20 Koleksi Resepi Kuih Muih Kampung Special


20 KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH KAMPUNG SPECIAL



RESEPI KUIH CARA MANIS PANDAN
BAHAN-BAHAN :

🌺 2 cawan tepung gandum
🌺 3 cawan santan kelapa (sy guna santan kotak)
🌺 2 biji telur
🌺 10 helai daun pandan
🌺 Beberapa titik pewarna hijau
🌺 Gula pasir secukupnya (untuk inti)
🌺 Garam secukup rasa (utk rsa lemak masin)
🌺 Sedikit minyak masak (untuk dilenser pd acuan)

CARA-CARA :

1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.

2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).

3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung @ penutup periuk. Masak hingga kuih tidak melekat bila disentuh @ lekang drpd acuan.

4. Berhati2 semasa nk keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.



Resepi Tepung Gomak
2 cawan tepung pulut
sedikit garam
2/3 cawan air

caranya...
Campurkan tpg pulut garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan..Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Bulatkan adunan ini (besar 2x dari onde2 gula melaka)

inti Kelapa Manis
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

1 cawan kacang hijau
dibersihkan dan digoreng sebentar..jgn hangit ye..sekejap je.
kemudian kisar kacang ni sampai hancur
tapis/ayak dan boleh dijadikan serbuk tpung utk tepung gomak..lebihan tepung boleh disimpan

Caranya
Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedlm adunan tepung dan bulatkan.
Sementara itu panaskan air
rebus adunan ini.. nampak terapung angkat dan toskan
salutkan adunan ni dgn tepung kacang hijau yang diayak tadi..siap



Kuih bom bijan
Bahan:
-2 cawan tepung pulut
-1/2 cawan tepung gandum
-1 sudu besar gula
-secubit garam
-air secukupnye
-bijan
-Inti ikut suka

Cara2nya:

Sediakan bekas msukkan semua bahan2,air, uli bg rata...jgn lembek sgt mcm buat buah melaka tu adunan dia...isi inti,kemudian golek2 kan kt bijan td, bulat2kan bg rata sume bijan td..perap dlam peti ais 1 jam..bole la di goreng api sederhana..siap!!!



RESEPI CUCUR BADAK SEDAP
.
BAHAN A (Untuk kulit)
3 biji keledek oren(Sederhana besar)
tepung gandum
1/2 sudu garam (agak-agak)
1 sudu gula (agak-agak)
Air utk rebusan
minyak masak (utk sapu ditangan supaya tidak melekat masa uli kecik2)
.
**Kupas keledek oren dan potong utk cepat empuk. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk. (boleh cucuk pkai garfu utk tahu dh empuk ke tidak).
.
Setelah tos, lenyek2kan sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
.
Masukkan 1/2 sudu garam dan sesudu gula dan gaul bersama keledek kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung. ( agak-agak jgn keras sgt nti kulit liat. Buat lembut tpi boleh bentuk)
.
BAHAN B (Inti)
1/2 biji kelapa parut
*3 btg serai gemok (hiris halus)
*15 biji cili kering (ikut selera)_bsuh dan rendam
* 5 ulas bwg kecil
300g udang kecil @ sengengam (kupas buang kpla dan ekor)
garam
gula
asam keping
serbuk kunyit
2cawan air
.
**blander bahan yg bertanda*
.
masukkan kelapa parut, bahan yg diblander udang ke dlm kuali dgn api perlahan.
.
masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit. gaulkan...jika tidak rata, masukkan sedikit lg air. gaul sehingga rata.
.
campakkan sekeping asam keping.
.
masukkan sesenduk gula dan 1/2 sudu garam
.
gaul sehingga kering. rasa...(inti perlu manis sedikit)
.
sudah kering, angkat dan sejukkan.
.
♡ cara menguli♡
.
sapu minyak masak pada tpk tgan, ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga mnjadi bulat leper...masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat2. dah siap boleh terus goreng...tq...slmt mncuba 😚😘
.


Resepi Kuih sagu..
Bahan2 👇
Sagu setengah cawan
Gula 5 sudu
Kelapa parut + garam( kukus kejap)

cara2 👇
Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros(saya rendam 1jam setengah)
pastu toskan, buh dalam satu bekas n tambahkan gula kacau2,
Sudukan dalam acuan n kukus selama 25-30 min..
Then gaulkan dalam kelapa..
Siap..sedap...langsung xnampak putih2..merah jernih ja kuih lepas siap...
* manis yg saya guna manis2 buah ja..kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi
* sy buat nie dapat 13 kuih yg comel..



BINGKA UBI
Bahan-bahan :

- 4 cwn ubi kayu siap diparut
- 2 cwn santan pekat drpd sebiji kelapa
- 1 cwn gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit perwarna kuning

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 200 ℃ api atas bawah, masukkan semua bahan dlm loyang berukuran 7 X 7 inch. Gaul semua bahan sehingga santan sekata dan gula hancur. Ratakan...

2. Masukkan loyang dalam oven dan letakkan di rak paling bwh. Bakar bingka hingga 1h atau 1h 1/2 atau hingga bhgian atas bingka keperangan (20 minit terakhir bakar , sy tukar api ats sahaja utk dptkan kerak pd bghian ats bingka 😋)

3. Setelah siap bakar, keluarkan bingka. Tunggu bingka sejuk, baru potong. Siap utk dimakan 



Resepi Tepung Bungkus (12-14 biji)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam -- kalau rasa tawar boleh tambah sikit lagi

caranya
Campur kesemuanya dan panaskan atas api sehingga likat dan berkilat .tutup api..

(inti kelapa manis)
1 biji kelapa parut
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..

masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

daun pisang dilayur atas api...

masukkan dlm anggaran 2 sudu besar atau lebih secara memanjang atas daun pisang masukkan inti kelapa tekan sikit ke dlm dan lipat

kukus dlm 5-7 minit siap.



RESEPI KOCI LABU BERSANTAN
Bahan-bahan :
1) 3 cawan tepung pulut
2) Labu ( guna separuh saja)
3) 1sdk garam
4) Air secukupnya

Cara-cara :

1) kukus labu sehingga empuk. Sejukkan seketika.
2) Satukan labu yang disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan saja.
3) Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik ye. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.

Cara memasak :
1) Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yg telah dibulat²kan tadi. bila doh dah terapung, mkna nya doh dh ckup masak (Macam masak kuih onde²@buah melaka)

Inti :
1) 1½ cawan Kelapa parut(ambil putih shj)
2) Gula melaka/merah (sy guna sebiji ½ gula kabong)
3) 2sdb Gula pasir
4) Air setengah cawan untuk larutkan gula
5) 1sdb tepung gandum dicampur dgn sedikit air (tujuan utk pekatkan inti)

Cara masak :
1) masukkan air dan gula merah@gula kabong, masukkan gula pasir biarkan gula mendidih bersama air sehingga larut, kemudian masukkan kelapa parut. Akhir skli masukkan tepung yg telah dilarutkan dgn sedikit air td. Biarkan kering skejap, kmudian sejukkan seketika.. (sy suka basah² sikit inti tu)

Santan Cair :
1) 2 cawan sy tmbah sedikit air supaya xtrlalu pekat (sy pakai Santan kotak)
2) 3 sb tepung beras
3) Sedikit garam

Cara masak :
1) Satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau yaa.. Masakkan dengan api perlahan hingga pekat. Kemudian dh blh masukkan koci yg telah direbus td ke dalam adunan santan. Seterusnya blh mula membungkus koci.

Sedikit Tips utk membungkus kuih koci :

1) Semasa nk bungkus koci, sapukan sedikit minyak pd daun pisang yg telah dlayurkan trlebih dahulu

2) kemudian ambil doh yg dh dimasukkan ke dlm santan td menggunakan sudu letak ditengah² daun pisang

3) lipatkan daun pisang.. (cara melipat daun tu sis blh rujuk youtube atau google ya..)

4) dh siap lipat, panaskan air dalam kukusan. Make sure air betul2 dh mendidih dgn api perlahan. Kukus kuih koci selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik. Siap utk dihidangkan..



Resepi Kuih Abuk Abuk:
1) 1 1/2 cawan sagu biji
2) 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
3) Garam secukup rasa
4) Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
5) Daun pisang
6) Lidi (kerat kecil) untuk sematan

Cara Membuat Resepi Kuih Abuk-Abuk:

1) Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan
campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,
tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 10-15 minit.



RESEPI LEPAT LIAT TOK MANEH
Bahan-bahan :

1. 1 Kg tepung pulut
2. 3 cawan Gula merah
3. 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
4. 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 15 cawan
5. Sedikit garam
6. Daun pandan

Cara-cara :

1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.



Kuih Dangai Tok Umi
Bahan:
6 cawan kelapa parut (nak yg putih punya tau)
3 cawan tepung pulut
Gula
Garam

Cara:
Satukan kelapa parut, tepung pulut dan garam. Gaul rata. Biar berderai.. jgn bagi dia berketul2 tau. Panaskan acuan , guna api kecil. Kemudian bubuh sedikit bahan yg digaul tadi, kemudian bubuh pula gula (ikut sukalah nk banyak mana) akk bubuh 1/2 sudu kecil. Pastikan gula tu dibubuh di tengah2 ya.. kalau bubuh ditepi, nanti masa nk angkat dia melekat tau. Kemudian bubuh lagi bahan yg digaul tadi sehingga penuh menutupi acuan. Dan kemudian tutup tau. Akk tutup guna aluminium foil.. akk lipat2 aluminium foil tu.. ikut saiz acuan kuih dangai. Biar lebih kurang 7,8 minit. Selak aluminium foil sikit.. kalau bahagian tepi2 tu dah sedikit perang itu tandanya kuih dah masak. .. bolehlah diangkat. Sebelum bubuh adunan lagi.. pastikan acuan dibersihkan dgn tisu ya.. buangkan lebihan kelapa yg tertinggal. Ulangi langkah yg sama sehingga habis. Siap. Selamat mencuba.

*akk guna cwn biasa.. cwn yg selalu kita minum tu.. boleh saja nk sukat dgn mangkuk.. pastikan guna bekas yg sama utk sukat kelapa & tepung pulut

*1 adunan menghasilkan lebih kurang 35+ ketul kuih (mengikut sukatan cawan & acuan yg akk guna)
*sukatan 6 cawan kelapa parut (putih) tu = 2 biji kelapa ya (ikut sukatan cawan yg akk guna)



Kuih koci pulut hitam
Bahan2 tepung:
1kg tepung pulut
1 1/2 cwn tepung pulut hitam(klau xdk blh guna beras pulut hitam 1cwn rendam 2 jam lpas tu blnder halus)
1kotak santan(sis guna ayam brand)
Sedikit garam
Air secukupnya..
Bancuh semua diatas shingga adunan lembut

Bahan inti..
1 biji kelapa parut
400gm gula merah
100gm gula putih
2 helai daun pandan..
Masak gula merah dan gula putih dgn 3 cwn air smpai mmdidih lpas tu tapis ke dlm kuali dan masukkan kelapa dan juga daun pandan..masak sehingga air gula merah kering..



