang hari-hari masuk dapur pagi, tengahari, petang dan malam. Sampailah satu tahap tak tahu nak masak apa. Halah halah... CH rasa bukan CH sorang saja yang alami sindrom tak tau nak masak apa. Buntu weiiii! So, demi memudahkan CH dan juga semua wanita yang rajin ke dapur, CH compile resipi masakan daging dulu supaya semua tak buntu dan senang nak cari resipi yang berkaitan dengan daging. Tak cukup bahan bukan satu masalah lagi kalau kita tahu pelbagai resipi daging yang mudah dan sedap. 
20 Resipi Masakan Daging
#1 Daging Goreng Kunyit Kelantan Style
Daging Goreng Kunyit Kelantan Style
Bahan: 
dagingkunyit serbukhalia - hiris nipisbawang putih - hiris nipisbawang besar/bawang hollandCili merah - hiris nipisMinyak secukupnyaGaramKacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cara :
Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya

Masuk kan air paras daging, direbus didalam kuali sehingga empuk

Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu

Akhir sekali masukkan, bawang besar bawang putih, halia dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap


#2 Daging Rimau Menangis Bakar 
Daging Rimau Menangis Bakar 

Bahan: 
DagingLada HitamKicap ManisGula sedikitMaduNampla (sos sotong)Sos Tiram
Gaul semua bahan, Perap 1-2jam
Caranya: 
HP10-15min daging,stir fry smpai kuah kering.

If letak dalam pemanggang ajaib, masukkan dalam pemanggang ajaib dan tutup. Masak dengan api kecil sehingga masak atau kuah kering. 
Angkat dan hidangkan ketika panas dengan sos pencicah atau air asam tomato

Resepi sos pencicah
Bahan:
Cili padi hijauCili merah dan hijauDaun dan akar ketumbarLimau nipisGulaGaramNampla
Caranya:
Tumbuk semua bahan2..saya malas nak tumbuk,saya guna chopper je..last skli hiris daun ketumbar..masukkan sekali.


#3 Daging Goreng Thai 
Daging Goreng Thai
Bahan-bahan:
DAGING 800 g
Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbukBawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halusLada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbukSos Tiram 2 sudu besarGaram secukup rasaButter atau majerin untuk menumis 
Bahan-bahan untuk sos:
Serbuk cili thaiGula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu2 sudu Beras digoreng atau disangai di kisar halusAir Limau Nipis 2 suduAir Asam Jawa 3 SuduKicap sotong atau sos ikan (Nampla) bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipisDaun ketumbar dan dahn bawang
Caranya:
Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.. Perap 30 minit atau 2 jam
Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih sehingga wangi

Masukkan daging yang diperap. Kacau sebati dan biarkan sehingga kering air. 
Campurkan bahan sos ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, angkat dan hidangkan. 

#4 Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit

Bahan Bahan
Daging kecik nipis2 sikit2 biji bawang besar potong bulat2 letak ikut suka berapa bnyk3 ulas bawang putih hiris2 batang cili merah hiris2 batang cili hijau hiris5 batang kacang buncis potong serung21 @ 2sdb serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaSedikit minyak
Cara cara
Masukkan terus daging ke dalam kuali bersama serbuk kunyit. Tak perlu letak minyak. Kacau sebati dan masak sampai daging empuk. Kalau tak empuk lagi boleh tambah air panas. Masak sampai air dah betul betul kering
Kemudian masukkan minyak. Dalam 3/4 sdb besar macam tu. Masak sekejap biar nampak garing garing sikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa

Dah garing boleh la masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah hijau. Kacang buncis saya masukkan last sekali

Kacau sebati. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas


#5 Daging Singgang Kelantan
Daging Singgang Kelantan

Bahan-bahan
1 mangkuk hirisan daging- guna daging tempatan bahagian peha dan keting
1 labu bawang putih- ketuk2 ulas bawang kecil-hiris2 inci lengkuas- hiris nipis1 sudu rempah ketumbar-tumbuk halus4-5 keping asam (kalau besar 3-4 keping dah cukup)1 biji cili kering- potong kasarGaramGula
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.Masukkan air (banyak). Rebus hingga daging empuk- tambah air jika daging belum empuk. Siap

Hidangkan panas-panas dengan nasi dan ulam ulaman yang dicicah dengan budu. 

#6 Daging Masak Merah

Bahan:-
½ kg daging (direbus sehingga empuk dgn pewarna merah dan bawang putih 3 ulas yg diketuk, sedikit garam)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)3 ulas bawang putih (dimayang halus)1 inci halia (dimayang atau diketuk)1 biji capsicum hijau (dipotong kasar)2 biji lada merah besar (potong serong)1 biji carrot (dipotong bulat)½ biji brokoli1sdb sos tiram1sdb sos tomato3sdb sos cili1sdb sos thai (optional)Sedikit air rebusan daging (if nak berkuah)
Cara2:-
Potong daging sebesar dua jari @ ikut suka dan rebus sehingga empuk. Tambah garam untuk rasakan daging. Simpan air rebusan daging untuk menumis. 
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih. tumis hingga naik bau kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos thai. kacau rata dan masukkan bahan perasa. Jgn letak banyak sgt garam sbb tadi dah rebus daging dengan garam. Letak sikit2 hingga sesuai dgn selera. 
Masukkan air rebusan daging tadi if nak berkuah. Masukkan sayur-sayuran tadi dan daging. Kacau hingga rata dan sayur masak. 
Siap


#7 Daging Masak Rempah
Daging Masak Rempah
Bahan:-
Daging - potong tebal sikit dan lebarRempah kari dagingSerai - ketukAir asam jawaKicap4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)Gula secukupnyaGaram Minyak masak
Bahan Blend
Bawang besarBawang putihHalia
BahanHiasan
Tomato - belah 4Cili hijauBawang besar - hiris separa bulat tebal
Caranya
Masukkan daging dalam kuali,  masukkan bahan blend, rempah,  serai, daun kari, 4sekawan, minyak dan air skit

Masak sampai daging empuk
Bila daging dah empuk, masukkan kicap, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa

Bila kuah dah pekat elok, boleh masukkan bahan hiasan. kacau rata

Siap untuk dihidang

#8 Daging Berlada
Daging Berlada
Bahan-bahan
500 gram daging lembu15 biji bawang merah3 biji cili merah10 biji cili padi1 inci halia1 biji tomato1 sudu besar kunyitGaram secukup rasaMinyak masak secukupnya
Cara:
Rebuskan daging lembu sehingga empuk. Toskan & potong daging nipis-nipis

Menggunakan lesung (atau apa-apa benda berat korang ada), tumbuk untuk leperkan daging. Ketepikan

Menggunakan lesung, tumbuk bawang merah, cili merah, cili padi, halia dan tomato sehingga lumat. Kalau takda lesung, blender pun boleh - tapi blend kasar je okay jangan jadikan pes

Perapkan daging dengan kunyit dan sedikit garam

Gorengkan daging sehingga ranggup dan asingkan

Menggunakan minyak gorengan daging, tumis bahan kisar sehingga wangi, dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Goreng seketika

Siap untuk dihidang! 

#9 Daging Goreng Kicap Pedas
Daging Goreng Kicap Pedas
Bahan
1kg daging batang pinang - di bersihkan, kemudian dipotong nipis-nipis

Kemudian daging yg telah siap di potong di garam kunyit

Goreng hingga garing.. angkat dan toskan.. ketepikan
Bahan2 tumbuk atau kisar:
1 inci halia5 ulas bawang putih7 ulas bawang merah1 biji bawang besar
Bahan2 lain:
5 sudu besar cili blend3 sudu besar kicap pekat manis3 sudu besar sos cili3 sudu besar sos seafood adabi3 sudu besar sos tomato1 biji bawang holland- potong gegelang11 biji cili akar - kerat 2Garam & gula secukup rasaAji- optionalMinyak masak secukupnya
Cara2:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga ianya garing

Masukkan semua sos, kicap, garam & gula serta aji (sekiranya anda guna aji). Kacau sekata

Selepas 2 - 3 minit, masukkan daging yg telah digoreng bersama bawang holland, kacang panjang & cili akar. Kacau hingga sayur kacang panjang kelihatan telah empuk. 
Rasa. Kalau dah cukup rasa, tutup api

Siap


#10 Daging Bakar Danok

Bahan perapan daging:-
Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)1sk sos ikan2 sb Sos tiram2@3 sb Brown sugarSekeping gula melaka1 sk lada hitamSedikit minyakSerbuk cukup rasa 1@2 sudu
Caranya :-
Daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung pada tahap air yg keluar dari perapan masing-masing. Bukak api perlahan. 
Petua: Untuk daging cepat lembut bila nak masak, perap semalaman dan hiris halia keping untuk diperap sekali dengan daging

Bahan sos:-
Akar daun ketumbarDaun ketumbar1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)1@2 ulas bwg putih1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)2 biji limau nipis1 sk brown sugar1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)Chili flakes1 sk sos cili1 sk sos tiram1 Bawang besar (hiris nipis)
Cara2:-
Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos), daun ketumbar, chili flakes, bawang besar dan garam jika tawar. 

