2 Warga Asing Mewah Ditahan Bersama Lebih 200 Gram Syabu Di Lahad Datu
Kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia 39 dan 52 tahun terbabit ditahan dalam serbuan jam 5.30 petang di sebuah rumah pekerja ladang, Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini.
Lahad Datu: Memiliki kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan Motosikal Yamaha R25. Itu kemewahan dua pekerja ladang warga asing yang dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah sebelum ditahan polis, semalam.
Kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia 39 dan 52 tahun terbabit ditahan dalam serbuan jam 5.30 petang di sebuah rumah pekerja ladang, Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini.
Mereka dipercayai giat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Lahad Datu dan Kinabatangan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, serbuan dijalankan hasil risikan daripada maklumat awam.
Katanya, ketika serbuan, polis tidak menemui sebarang kesalahan pada pemeriksaan fizikal terhadap kedua-dua suspek.
“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan membawa kepada penemuan satu beg bimbit berisi empat plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu.l dengan anggaran berat 200.56 gram. Semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM20,056 berdasarkan harga pasaran semasa dan mampu menampung penggunaan sehingga 26,000 penagih dadah. Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad Ketua Polis Daerah Lahad Datu katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Rohan Shah berkata, siasatan awal, kedua-dua suspek yang berasal dari Indonesia masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek bebas dari sebarang dadah.
“Turut disita Toyota Hilux dan Motosikal Yamaha R25 dengan anggaran keseluruhan rampasan termasuk dadah sebanyak RM131,056.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/2-warga-asing-mewah-ditahan-bersama.html