Kuih bakar pandan@bingka pandan
Santan - 1 cup
Susu cair - 1 cup
Air pandan - 1 cup
Tepung gandum - 1 cup
Gula - 1 cup
Telur 3 biji
Butter - 2 table spoon cairkan sekejap dalam microwave
Daun pandan 10 helai blend dan amik jus
Pewarna hijau sikit

1. Campurkan santan, susu cair, air pandan, tepung gandum, gula dan telur. Blend dan tapis.
2. Masukkan dalam dulang pembakar
3. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'c sehingga 1 jam 15 minit atau sehingga keperangan dan masak.
4. Cucuk dengan lidi untuk check samada adunan sudah masak.



Resepi Qasidah

2 cwn tpg gandum
1 cwn gula
3 cwn santan pekat(1 kotak kecil santan Kara jadikan 3 cwn santan)
4 cwn air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Bwg goreng secukupnya
Cara:
Campurkan semua bahan dan tapiskan dlm kuali.simpulkn daun pandan masukan dlm campurn tadi.masak atas api yg kecil dan kacau 30-40 minit atau sehingga tepung letup2.setelah masak masukkan dlm loyang Dan tabur bwg goreng yg dibuat sendiri... sekian slmt mencuba.



RESEPI TEPUNG TORAK/PEPUDAK
Bahan-bahan:

🍓1 cawan tepung beras
🍓2 cawan santan
🍓½ cawan gula
🍓Air daun pandan
🍓Air kapur
🍓Garam secukup rasa
🍓Daun pisang

Cara membuatnya:

🍭Tepung beras dicampur dengan santan, air daun pandan, gula, air kapur dan garam.

🍭Kacau adunan di atas api yang sederhana sehingga sebati.
Angkat dan sejukkan.

🍭Daun pisang digulung dengan kayu bulat untuk dibuat kelongsong/torak.

🍭Punjut di sebelah bawah dengan mengikatnya dengan tali.
Tuang adunan ke dalam torak.

🍭Punjut di sebelah atas dan ikat dengan tali.

🍭Rebus torak di dalam air hingga masak.

🍭Untuk sajian, potong kuih ini ikut kesukaan masing-masing. 



Kaswi pandan

Tpg gandum 3 cwn
Tpg ubi 2 cwn
Tepung jagung 1sdb
Gula 2 cwn,x manis boleh kurangkan
Air pandan 5@6 cwn air(blend daun pandan dlm 10 helai,sy x cmpur pewarna guna air pandan sepenuhnya😊)
Kapur secubit

Blend semua bhn² brsama air pandan,x cmpur air lain dah ye,shgga halus kemudian tapiskan,sapukan mnyak dlm loyang kemudian masukkan bhn² yg dh di blend dan di tapis then kukus selama lbih kurang 25@30 minit.....5@6 cwn air pandan sdg² elok utk kejadian kaswi yg gedik² dan goyang²..panaskan pengukus dulu ye sebelum dikukus....👌👌😊😊




KUIH TAHI ITIK

Bahan-bahannya

10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir (bleh kurangkan kalau nak kurang manis)
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan yg dicarik.
sedikit essen vanila.

Caranya
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.
Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.



RESEPI KUIH NAGASARI
Bahan:
1 1/2 cawan kopi Tepung beras
2sdb tepung jagung
Pisang (pisang nipah, berangan @ apa jwnis pisang yg bersesuaian)
Sedikit garam
2 kotak santan (dapatkan 4cawan kopi santan, tmbh air sikit)
Daun pisang secukupnya

Caranya:
Potong daun pisang (sukatan pmbaris pendek)
Masukkan semua bahan kecuali pisang n daun pisang kedalam periuk. Buka api paling perlahan dan sentiasa kacau sehingga dia jadi pekat dan likat (mcm dalam video).bila sah siap sejukkan kejap dan amek dalam 2 sudu (+-)ltk atas daun pisang ..dan ltk pisang diatasnya . Seterusnya lipat dan ulang step dan akhir sekali kukus dlm 10minit. Sedia utk dimakan.



Resepi Pulut Panggang
Untuk inti.
1/2 kelapa parut
2 biji baw.merah
1/2 st jintan manis
2 sb cili boh
2 sb minyak
Lk 7 ekor udang kecil nak udang lebih tambah le.

Tumis cili +bawang merah+jintan manis .Bila dah berbau masukan udang dan serbuk perasa ikut sedap le ye
Kacau biar agak kering .

Unt.pulutnya
2 caw.pulut saya guna caw ygg kita sukat beras tu .Kukus hingga másak kemudian gaul dgn 1/2 caw santan yg dicampur garam .Biar sejuk bolihlah di balut dgn daun pisang dan diletak inti dan bakar.

FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2020/07/20-koleksi-resepi-kuih-muih-kampung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Apam Kampung

Resepi Apam Kampung

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 518 hits
RESEPI APAM KAMPUNG1 2 cawan gula melaka1 2 cawan gula pasir2 cawan air2 helai daun pandan di simpulSatukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larutSejukkan dan tapis Pastikan dapat 2 cawan air gula ni kalau kurang tambah sikt air...
Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan Mudah 3 Bahan Utama Sahaja

Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan Mudah 3 Bahan Utama Sahaja

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 595 hits
Assalamualaikum semua Dalam video kali ini saya kongsikan buat anda semua resepi apam kampung yang mudah dengan mnggunakan 3 bahan utama sahaja Sebenarnya apam kampung merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat melayu yang popular dan...
Resepi Kuih Masalodeh Atau Vadey

Resepi Kuih Masalodeh Atau Vadey

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 1582 hits
Rasanya majoriti rakyat Malaysia kenal pasangan Youtuber Sugu Pavithra Banyak perkongsian resepi masakan tradisional India dari mereka ni sedap sedap kan Ana belum pernah lagi mencuba menu resepi nasi briayani dari mereka tapi ana sendiri t...
5 Kuih Muih Melayu Olahan Baru Minum Petang Sarapan

5 Kuih Muih Melayu Olahan Baru Minum Petang Sarapan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 699 hits
Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila bila masa Sebagai pencuci mulut kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri kuih bakar kacang hijau apom betawi dan tiga lagi sajian ku...
Resepi Kuih Gomok Kuih Tradisonal Rakyat Kelantan

Resepi Kuih Gomok Kuih Tradisonal Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 2335 hits
RESEPI KUIH GOMOK KUIH TRADISONAL RAKYAT KELANTANKuih gomok kelate kak long share lagi Kalau balik ke Pantai tinmur tak sah kalau saya tidak mencari kuih iniResepi sama je
Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus Tips Supaya Sagu Tak Mentah

Resepi Kuih Sagu Mutiara Merah Kelapa Parut Tanpa Kukus Tips Supaya Sagu Tak Mentah

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 506 hits
Assalamualaikum semua Kali ini saya kan menunjukkan cara cara nak membuat kuih sagu atau ada juga yang namakan dengan kuih mata ikan Untuk kali ini saya menggunakan sagu yang berwarna merah Jadi saya hanya menggunakan sedikit pewarna merah ...
Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap Mudah Buat

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 987 hits
Ingin kelainan untuk hidangan minum petang korang boleh cuba tiga menu kuih yang dikongsikan ini nampak menarik dan mudah disediakan Kalau mak mak buat mesti anak anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak anak ke sekola...
Resepi Kuih Serimuka

Resepi Kuih Serimuka

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 315 hits
Bahan bahan 2 cawan beras pulut2 cawan santan 1 2 sudu teh garam1 cawan santan Beberapa titis pewarna hijau1 cawan air pandan3 4 cawan tepung gandum3 biji telur gular pasirCara cara memasak 1 basuh beras pulut dan rendamkan beberapa jam seb...
Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Ini Caranya

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Ini Caranya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 325 hits
Jom cuba resipi Kuih Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni Nampak sedap dan membuka selera Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian minum petang Sekali cuba pasti puas hati Jom lihat bahan bahan yang dip...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