#11 Daging Goreng Sos Tiram

Bahan bahan:
500g daging batang pinang hiris nipis1 biji cili merah potong serong1 biji cili hijau potong serong
Bahan perapan:
3 sb sos tiram5 sb kicap lemak manis1 sb minyak bijan1/2 sk garam2 biji air perahan limau kasturi (optional)
Bahan tumis:
1/2 biji bawang hiris nipis4 ulas bawang putih hiris nipis1 inci halia hiris nipis
Caranya :-
Perap daging dengan bahan perapan selama setengah jam

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis dan sedikit cili potong sehingga layu

Kemudian masukkan daging yang telah diperap. Biarkan sehingga air daging keluar

Gaul rata sehingga kuah sedikit kering dan daging telah empuk

Masukkan baki hirisan cili dan gaul rata. 
Tutup api dan sedia dihidang

#12 Gulai Daging Kulat Sisir
Gulai Daging Kulat Sisir
Bahan-bahannya
1/2 kg daging rincik - bersih dan toskan6 sb serbuk Kari Daging/Ayam2 biji besar bawang merah - 1 racik untuk tumis - 1 di kisar1-2 biji tomato - dihiris halus2 ulas bawang putih1 sk jintan manis1 sk jintan putih3 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)Daun Kari3 sudu Kerisik - mommy terlupa nak letakRM 4  Kulat sisirRM 2 santanGaramMinyak

Caranya
Tumiskan bawang, 3 beradik dan daun Kari sehingga wangi

Masukkan serbuk Kari yang telah di bancuh dengan air. Biarkan sehingga pecah minyak atau masak sepenuhnya

Masukkan bawang yang dikisar dan tomato. Biarkan sehingga bawang masak sepenuhnya

Masukkan daging  dan biarkan sehingga 10-15 minit atau sehingga daging benar-benar empuk

Masukkan kulat sisir dan santan,biar hingga mendidih

Masukkan garam secukup rasa
Angkat  dan siap untuk di makan

#13 Asam Pedas Daging Tetel 
Asam Pedas Daging Tetel 

Bahan
1kg daging tetel5 Sudu besar cili kisar1 biji bawang besar - hiris2 biji bawang putih - hiris1 sudu besar halba campur2 keping asam keping1 biji tomato - hiris halus2 batang serai - di ketuk1 batang bunga kantan - di belah 41 genggam daun kesum ( daun saja)1 sudu besar kerisikminyak untuk menumisDaun limau purutGaram secukupnya
Bahan kisar
3 biji bawang besar4 ulas bawang putih2 cm kunyit hidup2 cm halia
Caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halba campur dan serai sehingga wangi

Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing

Tambah bahan kisar, tomato, kerisik, asam keping dan masak sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika

Masukkan daging. Biarkan sehingga empuk sepenuhnya. 
Apabila daging dah masak, masukkan garam, daun kesum dan bunga kantan. Masak lagi dengan api kecil untuk rasa dan bau bersatu. Time ni memang wangi jer.. Rasa nak makan time tu jugak. 
Akhir sekali, masukkan daun limau purut

Angkat dan hidangkan bersama nasi putih, telur masin, ulam dan sambal belacan. Memang terangkat. 

#14 Sambal Petai Daging
Sambal Petai Daging

Bahan
1kg daging tetel/racik - di bersihkan terlebih dahulu1 ikat petai - kopek, ambil biji saja
RM 2 santan6 sudu besar cili kisar1 keping asam kepingMinyakGaram
Bahan Kisar
2 biji bawang besar3 ulas bawang putih2cm halia
Caranya
Panaskan kuali. Masukkan daging yang telah di bersih dalam kuali. Biarkan sehingga air daging betul betul kering

Masukkan minyak. Masak sehingga daging empuk. 
Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih

Tambah petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga sambal petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain


#15 Sup Daging Dan Tulang
Sup Daging Dan Tulang
Bahan-Bahan
1 kilo tulang rusuk 500g daging rincik/tetel2 batang serai- di ketuk5 cm halia - di ketuk5 cm lengkuas - di ketuk2 biji bawang besar - di racik2 bungkus sup bunjut tulanggaram secukupnyadaun bawang daun supbawang goreng

Caranya
Rebus tulang rusuk sehingga empuk

Masukkan serai, halia, lengkuas, bawang besar dan sup bunjut tulang. Biarkan sehingga mendidih

Masukkan garam sevukupnya

Renih sup sehingga rasa bahan-bahan serasi

Angkat dan hidangkan ketika panas bersama nasi serta lauk lain


#16 Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Bahan
300gram daging batang pinang - di hiris nipis, dibasuh, di tos dan di gaul garam kunyit1 biji bawang besar - di potong separa bulat2 ulas bawang putih - di racik2 cm halis - di racik3 biji cili kering - di potong 2 atau 31 batang kulit kayu manis5 sudu besar Kicap Manis 1-2 sudu besar Sos CiliMinyak untuk tumis2 cawan airAsam jawa secukupnya

Caranya
Panaskan kuali dan masukkan daging kedalam kuali. Tambah air. Biarkan daging masak dalam air sehingga kering dan sedikit empuk

Bila air dah kering, masukkan minyak dan masak daging sehingga empuk. 
Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan cili kering. Biarkan sehingga bau wangi dan gaul rata... 
Seterusnya tambahkan kicap, sos cili dan asam jawa. Gaul rata.. 
Jika terlalu pekat, tambah sedikit air dan biarkan ia mendidih. 
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 

#17 Rendang Daging
Rendang Daging
Bahan-Bahan
1 kg daging [potong nipis kecil]5 helai daun kunyit [mayang halus]1/2 cawan minyak2 cawan santan pekat2 s/besar kerisik1 s/besar gula merah1-2 keping asam kepinggaram

Bahan-Bahan Kisar
3-5 sudu cili kisar - mengikut kepedasan sendiri3-6 biji bawang besar4 biji bawang putih1 inci halia halus1 inci lengkuas1 inci kunyit hidup5 batang serai
Cara
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan

Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak

Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati dengan rempah mesin sebentar

Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit

Biarkan sehingga naik minyak

Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja

#18 Sup Daging Dan Tulang Berempah


Bahan:
1 tulang rusuk - di potong-potong kecil500g daging - di potong kecil300 gram - daging rincik/ tetel4 sudu besar rempah sup - di bancuh dengan air3 ulas bawang besar - 1 ulas di hiris untuk tumis , 2 ulas di kisar8 ulas bawang putih - 2 ulas di hiris untuk tumis , 6 ulas di kisar3 cm halia - di kisar1 batang kulit kayu manis - tumis3 bunga cengkih - tumis6 bunga lawang - tumis6  biji buah pelaga - tumis1 biji lobak merah (carrot)3 biji kentang - potong 4daun sup daun bawangbawang gorengminyak garam
Caranya:
Bersihkan daging dan tulang dan toskan. 
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan dahulu dan potong bahan tumis serta bancuh rempah sup dengan air

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis ( bawang besar, bawang putih , kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

Tumis sehingga naik bau wangi dan masukkan rempah yang telah di bancuh. Masak rempah sehingga sedikit garing

Setelah rempah menjadi garing, masukkan bahan kisar dan masak sehingga berminyak

Tambah air dan masukkan daging, tulang dan ekor. masak sehingga empuk. sila guna periuk tekanan tinggi untuk masak dalam tempoh yang singkat

Masukkan garam setelah daging empuk

Setelah masak, hidangkan panas-panas. Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng untuk memberi lebih rasa pada sup. 
Untuk lebih pedas, sila makan bersama cili kicap


#19 Blackpepper Lamb
Blackpepper Lamb

Bahan: 
1 kilo australian lamb - di potong kecil dan di bersihkan5 sudu besar sos black pepper - guna jenama ramly2 sudu sos tiram1 biji bawang besar - di potong bulat atau separa bulat1/2 biji cili benggala - di potong kecil atau memanjang1 sudu besar minyak1/2 cawan air
Caranya
Perap kambing dengan dua sudu lada hitam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Kalau nak perap dari awal dan simpan beku pun boleh sebab nanti rasanya akan lagi ummphh

Panaskan minyak dalam pan / kuali goreng tanpa minyak. Masak lamb sehingga benar-benar masak. Boleh tambah air sikit-sikit jika lamb masih belum empuk

Bila lamb dah masak, masukkan black pepper, sos tiram. Masak sekejap sehingga mendidih

Setelah mendidih, masukkan cili benggala dan bawang besar. Kacau sehingga mendidih

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas


#20 Daging Masak Hitam


Bahan-bahan :
1 kg daging (dipotong nipis)3 ulas bwg merah (dihiris)2 tangkai daun kari2 ulas bwg putih (dihiris)3 kuntum bunga lawang2 inci kulit kayu manis1/2 cawan kicap pekatair asam jawa secukupnyagaram secukup rasaMinyak masak untuk menumisBahan Kisar4 biji bwg besar3 inci halia4 ulas bwg putih20 biji cili kering1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris,daun kari, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak

Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. 
Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/04/20-resipi-masakan-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelbagai Resepi Masakan Daging Yang Sedap Dan Mudah

Pelbagai Resepi Masakan Daging Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 544 hits
hai assalammualaikumPelbagai Resepi Masakan Daging Mesti ramai suka makan daging kan Daging ni macam macam boleh buat Jadi ni nad kongsikan beberapa resepi masakan daging yang korang boleh buat Yang penting ia sedap dan mudah Pelbagai Resep...
Peralatan Masak Thermomix Yang Ajaib Untuk Orang Kaya Yang Nak Makan Masakan Sendiri

Peralatan Masak Thermomix Yang Ajaib Untuk Orang Kaya Yang Nak Makan Masakan Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 754 hits
Pernah dengar nama peralatan memasak ni Thermomix Kalau anda baru pertama kali dengar Kita samalah Saya memang baru pertama kali dengar pasal wujudnya satu peralatan luar biasa yang direka khas untuk memasak Bukan saja memasak malah boleh b...
10 Idea Masakan Spageti Mesti Cuba Untuk Penuhi Selera Western

10 Idea Masakan Spageti Mesti Cuba Untuk Penuhi Selera Western

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 614 hits
Bila tekak rasa nak feeling feeling western Tapi tengok peti ais bahan bahan basic je yang ada Boleh la try resepi ni Bahan bahan tak perlu pelbagai sangat Masak pun boleh laju laju Jom kita start Resepi Spaghetti Yang Sedap 1 Spaghetti Oli...
Masakan Pkp Day 32 Day 33

Masakan Pkp Day 32 Day 33

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 615 hits
Hi korang Blog SA ni sejak PKP MCO ni asyik duk update makanan je kan sure korang dh boring dh nak up bab review so far blom ada review product terbaru so korang bertabah la hadap citer pasal makanan je ada menu ulang ulang SA buat mana yan...
20 Himpunan Resepi Masakan Menu Ayam

20 Himpunan Resepi Masakan Menu Ayam

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 1438 hits
Assalamualaikum wbt 20 Himpunan Resepi Masakan Menu Ayam Sejak PKP makanan paling mudah nak masak adalah ayam Setiap kali keluar cari lauk ayammenjadi pilihan sebab nak cepat kan Malas nak berlama lama kat luar untuk mencari lauk mentah yan...
15 Masakan Enak Berbahan Sosis Yang Bisa Dibuat Di Rumah

15 Masakan Enak Berbahan Sosis Yang Bisa Dibuat Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 205 hits
Berikut ini 15 masakan enak berbahan dasar sosis yang bisa dibuat di rumah
Aya Real Food Satu Pes Sos Untuk Pelbagai Menu Masakan Segera

Aya Real Food Satu Pes Sos Untuk Pelbagai Menu Masakan Segera

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 436 hits
Hari ini dah melepasi hari ke lima fasa kedua kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan wabak Covid 19 Pastinya ia satu pengalaman yang tak mungkin dapat kita lupakan sepanjang hayat Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Ayam Salted Egg 7 Resepi Masakan Cina Mudah Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah

Ayam Salted Egg 7 Resepi Masakan Cina Mudah Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 538 hits
Jom hasilkan 8 resepi hidangan Cina yang lazat dan ringkas ini small Cover image via Seismik Makan small 1 Chicken Dumplings Untuk resepi yang mudah anda wajib sekali mencuba resepi Chicken Dumplings ini Anda hanya perlu menyediakan inti da...
5 Resepi Masakan Dengan Ikan Siakap

5 Resepi Masakan Dengan Ikan Siakap

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 578 hits
Antara ikan yang mudah sangat nak di warnakan dengan pelbagai menu masakan adalah ikan siakap kan Masaklah apa sahaja pasti menjadi dan sedap kena dengan rasanya Ikan siakap ni murah senang di masak dan banyak isi nya Ada sesetengah pasaray...
Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Huawei Nova 13 Series

Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre

Apa Itu Fiqih Ini Pengertian Tujuan Sumber Dan Cabangnya

Pkr Grassroots Warm To Tengku Zafrul Amid Talk Of Party Switch

Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches