
Tasik Bera di Pahang yang kini terjejas akibat aktiviti pengambilan hasil hutan dan tangkapan ikan secara berlebihan. - NSTP/Aizuddin SaadII. Orang Asli akui hasil Tasek Bera berkuranganBERA: Masyarakat Orang Asli sekitar Tasek Bera di sini, mengakui hasil hutan dan hidupan yang menjadi rezeki mereka di Tapak RAMSAR itu, semakin berkurangan akibat aktiviti pengambilan hasil hutan dan tangkapan ikan secara berlebihan.Antara khazanah memberi pulangan kepada Orang Asli termasuk ikan kelisa, baung dan tapah, manakala hasil hutan seperti batu kelulut dan madu lebah serta akar kayu seperti kacip fatimah dan tongkat ali.Di sekitar kawasan itu, ada kira-kira 3,000 penduduk Orang Asli yang mendiami 14 kampung, yang 15 peratus daripadanya bergantung hasil flora dan fauna tanah lembab itu untuk kelangsungan hidup.Pengerusi Persatuan Bakti Semelai Malaysia, Romani Mohamad, berkata selebihnya tertumpu kepada getah dan kebun sawit, sama ada mengusahakan kebun atau mengambil upah sebagai buruh.“Tangkapan ikan jika berbanding 20 tahun lalu, kami mendapat sehingga 20 kilogram (kg) dengan pendapatan kira-kira RM700 setiap kali memasang perangkap atau bubu, namun kini hanya sekitar 3kg sahaja.“Bagi hasil hutan pula, jika dulu pencarian batu kelulut boleh mencecah hingga 40 kilogram (kg) tetapi kini semakin sukar diperoleh.“Dulu boleh didapati sekitar tepi tasik sahaja tetapi kini perlu pergi hingga 10 kilometer jauh dalam hutan, disebabkan aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah untuk projek sawit,” katanya ketika ditemui di sini.Beliau berkata, komuniti Orang Asli di sini berharap kerajaan membantu menyediakan peluang lain untuk mereka menambah pendapatan seperti projek pertanian, ternakan ikan atau produk berasaskan pelancongan.Penduduk Kampung Bapak, Kamarul Nak, 48, yang menyara kehidupan dengan hasil tangkapan ikan kelisa dan tapah di Tasek Bera, berkata dia boleh menjana pendapatan sehingga RM100 sehari pada musim ‘ikan kelisa’ sekitar September.Katanya, namun dari tahun ke tahun, dia mendapati hasil tasik itu semakin berkurangan sebab terlalu ramai orang daripada luar yang turut mencuba nasib mendapatkan ikan itu.“Ya makin kurang sebab orang ramai....dulu banyak ikan tetapi apabila orang luar ramai datang termasuk dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang malah ada dari Singapura, ikan makin kurang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.Hamid Yahim, 61, pula berkata dia kerap memasuki hutan dalam kawasan Tasek Bera untuk mendapatkan hasil bagi kegunaan sendiri dan jualan sejak berusia 12 tahun.Katanya, jika dulu dia boleh mendapatkan tangkapan haiwan liar seperti kancil dan kijang, namun kini hanya mengharapkan hasil herba berikutan sukar melihat’ haiwan itu lagi akibat pemburuan haram secara berlebihan.“Sekarang sudah tiada binatang, kami bergantung kepada hasil herba hutan seperti rotan dan akar kayu yang dijual kepada peraih yang datang ke sini,” katanya.Tok Batin Kampung Bapak, Kamaruddin Okin, 50, berkata kebiasaannya anak buahnya bergantung kepada hasil flora dan fauna Tapak RAMSAR pada musim tertentu sebagai punca pendapatan sampingan, ketika hasil menoreh getah berkurangan.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kementerian mana yang bertanggung jawab, sila ambil perhatian. (IH)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |